web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amir Izwan Optimis Malaysia Mampu Hasilkan Lebih Ramai 'Azeem'

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 12:03PM

Muhammad Azeem Mohd Fahmi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jurulatih pecut Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai pelari pecut seperti Muhammad Azeem Mohd Fahmi untuk diketengahkan dalam pelbagai temasya sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Justeru, Amir Izwan berkata misi bagi melahirkan pelari pecut berbakat seperti Azeem yang mencipta beberapa kejayaan di usia muda tidak boleh terhenti di tengah jalan selain perlu dipergiat dari semasa ke semasa.

"Ikutkan saya tiada tekanan. Kita hanya buat apa yang kita mampu dengan apa 'material’ yang kita ada. Pada waktu sama kita akan usaha dapatkan serta cari ‘Azeem’ nombor dua," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata tempoh masa yang khusus tidak boleh diletakkan dalam proses ‘menjelmakan’ atau menghasilkan pelari pecut seperti Azeem.

"Tidak perlu diletakkan tempoh masa. Ia kena berterusan, dilakukan dengan melihat kepada bakat sedia ada dan jangan diletakkan sasaran dua atau tiga tahun kerana kita mahu projek itu berjalan," katanya.

Mengulas sama ada barisan pelari pecut negara mempunyai semangat juang untuk menghasilkan pencapaian membanggakan seperti pelari berusia 18 tahun itu, Amir Izwan berkata rata-rata mereka mempunyai mentaliti yang tidak jauh berbeza.

"Nak kata cara pemikiran, semua orang boleh ada itu, cuma bagaimana seseorang atlet itu menzahirkannya dalam latihan serta kejohanan. 

"Atlet ini semuanya berbeza kebolehan, jadi mungkin perlu ambil masa, bergantung kepada sama ada mereka boleh memberikan reaksi yang cepat atau tidak," katanya.

Nama Azeem disebut-sebut sebagai permata baharu olahraga negara selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09saat (s) pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia, Ogos lepas.

Beliau yang kini melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya di Universiti Auburn, Amerika Syarikat, pada masa sama turut memecahkan rekod kebangsaan acara 60m dalam dewan pada Kejohanan Tiger Paw Invitational, Februari lepas selain menjuarai acara 100m pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays di negara itu pada Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan DTI Lari: Tambahan 100 Anggota JIM, PGA Digerakkan Pagi Ini - Ruslin

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Solari, 6 Pemain Tinggalkan JDT

4

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad