web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Mengaibkan’: Tingkah Laku Jijik Di Parlimen Gegar Kerajaan Australia

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 2:18PM

Menteri Wanita Marise Payne berkata perlu ada siasatan dilakukan terhadap budaya kerja di Parlimen. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SYDNEY - Video tular yang menunjukkan kakitangan parti konservatif Australia melakukan perbuatan seks, termasuk seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak sopan di atas meja seorang Ahli Parlimen wanita, menyebabkan pentadbiran Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berdepan satu lagi skandal besar.  

Beliau kini sedang menghadapi tekanan terhadap cara menangani tuduhan serangan seksual melibatkan seorang penasihat kerajaan yang diperkosa oleh seorang rakan sekerjanya. 

Video dan gambar-gambar telah dikongsikan dalam satu ‘forum sembang’ kakitangan kerajaan sebelum disebarkan pemberi maklumat dan didedahkan dalam satu laporan oleh akhbar The Australian dan saluran TV Channel 10 semalam.

Gambar yang tersebar itu telah menimbulkan kemarahan termasuk penggubal undang-undang wanita dan rakyat Australia yang belum reda daripada tuduhan rogol hingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara.  

Pemberi maklumat yang dikenali hanya dengan nama “Tom” mendakwa kakitangan kerajaan dan ahli Parlimen selalu menggunakan ‘bilik ibadah’ untuk melakukan hubungan seks.

Tom juga mendakwa pekerja seks telah dibawa masuk ke bangunan untuk melayan nafsu Ahli Parlimen gabungan. 

Dakwanya, sekumpulan kakitangan tersebut selalu berkongsi gambar lucah yang menampilkan diri mereka sendiri dan dia sering menerima gambar-gambar seperti itu hinggakan sudah lali.

Selain itu kata Tom, terdapat budaya yang “merasakan orang lelaki boleh melakukan apa sahaja yang mereka inginkan” dan walaupun dia merasakan yang mereka tidak melanggar undang-undang tetapi “mereka tiada moral yang baik”.

Susulan itu seorang kakitangan di situ telah dipecat serta-merta dan pihak kerajaan menjanjikan tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Menteri Wanita, Marise Payne memberitahu bahawa  pendedahan terbaru ini “sangat mengecewakan” dan mahu siasatan dilakukan terhadap budaya kerja di Parlimen.

Parlimen Australia sudah beberapa kali dikritik akibat budaya kerja yang disifatkan sebagai toksik kerana menyebabkan buli berterusan, gangguan dan serangan seksual terhadap wanita terutama dalam gabungan pemerintah. - AFP

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad