Berita Terkini

1 jam yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 1 jam yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 1 jam yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 1 jam yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 1 jam yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


10 Tahun Selepas Tsunami, Jepun Masih 'Bersedih'

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 3:36PM

Gambar fail menunjukkan tsunami selepas gempa bumi 9.0 magnitud melanda Miyako pada 11 Mac 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Migaku-san, saya tinggalkan sarung tangan kotor dan kasut berlubang awak depan pintu. Saya bimbang awak akan bising-bising bila balik nanti dan tanya mana saya letak kasut awak, jadi saya tinggalkan depan pintu tanpa kilapkannya".

Surat berkenaan adalah dari Sachiko Kumagai yang ditinggalkan kepada suaminya sebelum dia hilang dalam tsunami.

Ketika gelombang itu akhirnya surut, dunia telah berubah. Trak dan rumah telah dihanyut seperti permainan kanak-kanak, hanya tinggal lumpur dan serpihan. 10 tahun berlalu, mereka yang masih hidup masih mencari, kesedihan mereka tidak pernah reda.

Seorang bapa kini hidup sendirian di sebuah rumah yang terletak di jalan mati, berhampiran pokok ceri.

Dia dikelilingi buku-buku namun terganggu dengan keadaan di mana anaknya terkurung dalam rumah, tidak mampu melarikan diri meskipun ibunya merayu agar si anak keluar dari situ ketika tsunami sedang mengganas.

Seorang ibu pula masih dihantui tangisan si anak, mungkin bukan anaknya, menjerit meminta tolong dalam kegelapan. Hingga sekarang dia membawa jadual bas tadika anak perempuannya, seolah-olah anaknya yang berusia enam tahun itu masih hidup.

Ulang tahun ke-10 gempa bumi dan tsunami Jepun pada 11 Mac 2011, akan menjadi acara kebangsaan, dengan kenamaan akan memakai pakaian hitam dan berkumpul di sebuah teater di Tokyo, sambil menundukkan kepala bagi memperingati saat-saat bencana itu melanda.

Bagi mereka yang terselamat, hari berkenaan akan disambut dengan berdoa dan mengunjungi pusara keluarga.

Namun bagi lain-lain, hari berkenaan akan berbeza berbanding tarikh lain dalam kalender. Mereka kekal terperangkap dalam sedekad lalu.

Hampir 20,000 gempa bumi dan tsunami terkorban di sepanjang perairan Pasifik, lebih 400 kilometer dari timur laut Tokyo.

Bencana itu turut mengakibatkan loji nuklear Fukushima terjejas, hingga memaksa berpuluh ribu penduduk terpaksa dipindahkan.

Kerajaan kemudiannya berjanji untuk membangunkan semula wilayah itu dan membelanjakan 31 trillion yen ($286 billion) untuk pembinaan semula.

Dalam masa beberapa tahun, Jepun membina kejiranan baru, taman dan sekolah. Namun skala kerugian melebihi polisi dan tindak balas kerajaan. Penduduk telah berpindah dari bandar-bandar yang paling teruk dilanda bencana itu namun masih dihantui tragedi berkenaan.

Ketika sebahagian penduduk masih dihantui kisah itu, Jepun kini sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Sukan Olimpik Tokyo, acara di mana Jepun bercadang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa negara itu telah pulih dari bencana.

Di Rikuzentakata, sebuah bandar yang kehilangan hampir sepersepuluh penduduknya akibat tsunami, tembok laut sepanjang 12.5 meter (41 kaki) dibina mengelilingi pantai. Ia adalah sebuah projek yang dirancang untuk melindungi penduduk dari banjir pada masa depan.

Sebagai gantinya, ia umpama sebuah kota dengan dikelilingi tembok konkrit yang mengaburi pemandangan laut.

Bagi seorang warga emas berusia 70 tahun, Yoshihito Sasaki, beliau boleh melihat laut dari bilik depan rumahnya namun sudah lama dia tidak keluar menangkap ikan atau berjalan di tepi pantai. Dia berpindah ke situ selepas tsunami menghanyutkan rumah lamanya yang diduduki bersama isteri dan dua anaknya.

Gambar fail menunjukkan penduduk berpindah selepas rumah mereka hancur dilanda gempa bumi dan tsunami. - Gambar AFP
Gambar fail menunjukkan penduduk berpindah selepas rumah mereka hancur dilanda gempa bumi dan tsunami. - Gambar AFP

Pada Mac tahun tersebut, Sasaki hanya beberapa minggu dari persaraaan. Dia bekerja sebagai guru besar di sebuah sekolah di Hirota, iaitu sebuah kampung nelayan yang terletak kira-kira setengah jam pemanduan ke rumahnya.

Selepas memastikan semua pelajarnya dan anak sulongnya, Yoichi, selamat, Sasaki mula mencari seluruh anggota keluarganya. Dia mula merasakan perkara buruk menimpa seorang lagi anaknya, Jinya, 28, yang selama ini menjadi “hikikomori” iaitu gelaran yang diberikan kepada mereka yang tidak bergaul dengan masyarakat.

Ketika bencana itu menimpa, Jinya tidak pernah keluar rumahnya selama dua tahun.

"Saya sangka mungkin isteri saya selamat, jadi saya ke tempat perlindungan, saya bertanya kepada mereka jika ada melihat seorang wanita yang seolah-olah hilang,'' kata Sazaki. Dia tahu dengan meninggalkan anaknya dalam tsunami itu, ia hanya memusnahkan kehidupan isterinya, Mikiko.

Sasaki gagal menemui Mikiko di mana-mana pusat pemindahan. Mayat Mikiko hanya ditemui beberapa minggu selepas itu.

Tidak lama kemudian, barulah Sasaki mengetahui bahawa isterinya cuba menyelamatkan anak mereka dengan memaksanya keluar ketika air sedang naik.

Jinya enggan meninggalkan rumah itu dan tidak ingin bertemu dengan orang lain hingga akhir hayatnya. Mikiko akhirnya keluar dari rumah itu, mencari tempat berteduh bersama dengan anak sulongnya dan sempat melihat rumah mereka dihanyutkan tsunami.

Selama hampir sedekad selepas kejadian itu, Sasaki dan anaknya tidak pernah sekali pun membincangkan mengenai tsunami itu. Namun beberapa bulan lalu, dua beranak berkenaan akhirnya membuka mulut ketika menikmati sushi.

“Saya tanya anak saya apa yang isteri saya katakan padanya pada saat akhir ibunya itu? 

"Kali terakhir ketika anak saya melihat isteri saya, dia sedang berpaut pada serpihan kayu dan menjerit kepada anak saya supaya terus hidup. Dia beritahu anak saya untuk terus hidup!,'' ulang Sasaki.

Meskipun begitu, Sasaki tetap rasa bersalah. Beberapa kali dia mengulangi bahawa anak lelakinya mungkin menyalahkannya kerana tidak membantu isterinya dan Jinya. - Reuters

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

KP IKIM Diarah Beri Kerjasama Siasatan Insiden Bumbung Dewan Runtuh

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Lulus BIW Ganti BISS, BISM Untuk Anggota ATM Berkuat Kuasa 1 Julai - Anwar

Semasa 4 jam yang lalu

Pulau Pinang Milik Kedah: Kenyataan Sanusi Memalukan, ‘Patut Utamakan Permasalahan Rakyat’

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Perhalusi Keperluan, Bukan Timbang Ambil Jururawat Luar - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad