web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dikecam, Diugut, Ben & Jerry’s Tetap Boikot Tebing Barat

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 11:26AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun berdepan dengan kempen memburukkan mereka, namun Ben & Jerry’s tetap dengan keputusan untuk memboikot pendudukan haram Israel di Tebing Barat dan tidak akan berganjak daripada keputusan berkenaan.

Dalam ciapannya di twitter, Ben & Jerry’s berkata, rakan kongsi dan ahli lembaga pengarahnya telah menerima kecaman dan ugutan.

Namun syarikat itu mengulangi keputusannya untuk terus memberikan komitmen terhadap hak asasi dan keadilan walaupun terdapat kempen hasutan daripada zionis.

“Ben & Jerry’s mengecam ugutan keganasan dan kebencian yang ditujukan kepada syarikat kami, rakan niaga, lembaga pengarah, dan terutama pengerusi lembaga pengarah kami. Kami bersama-sama —Ben & Jerry’s dan lembaga pengarah kami—dalam mengecam kebencian, intimidasi, dan ancaman keganasan dalam apa jua bentuk, ” demikian ciapan Ben & Jerry’s.

''Kami akan terus mempertahankan nilai dan komitmen kepada hak asasi manusia serta keadilan.''

Ben & Jerry’s, syarikat yang dimiliki oleh dua yahudi Amerika, telah mengumumkan ia menghentikan penjualan produknya kepada pendudukan Israel di Tebing Barat kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan.

Ia mengakibatkan Israel melancarkan kempen untuk memberikan tekanan maksimum kepada syarikat itu, malah pemimpin-pemimpin Israel telah meminta Amerika Syarikat membawa syarikat berkenaan ke mahkamah.

Bukan itu sahaja, ia turut menghantar surat kepada misi diplomat Amerika Utara dan Eropah, mengarahkan mereka memulakan kempen untuk memberikan tekanan kepada Ben & Jerry’s. - Quds News Network

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran