web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja Mengalihkan Kapal Ever Given Mula Dijalankan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 12:56PM

Kerja-kerja mengalihkan kapal Ever Given yang tersadai Terusan Suez, Mesir giat dijalankan. - Gambar dari AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerja-kerja mengalihkan kapal kontena Ever Given, yang menghalang laluan di Terusan Suez selama seminggu, telah mula digerakkan pada Isnin.

Menurut laman web maritim, Vesselfinder dan myshiptracking, kapal itu ditunda menggunakan bot, demikian laporan yang disahkan oleh sumber AFP.

Mengapung kapal adalah satu usaha yang lama melibatkan kapal tunda dan kapal keruk.

Terusan berkenaan yang merentasi Mesir, adalah salah satu laluan perdagangan yang paling sibuk.

Setelah beberapa hari gagal mengalihkan kapal tersebut, pada Ahad, pegawai di terusan mula bersiap-sedia untuk membuang kira-kira 20,000 kontena di atas kapal untuk meringankan muatan Ever Given.

Pakar-pakar khas dibawa untuk membantu mengapungkan kapal besar tersebut.

Meskipun situasi yang berlaku ini menjadikan Ever Given sebagai bahan jenaka di media sosial namun kejadian yang berlaku itu membimbangkan dan mengecewakan industri perkapalan dunia.

Kapal Ever Given sepanjang 400m dengan berat 200,000 tan itu mempunyai kapasiti maksimum 20,000 muatan. Ketika kejadian ia membawa 18,300 muatan.

Ia dikendalikan oleh syarikat dari Taiwan, Evergreen Marine dan merupakan antara kapal kontena terbesar di dunia.

Kapal itu tersadai sejak Selasa lepas. - BBC

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad