web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laporan Polis Kes Gangguan Seksual Jurulatih Dodgeball Telah Dibuat - Menteri

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2023 1:45PM

Hannah Yeoh - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN -- Laporan polis berhubung kes gangguan seksual membabitkan jurulatih sukan dodgeball telah dibuat untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata selain itu, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tidak bermoral membabitkan jurulatih itu.

"Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat dan dalam masa sama, KPM juga masuk untuk menjalankankan siasatan, minggu depan saya akan berjumpa dengan pihak terlibat (bagi membincangkannya)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara dan Jelajah Mini Rakan Muda Peringkat Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini hari ini.

Hannah berkata demikian bagi mengulas laporan media baru-baru ini berhubung kes gangguan seksual membabitkan sukan dodgeball yang mangsanya melibatkan murid sekolah rendah.

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) Datuk V. Radhakrishnan dilaporkan berkata pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan akan membuat pertemuan dengan Hannah bagi membincangkan pelaksanaan kod sukan selamat dengan lebih terperinci.

-- LAGI

Jurulatih berkenaan dipercayai melakukan gngguan seksual ke atas murid sekolah rendah - gambar hiasan
Jurulatih berkenaan dipercayai melakukan gngguan seksual ke atas murid sekolah rendah - gambar hiasan

Radhakrishnan dilaporkan berkata tindakan tidak bermoral itu jelas memberi impak negatif kepada sukan dodgeball, malah secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ibu bapa untuk membabitkan anak-anak mereka dengan aktiviti sukan di sekolah.

Sementara itu, Hannah berkata menerusi inisiatif Rakan Muda iaitu gaya hidup Rakan Demokrasi, pihaknya sedang menjalankan beberapa projek bagi menyemarakkan kefahaman dan pengetahuan demokrasi terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) terhadap golongan muda.

Katanya menerusi Rakan Demokrasi itu, mereka bukan sahaja diberi maklumat tentang hak keluar mengundi tetapi juga pendidikan tentang pilihan raya dan proses mengundi supaya golongan berkenaan tahu apa yang perlu dilakukan.

"Hak untuk mereka keluar mengundi telah diberikan, namun kalau hak itu tanpa pendidikan agak susah juga, sebab kita bimbang mereka tidak tahu apa nak buat dengan proses pengundian dan sebagainya … ini yang kita banyak jalankan terutama kandungan dalam talian supaya mereka mendapat maklumat yang betul berikutan objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan belia tentang sistem demokrasi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Hannah turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 dana sukan komuniti untuk disalurkan kepada kumpulan belia di negeri ini menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang pada tahun ini.

"Sempena Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang, saya telah mengumumkan dana sukan komuniti sebanyak RM500,000 dan mana-mana kumpulan belia yang perlukan dana untuk aktiviti dan program sukan, mereka boleh mohon dengan JBSN Pulau Pinang," katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad