web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Datang Dan Pergi, Sukan Tetap Berjalan

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 3:54PM

Posisi Reezal Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan belum jelas selepas pengumuman UMNO menarik sokongan terhadap perdana menteri dan kerajaan PN. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keadaan politik semasa negara bagaikan drama Korea yang bagaikan tiada kesudahan.

Selasa lalu, UMNO mengumumkan pendiriannya untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Dengan keputusan ini, UMNO berpendapat bahawa kerajaan PN telah jatuh.

Sejak pengumuman tersebut, ramai tertanya-tanya siapa di kalangan menteri UMNO yang akan mengucapkan “annyeonghi gyeseyo” (selamat tinggal dalam Bahasa Korea) kepada Muhyiddin.

Selepas perjumpaan pra-Kabinet bersama Yang di-Pertuan Agong semalam, Muhyiddin berkata beliau masih perdana menteri dan Kabinetnya masih berfungsi.

Apa pula pendirian Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan juga ahli Majlis Tertinggi UMNO? Adakah beliau akan mengikut arahan parti dan letak jawatan atau berdiri sebelah Muhyiddin - seperti rakan seperjuangannya di UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob?

Jika Reezal Merican letak jawatan, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi berkaitan akan sekali lagi bekerja dengan menteri baharu.

Dalam tempoh tiga tahun, mereka telah pun bekerja dengan tiga menteri (Khairy Jamaluddin, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Reezal Merican).

Menteri datang dan pergi. Pegawai-pegawai menteri pun silih berganti. Yang pasti, program sukan harus terus berjalan.

Kesinambungan itu penting kerana dasar-dasar sukan tidak boleh ditukar atau diganti setiap kali adanya menteri baharu.

Pegawai-pegawai menteri, yang rata-rata buta sukan, tidak seharusnya diberi mandat untuk membuat sebarang keputusan tanpa berbincang dengan pakar.

Disini penjawat awam seharusnya memainkan peranan yang penting dan tidak terlalu cepat mengagung-agungkan menteri mahupun pegawai-pegawai menteri.

Sifat hormat-menghormati antara satu sama lain penting, tetapi apa yang lebih penting ialah program-program sukan tidak terumbang-ambing disebabkan oleh menteri, atau pegawai menteri, yang ingin mengejar populariti.

Saya masih ingat lagi kata-kata mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebaik sahaja beliau meninggalkan Wisma KBS pada tahun 2013.

“Sebagai seorang menteri, saya lihat pada dasar ... the bigger picture. Bagi tugas harian, saya menaruh kepercayaan kepada penjawat awam untuk memastikan program-program terdahulu tetap berjalan, tetapi diperbaiki jika perlu,” katanya.

Tidak kiralah jika Reezal Merican, yang kini berada di Tokyo sempena temasya Sukan Olimpik, masih berada dalam Kabinet Muhyiddin atau tidak. Rombakan Program PODIUM serta kanvas Visi Sukan Negara 2030 tetap harus berjalan.

Usaha untuk memastikan pengusaha industri sukan kembali beraksi, setelah sekian lama menyepi disebabkan pelbagai versi perintah kawalan pergerakan, juga harus berterusan.

Setalah 21 tahun berkecimpung dalam arena sukan, saya telah lihat ramai menteri datang pergi. Apa yang saya ingin lihat ialah prestasi sukan Malaysia serta industri sukan negara terus meningkat dan berkembang - tidak kira watak yang menerajui Wisma KBS. - Getaran, 5 Ogos 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia, merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia dan panelis antarabangsa The Guardian yang memilih 100 pemain bola sepak terbaik dunia bagi tahun 2016, 2019 dan 2020. Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Politik 15 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

2

Politik 21 jam yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

3

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

4

Rencana 1 hari yang lalu

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan