web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kasut ‘Setan’ Lil Nas X Mengundang Saman Nike

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 11:39AM

Gambar dari MSCHF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Beberapa hari ini berita mengenai kasut, setan dan artis Lil Nas X sangat menarik.

Bermula dengan video muzik yang menyaksikan rapper berusia 21 tahun tersebut menari dengan menggoda untuk setan, menyebabkan pemenang anugerah Grammy itu bertikam lidah dengan seorang Gabenor Amerika Syarikat (AS) yang tidak gemar dengan kandungan video muzik berkenaan.

Kemudian, pengumuman daripada artis yang terkenal dengan ‘Old Town Road’ itu untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat dari Brooklyn untuk mengeluarkan 666 pasang ‘kasut Setan’ - kasut Nike Air Max 97 berwarna hitam yang menampilkan lambang pentagram gangsa, versi Bible. Ia mengandungi setitik darah manusia yang dicampur dakwat merah di bahagian tengah kasut tersebut, sekali gus mengundang tuntutan saman.

Nike telah memfailkan saman terhadap MSCHF Product Studio, syarikat yang bekerjasama dengan Lil Nas X untuk mereka kasut tersebut, kerana pelanggaran dan pencairan tanda dagangan.

“Kasut setan itu dihasilkan tanpa kebenaran serta kelulusan daripada Nike dan syarikat itu sama sekali tidak terlibat dengan projek ini,” kata syarikat pengeluar barang sukan gergasi AS itu.

Dalam dokumen mahkamah, Nike mendakwa pengeluaran kasut itu telah mendorong boikot daripada pengguna yang merasa tersinggung dan secara keliru mengaitkan syarikat terbabit dengan kasut yang bersalut darah.

Kasut berkenaan yang dijual dengan harga RM4,218.59 sepasang, habis dijual sebaik dikeluarkan pada Isnin. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Sandy Liang Dan Salomon Berkolaborasi Buat Kali Kedua

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad