web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Maut Dalam Tunjuk Perasaan `Berdarah' Di Myanmar

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 6:17PM

Polis menembak gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YANGON - Sekurang-kurangnya enam orang maut selepas polis melepaskan tembakan dalam tunjuk perasaan yang diadakan di seluruh negara bagi membantah rampasan kuasa oleh Junta tentera

Junta kini berdepan dengan tentangan hebat daripada rakyat yang mengadakan tunjuk perasaan hampir setiap minggu dan tuntutan supaya Aung San Suu Kyi yang ditahan bersama dengan pemimpin politik lain dibebaskan.

Sebelum ini polis dan tentera telah menggunakan peluru getah, gas pemedih mata dan semburan air untuk meleraikan tunjuk perasaan namun penggunaan peluru hidup ini adalah kes yang terpencil.

Dalam pada itu, tiga orang maut manakala 20 yang lain cedera di Dawei, menurut sukarelawan perubatan dan media tempatan.

Seorang anggota penyelamat, Pyae Zaw Hein memberitahu  AFP, ketiga-tiga penunjuk perasaan `ditembak dengan peluru hidup' manakala mereka yang cedera terkena peluru getah.

Dalam pada itu, BBC melaporkan pada Ahad, tunjuk perasaan besar-besaran sekali lagi digerakkan di beberapa kawasan di seluruh negara, selepas gerakan menerusi dalam talian menggesa orang ramai turun ke jalanan diadakan.

Tunjuk perasaan di bandar-bandar seperti Yangon, Mandalay dan Dawei juga diteruskan meskipun berdepan dengan tindak balas polis itu.

Myanmar berada dalam ketidaktentuan sejak tentera merampas kuasa dan menahan Suu Kyi dan kepimpinan partinya pada 1 Februari lalu, susulan dakwaan penipuan dalam pilihan raya yang diadakan pada November tahun lepas yang menyaksikan parti beliau mencatat kemenangan besar-besaran.

Rampasan kuasa itu, yang menjejaskan usaha ke arah demokrasi selepas 50 tahun Myanmar berada dalam pemerintahan junta, telah mencetuskan kecaman dunia.

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad