web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Protes Besar-Besaran Di Pakistan, Bantah Imran Digulingkan

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 11:52AM

Penyokong Imran Khan berkumpul di Karachi selepas beliau digulingkan dalam undi tidak percaya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berpuluh ribu penunjuk perasaan telah mengadakan protes di seluruh Pakistan bagi memberikan sokongan kepada Imran Khan yang disingkirkan daripada jawapan Perdana Menteri dalam undi tidak percaya.

Penyokong Imran berarak di seluruh bandar Pakistan pada Ahad sambil mengibarkan bendera parti besar-besaran dan berikrar memberikan sokongan kepadanya.

Golongan muda yang menjadi tulang belakang Imran, mendominasi protes berkenaan.

Manakala sebahagian penunjuk perasaan termasuk wanita dan kanak-kanak hadir di utara bandar Peshawar sebagai solidariti terhadap Perdana Menteri yang digulingkan, lapor akhbar DAWN.

Di bandar Lahore timur, orang ramai melaungkan slogan menentang 'konspirasi asing' untuk menggulingkan kerajaan Pakistan yang dipilih, laporan The Express Tribune.

Protes sama untuk dijalankan di United Kingdom, Australia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Di London, penunjuk perasaan berkumpul di Hyde Park menggesa menentang kerajaan 'luar'.

Ramai penunjuk perasaan berkata mereka tidak akan menghantar kiriman wang sehingga Imran dilantik semula sebagai Perdana Menteri, lapor Daily Mail.

Imran telah menyeru penyokongnya untuk berkumpul selepas berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Imran yang tidak hadir pada persidangan itu hilang majoriti di 342 kerusi susulan tindakan membelot rakan pakatan dan ahli partinya sendiri.

Pembangkang hanya memerlukan 172 undi untuk memecat beliau.

Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif, adik bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, dicalonkan menggantikan Imran. - trtworld.com

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran