web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imej Palsu Letupan Pentagon Cetus Panik Pasaran Saham AS

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 8:48PM

Imej letupan Pentagon telah dikongsi beberapa akaun Twitter dengan tanda semak biru hingga menyebabkan pasaran saham terjejas buat seketika. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Imej palsu mengenai letupan berhampiran Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang tular di media sosial pada Isnin mencetuskan panik di seluruh pasaran saham di AS, lapor Anadolu.

Imej letupan Pentagon telah dikongsi beberapa akaun Twitter dengan tanda semak biru hingga menyebabkan pasaran saham terjejas buat seketika.

Walaupun Dow Jones jatuh kira-kira 80 mata untuk masa yang singkat, S&P 500, yang memulakan hari dengan peningkatan 0.02 peratus, juga jatuh sebanyak 0.15 peratus. 

Setakat 10.11 pagi waktu tempatan (1411GMT), indeks kembali positif.

Imej letupan palsu itu juga digunakan oleh media lain termasuk Republic TV, rangkaian televisyen utama India, dan penyiar Rusia RT, yang kemudiannya menarik balik laporan dan memadam kandungan itu di media sosial.

Polis dan pegawai bomba di Arlington melaporkan bahawa tiada letupan atau kebakaran di kawasan itu, manakala pakar menilai bahawa imej itu kemungkinan besar dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan. - Bernama/Anadolu

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad