web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sydney Tamatkan Perintah Berkurung Coronavirus Selepas 106 hari

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 9:45AM

Orang ramai berkumpul di sebuah pub di Sydney pada 11 Oktober selepas perintah berkurung di bandar itu ditamatkan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SYDNEY - Penduduk Sydney dengan gembira menyambut tamatnya tempoh perintah berkurung coronavirus yang bertahan selama empat bulan semalam di bandar terbesar Australia itu.

Lebih daripada 5 juta penduduk Sydney diarahkan untuk berkurung selama 106 hari untuk mengekang penularan varian Delta yang mudah berjangkit.

Dengan kes jangkitan baharu yang menurun dan lebih daripada 70 peratus penduduk yang berusia 16 tahun ke atas telah lengkap divaksin, bandar itu kini sedang dalam proses pemulihan.

Pub tengah malam, restoran dan kafe sudah mula beroperasi kepada mereka yang sudah lengkap dua dos.

Di seberang bandar itu pula, pelanggan dengan rambut yang tidak terurus pula berbaris menunggu giliran untuk memperkemaskan dandanan rambut yang dilakukan sendiri semasa perintah berkurung berkuat kuasa.  

Untuk ramai, penamat perintah berkurung ini adalah peluang untuk berkunjung ke premis perniagaan.

Detik tengah malam menyaksikan ratusan orang membanjiri kedai barang murah Kmart di pinggir bandar Mount Druitt di bahagian barat Sydney, dengan gambar di media sosial menunjukkan orang ramai berbaris panjang.

Untuk yang lain pula, ia adalah peluang untuk kembali berniaga.

“Suasana pagi ini amat bagus.

“Tempat duduk di luar tidak mendapat sambutan tetapi itu bukan masalah besar. Kami teruja untuk kembali membuka perniagaan ini,” kata pekerja Gordon’s Cafe Hannah Simmons yang terletak di pinggir bandar Clovelly yang bertahan ketika perintah berkurung berkuat kuasa dengan menawarkan khidmat takeaway.

Sejak pandemik ini bermula Australia berjaya mengawal jangkitan dengan penutupan sempadan, perintah berkurung dan usaha ujian saringan yang agresif.

Tetapi varian Delta menghapuskan impian “Covid-zero” di bandar-bandar besar seperti Melbourne dan Sydney. - AFP

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar