Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Biarlah Semangat Coach Guna Terus Membara Di Kalangan Jurulatih Sukan Malaysia

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jul 2021 9:27AM

S Gunasegaran adalah bekas jurulatih kelab bolasepak Flames FC. - Gambar ihsan Thomas Samuel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua hari yang lalu, bekas setiausaha kehormat Flames FC, Thomas Samuel, berkongsi memori beliau bersama S Gunasegaran atau lebih dikenali sebagai Coach Guna.

Gunasegaran, yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur, merupakan bekas jurulatih kelab bola sepak Flames FC.

Hasil nukilan Thomas, yang diterbitkan di blog Foul, telah menarik perhatian ramai pengiat sukan serta penduduk Sentul.

Antara mereka yang membaca luahan Thomas termasuk bekas jurulatih bola sepak kebangsaan negara Datuk K Rajagobal serta bekas pemain hoki negara Stephen van Huizen dan Maninderjit Singh.

Menurut Thomas, Gunasegaran telah memastikan ramai budak-budak muda di Sentul tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti gengsterisme mahupun dadah dan sentiasa berada di landasan yang betul.

Ada di antara pemain-pemain Gunasegaran yang menjadi profesional, ahli perniagaan dan pengusaha akademi bola sepak.

Thomas sendiri pernah bekerja sebagai seorang pengurus di Maxis sebelum menjadi pegawai khas untuk bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan.

Malangnya, Gunasegaran meninggal dunia pada bulan Mei lalu, sebulan selepas beliau menyambut hari kelahiran yang ke-65 (6 April, 2021).

Beliau sebenarnya terlibat dalam satu kemalangan dan terlantar di katil selama setahun.

Kolum saya pada hari ini bukan mengenai Gunasegaran semata-mata. Tetapi hasil nukilan Thomas telah mengingatkan saya tentang pentingnya peranan seorang jurulatih sukan akar umbi.

Saya akui bukan semua pemain akar umbi akan menjadi Luqman Hakim Shamsudin, Brendan Gan atau J Partiban.

Tetapi peranan yang dimainkan oleh seorang jurulatih sukan akar umbi di akademi mahupun sekolah amat besar dalam pembentukan sahsiah seseorang individu.

Melalui sukan, jurulatih dapat menerapkan pelbagai elemen seperti disiplin, bekerja secara berpasukan dan membina keyakinan diri.

Ramai yang sering terlepas pandang akan peranan yang dimainkan oleh jurulatih-jurulatih seperti Gunasegaran.

Kejayaan buat jurulatih-jurulatih sebegini bukan sekadar keputusan di atas padang. Kemenangan juga dicapai apabila bekas pemain-pemain mereka berjaya di dalam kehidupan.

Walaupun zaman telah berubah, semangat yang ditunjukkan oleh Gunasegaran harus terus membara di dalam jiwa jurulatih-jurulatih muda kita.

Semangat sebegini tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Tidak kira apa sukan jua, jurulatih-jurulatih berupaya membina insan yang lebih berharga buat keluarga, komuniti dan negara.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Gunasegaran. Yang pasti, Coach Guna telah menyentuh jiwa dan raga pemain-pemain bola sepak Sentul dan mereka yang mengetahuinya. - Getaran, 8 Julai 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam media. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Solari, 6 Pemain Tinggalkan JDT

2

Sukan 7 bulan yang lalu

Misbun 'Laris' Terima 5 Tawaran Dari Luar Negara

3

Sukan 9 bulan yang lalu

Laporan Polis Kes Gangguan Seksual Jurulatih Dodgeball Telah Dibuat - Menteri

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Amir Izwan Optimis Malaysia Mampu Hasilkan Lebih Ramai 'Azeem'

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang