web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ireland, Belanda Hentikan Suntikan Vaksin AstraZeneca

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 3:30PM

Ireland, Belanda dan Denmark antara negara yang telah menghentikan suntikan vaksin AstraZeneca. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUBLIN - Ireland dan Belanda pada Ahad menjadi negara terbaru menangguhkan suntikan vaksin AstraZeneca susulan kebimbangan terhadap pembekuan darah pasca-suntikan walaupun firma itu menegaskan tiada risiko terbabit.

Program vaksinasi memainkan peranan penting dalam membendung pandemik yang telah membunuh lebih 2.6 juta manusia sejak dikesan di China pada lewat 2019.  

Setakat ini lebih 350 juta dos telah diedarkan ke seluruh dunia, namun beberapa negara termasuk Denmark, Norway dan Bulgaria telah menghentikan suntikan vaksin dari syarikat itu minggu ini selepas laporan tentang pembekuan darah berlaku terhadap mereka yang telah menerima suntikan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), badan pengawas ubat-ubatan Eropah, pihak kerajaan dan pakar telah menekankan tiada hubungan antara vaksin dan pembekuan darah yang berlaku serta menegaskan yang suntikan itu selamat.  

Jurucakap AstraZeneca berkata tiada bukti yang menyatakan kenaikan risiko pembekuan darah selepas menganalisa kes yang dilaporkan daripada lebih daripada 17 juta dos.

“Kes yang dilaporkan akibat vaksin COVID-19 AstraZeneca adalah lebih rendah berbanding jumlah yang berlaku secara semulajadi di populasi yang tidak divaksin,” katanya.

Vaksin AstraZeneca adalah antara yang termurah dan sebahagian besar penghantaran suntikan ke negara-negara miskin adalah daripada syarikat Anglo/Sweden, di bawah inisiatif program COVAX yang disokong WHO.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Ireland memberitahu AFP, pelancaran vaksin itu telah ‘ditangguhkan sementara’ selepas panel penasihat negara berkenaan mengesyorkan penangguhan kerana kebimbangan yang dibangkitkan pegawai-pegawai dari Norway.

Kementerian Kesihatan Belanda juga menghentikan pelancaran vaksin berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pegawai-pegawai dari Norway pada Sabtu memberitahu, terdapat laporan pesakit mengalami “pendarahan di bawah kulit” dan “kes pembekuan darah yang teruk atau pendarahan otak pada orang muda” yang telah menerima suntikan itu.

Awal tahun ini AstraZeneca terlibat dalam perselisihan faham dengan pemimpin Eropah bila syarikat itu mengumumkan ia tidak dapat memenuhi bekalan dos yang dijanjikan.

Sejak itu, pemimpin Eropah telah mengkritik syarikat berkenaan dan meragui keberkesanan vaksin itu, dalam masa yang sama menghalang eksport dos ke destinasi di luar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Namun begitu, Perdana Menteri Perancis, Jean Castex mempertahankan keputusan negaranya untuk meneruskan suntikan vaksin AstraZeneca pada Ahad. - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar