web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah China Perintah Suami Bayar Bekas Isteri Untuk Tugasan Kerja Rumah

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 4:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Seorang lelaki di China diperintah untuk membayar bekas isteri RM31,121 sebagai pampasan untuk kerja rumah yang tidak berbayar, dalam kes perceraian yang telah mencetuskan perdebatan.

Di bawah kod sivil baharu negara itu yang berkuatkuasa tahun ini, buat pertama kalinya pasangan yang bercerai mempunyai hak untuk memohon pampasan jika mereka melakukan kerja rumah.

Dalam kes berkenaan, bekas isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai Chen iaitu Wang memberitahu mahkamah bahawa selama lima tahun berkahwin, hanya dia yang melakukan tugasan rumah serta menjaga anak.

Sementara Chen pula langsung tidak melakukan kerja rumah.

Susulan itu, Wang mengemukakan tuntutan pampasan tambahan untuk kerja rumah dan tugasan menjaga anak, berdasarkan dokumen mahkamah yang bertarikh 4 Februari lalu.

Mahkamah kemudiannya memutuskan Wang telah menggembleng kebanyakan tugasan rumah justeru dia harus menerima RM31,121 termasuk hak penjagaan tunggal serta RM1,252.62 sebulan untuk alimoni.

Wang bagaimanapun Wang memohon rayuan memandangkan pampasan awal yang dimintanya adalah sebanyak RM100,209.24.

Keputusan tersebut bagaimanapun mencetuskan perdebatan berhubung kerja rumah yang dilakukan oleh wanita.

“Kaum wanita tidak sepatutnya menjadi suri rumah, bila diceraikan kamu tidak akan mempunyai apa-apa. Pampasan sebanyak RM31,121 itu tidak setimpal.

“Gaji seorang pengasuh lebih tinggi nilainya untuk enam bulan, adakah masa dan emosi seorang wanita semurah ini?,” demikian tulis netizen dalam Weibo.- AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

2

4 hari yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

3

Semasa 4 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

4

Semasa 4 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad