web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Korban Letupan Di Equatorial Guinea Meningkat 98

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 1:26PM

Tangkapan layar yang diperolehi oleh AFPTV dari TVGE menunjukkan asap naik selepas letupan di Bata, Equatorial Guinea pada 7 Mac. - Gambar AFP/TVGE

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAOUNDE - Angka korban akibat siri letupan di berek tentera di Bata, bandar paling padat penduduk di Equatorial Guinea meningkat kepada 98 orang, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu.

Menurut akaun Twitter kementerian itu, 615 mangsa cedera sedang dirawat oleh pakar dari Ebebeyin, Centro Sur, dan Mongomo.

Seramai 316 sudah dibenarkan pulang manakala 299 masih dirawat di Hospital Wilayah Bata, Pusat Perubatan La Paz dan Poliklinik Guinea Salud.

Menurut kenyataan Presiden Teodoro Obiang Nguema Mbasogo, letupan yang berlaku pada Ahad sekitar 4 petang waktu tempatan (1500 GMT) itu berpunca daripada pengabaian dan kelalaian pengendalian bahan letupan di kem Mondong Nkuantoma.

Letupan turut menggegarkan kawasan berhampiran dan memusnahkan hampir keseluruhan rumah dan bangunan di Bata.

Presiden telah mengarahkan pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan jumlah kerosakan serta meminta orang ramai kekal bertenang.

Beliau turut meminta bantuan masyarakat antarabangsa membantu Equatorial Guinea menghadapi detik sukar ini, ekoran krisis ekonomi akibat kejatuhan harga minyak dan pandemik COVID-19.

Guinea adalah negara Afrika Tengah yang merangkumi daratan Rio Muni dan lima pulau gunung berapi di luar pesisir. Ibu negaranya, Malabo manakala Pulau Bioko, adalah pusat industri minyak. Bata pula merupakan bandar pelabuhan dan komersial.

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa, ekonomi negara itu sangat bergantung pada industri minyak dan gas asli, yang menyumbang lebih 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasarnya, 80 peratus hasil fiskal dan 86 peratus eksport pada 2015. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Wow, Macam 'Movie' Lah Meletup Tu!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Letupan Babitkan Tren MRT - Rapid KL

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Imej Palsu Letupan Pentagon Cetus Panik Pasaran Saham AS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dua Beradik Melecur Terkena Cecair Kimia Bersihkan Sinki Tersumbat

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad