web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terusan Suez Di Mesir Dihalang Oleh Kapal Kontena Gergasi

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 10:46AM

Gambar satelit menunjukkan kapal Ever Given yang tersekat di Terusan Suez pada 24 Mac. – Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah kapal kontena, Ever Given sepanjang 400 meter telah tersekat di Terusan Suez di Mesir, sekali gus menghalang salah satu laluan perdagangan paling sibuk di dunia.

Ia mengakibatkan berpuluh-puluh kapal tersadai, menunggu bot penyelamat untuk mengalihkan kapal itu, yang terkandas selepas mengikut angin.

Susulan itu, Mesir terpaksa membuka saluran terusan lama untuk mengalihkan lalu lintas sehingga kapal yang terkandas itu boleh bergerak semula.

Insiden tersebut menyebabkan harga minyak melonjak naik di pasaran antarabangsa.

Kira-kita 12 peratus daripada kapal perdagangan dunia menggunakan Terusan Suez yang menghubungkan laut Mediterranean ke Laut Merah, menyediakan hubungan laut terpendek antara Asia dan Eropah.

Kapal Ever Given, didaftarkan di Panama dan kendalikan oleh syarikat perkapalan Evergreen, sedang menuju ke bandar pelabuhan Rotterdam di Belanda dari China.

Ia sedang menghala ke utara melalui terusan tersebut dalam perjalanan ke laut Mediterranean.

Ever Green, seberat 200,000 tan yang dibina pada 2018 dan sepanjang 400 meter dengan lebar 59 meter itu dikendalikan oleh syarikat pengangkutan Taiwan Evergreen Marine. Ia terkandas kira-kira pukul 7.40 pagi waktu tempatan pada Selasa.

Syarikat yang menguruskan kapal kontena tersebut, Bernhard Schulte Shipmanagement (BSM), menafikan laporan yang sebahagian daripada kapal itu telah diapungkan.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata:

“Kami sedang berusaha untuk mengapungkan kapal tersebut dengan selamat supaya lalu lintas di Terusan Suez boleh bersambung tanpa halangan”.

Pakar memberi amaran usaha tersebut boleh memakan masa beberapa hari.

Dalam pada itu, BSM mengesahkan pada Rabu yang semua anak kapal selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.  

Lapan kapal tunda sedang berusaha untuk mengapungkan kembali kapal tersebut dan sebuah kapal korek sedang mengalih pasir daripada kawasan tebing terusan untuk membantu usaha tersebut. - BBC

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Tingkat Bantuan Kewangan Untuk UNRWA - PM

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jeda Kemanusiaan Di Gaza Dilanjutkan Dua Hari Lagi - Qatar

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran