web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 12:54PM

Malaysia komited terhadap pembangunan PMKS sebagai pemacu pekerjaan, inovasi dan dinanisme ekonomi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Perkongsian ASEAN-Australia mempunyai potensi luas untuk diperkasakan lagi termasuk memperkukuh ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN dan mempercepatkan perjalanan peralihan tenaganya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengetengahkan bidang kerjasama yang dipertingkatkan, Anwar pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Rabu menggesa mempercepatkan penggunaan dan penglibatan perniagaan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand terutama bagi PMKS.

Pada sesi pleno sidang kemuncak itu, Anwar menegaskan Malaysia komited terhadap pembangunan PMKS sebagai pemacu pekerjaan, inovasi dan dinanisme ekonomi.

"Malaysia melihat potensi besar sokongan daripada Australia untuk memperkasakan ekosistem PMKS ASEAN, terutama menerusi transformasi digital, pembinaan kapasiti, akses pasaran, amalan mampan dan mengupayakan penyertaan PMKS yang saksama," katanya.

Menangani perubahan iklim melalui peralihan tenaga dan kerjasama, Anwar berkata Malaysia berjanji untuk mencapai peralihan saksama dalam sektor tenaga termasuk pelepasan gas rumah hijau sifar menjelang 2050, dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan Australia ketika ASEAN berusaha mempercepatkan perjalanan peralihan tenaganya.

"Dalam kemajuan kita, kita harus berhati-hati dengan keperluan ekonomi yang berbeza antara satu sama lain dan bergerak untuk memastikan transisi adil, inklusif dan saksama untuk semua, iaitu isu-isu berkaitan kewangan iklim, insentif, teknologi dan infrastruktur ditangani dengan sewajarnya," kata beliau.

Malaysia akan menjadi hos Forum Pekerjaan Hijau ASEAN tahunan yang pertama di Kuala Lumpur bulan depan, dengan sokongan Australia, yang inisiatif merentas sektor itu dijangka menyumbang kepada pekerjaan hijau dan pembangunan kemahiran hijau di rantau ini, katanya.

Mengenai pembangunan modal insan, Anwar berkata sokongan Australia termasuk melalui Majlis TVET ASEAN ke arah memupuk pembangunan bakat di rantau ini amat dialu-alukan.

Beliau menggesa agar kerjasama dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) diperluaskan untuk memasukkan disiplin baharu seperti teknologi hijau, Revolusi Perindustrian Keempat dan kecerdasan buatan.

Mengenai kesalinghubungan, Anwar berkata Malaysia akan menjadi hos bersama Forum Kesalinghubungan Maritim dengan Australia dan Korea Selatan pada Jun ini dan berharap dengan pembabitan pakar dalam pendigitalan
dan automasi, dapat meningkatkan lagi kapasiti infrastruktur.

Dalam memudahkan peralihan Timor Leste kepada keanggotaan penuh ASEAN, Anwar berkata Malaysia, Australia dan Timor Leste berjaya melaksanakan program pembinaan kapasiti tiga hala pada 2023 dan pegawai terbabit kini dalam perbincangan untuk menjalankan program kedua yang akan dilaksanakan pada akhir tahun ini.

Dalam ucapannya, Anwar dalam meraikan ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia, memuji peranan bersejarah Australia sebagai rakan kongsi luar pertama ASEAN, menekankan hubungan yang berakar umbi dan komitmen bersama yang telah membentuk evolusi perkongsian itu.

Beliau berkata hubungan ASEAN-Australia telah berkembang pesat merentasi tiga tonggak, didorong oleh visi bersama untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serta hubungan rakyat dengan rakyat yang luar biasa.

"Perkongsian ASEAN-Australia telah menjana kesan perubahan positif yang menyentuh kehidupan ramai individu di rantau kita.

"Menyedari perkara ini dan landskap global yang semakin tidak menentu, marilah kita terus maju ke hadapan dengan cara yang membina untuk masa depan yang lebih selamat dan lebih baik untuk semua," katanya.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dialog Australia dengan ASEAN. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran