web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AS: Puluhan Ribu Adakan Tunjuk Perasaan Menentang Keganasan Senjata Api

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 11:12AM

Penunjuk perasaan menyertai perhimpunan “March for Our Lives” di Los Angeles, California, pada 11 Jun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Puluhan ribu penduduk di Amerika Syarikat (AS)  mengadakan tunjuk perasaan menentang keganasan senjata api pada Sabtu selepas beberapa siri tembakan besar-besaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lapor Agensi Anadolu.

Protes dianjurkan pertubuhan March For Our Lives, yang diasaskan pelajar yang terselamat daripada kejadian serangan beramai-ramai di sebuah sekolah di Parkland, Florida pada 2018.

Di Washington DC, penunjuk perasaan berkumpul di kawasan National Mall, sambil membawa sepanduk tertera perkataan “Kawal senjata api sekarang”, “Tamatkan keganasan senjata api”, “Cukup setakat ini”, dan “Lindungi kanak-kanak bukan senjata api”.

Datuk Bandar Muriel Bowser turut menyampaikan ucapan kepada orang ramai di sekitar Monumen Washington, meminta Kongres melaksanakan undang-undang senjata api “yang masuk akal” untuk memerangi keganasan senjata api.

Tunjuk perasaan dianjurkan di seluruh negara sebagai tindak balas terhadap insiden tembakan terbaharu di sekolah rendah di Uvalde, Texas dan serangan bersenjata yang bersifat perkauman di Buffalo, New York.

Presiden AS Joe Biden berulang kali menggesa Kongres supaya meluluskan undang-undang senjata api lebih ketat bagi mengurangkan keganasan di seluruh negara.

Pada minggu ini, Dewan Rakyat meluluskan “Akta Perlindungan Kanak-Kanak”, bertujuan mencegah keganasan senjata api.

Rang undang-undang itu mensyaratkan had umur yang dibenarkan membeli senapang automatik dinaikkan daripada 18 kepada 21 tahun.

Selain di ibu negara AS, tunjuk perasaan juga berlaku di New York, Los Angeles, Chicago, Boston dan bandar-bandar lain.

Sekurang-kurangnya 255 insiden tembakan besar-besaran terjadi di AS tahun ini, menurut Arkib Keganasan Senjata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran