web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Maghribi Terperangkap Dalam Perigi Ditemui Maut

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 8:04AM

Perkhidmatan kecemasan Maghribi memasukan Rayan Oram ke dalam ambulans. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IGHRANE, MAGHRIBI - Pasukan kecemasan Maghribi menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun di dasar perigi dalam satu penamat tragik kepada usaha menyelamat yang mengambil masa lima hari.

“Susulan kemalangan tragis yang mengorbankan nyawa kanak-kanak Rayan Oram, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa budak itu yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi,” kata kenyataan Istana.

Operasi yang berusaha untuk mengeluarkan Rayan daripada dasar telaga sedalam 32 meter, pihak berkuasa memberi amaran yang mereka tidak tahu sama ada kanak-kanak itu masih hidup.

Tetapi berita kematiannya menimbulkan suasana suram di Ighrane di kawasan pergunungan Rif di utara Maghribi di mana ribuan sukarelawan dan orang awam yang prihatin berkumpul menunjukkan sokongan untuk keluarga Rayan.

Hari sudah gelap apabila pasukan penyelamat akhirnya berjaya memecah masuk ke telaga di mana kanak-kanak itu terperangkap daripada lubang yang digali di lereng gunung selama beberapa hari.

Wartawan AFP melihat ibu bapa kanak-kanak itu berjalan menuruni cerun ke lubang itu, kelihatan amat hiba, sebelum kembali ke atas dan menaiki sebuah ambulans tanpa bercakap dengan sesiapa pun.

Selepas tempoh kekeliruan, orang ramai yang melihat mula bersurai dalam kesunyian yang suram.

Tiada berita rasmi tentang keadaan kanak-kanak tersebut hinggalah media Maghribi menyiarkan kenyataan rasmi Istana. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Maghribi, Portugal, Sepanyol Calon Tunggal Anjur Piala Dunia 2030

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Maghribi: Iktibar Di Sebalik Musibah Gempa Bumi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bacaan Al Fatihah Bergema Di Stadium, Maghribi Tujukan Kemenangan Untuk Mangsa Gempa Bumi

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Raja Maghribi Lawat Mangsa Cedera, Berkenan Derma Darah

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad