web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon, Penyampai TV Ukraine Maut Dalam Pertempuran

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 2:31PM

Pasha Lee - Gambar dari Instagram Pashaleeofficial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyampai TV Ukraine, Pasha Lee terbunuh dalam pertempuran ketika tentera Russia mengebom bandar Irpin, di luar kota Kyiv.

Lee, 33, telah mendaftar untuk menyertai pasukan pertahanan Ukraine pada hari pertama perang berlaku.

Dia sebelum ini pernah muncul dalam beberapa filem dan suaranya digunakan untuk filem The Lion King dan The Hobbit versi Ukraine.

Lee merupakan salah seorang daripada tokoh terkenal yang terbunuh dalam pencerobohan Russia.

Sebelum ini, wartawan penyiasat, Viktor Dudar terkorban ketika pertempuran dengan tentera Russia di Mykolaiv.

Lee yang pernah terlibat dalam rancangan bakat TV iaitu Star Factory dan X-Factor pernah membintangi filem termasuk SelfieParty yang diterbitkan pada 2016.

Dia menetap di Irpin yang terletak kira-kira 20km dari Kyiv dan bandar itu telah dihujani selama beberapa hari oleh artileri Rusia.

Beberapa hari sebelum kematiannya, Lee telah memuatnaik pautan dalam Instagramnya mengenai badan amal pelarian Ukraine serta menggesa orang ramai memberikan bantuan atau menjadi sukarelawan.

Dalam catatan terakhirnya di Instagram, Lee memuatnaik gambar bersama rakannya sambil tersenyum dengan mesej ceria ''Kami ok dan semuanya akan baik-baik sahaja di Ukraine''. - BBC

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad