Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


'I Am Your Father'

Ahad 20 Jun 2021, Hari Bapa. Jadikan kisah benar daripada tragedi menyayat hati ini sebagai satu pengajaran dan teladan.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 12:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Assalamualaikum ayah, sebenarnya aku ingin bercerita banyak denganmu.’

Saya melihat Zak gelisah. Melangkah ke depan, ke belakang kemudian mengintai di cermin tingkap, dan balik ke kerusinya, mengangkat tangan berdoa. Lalu kemudiannya Zak datang ke meja saya, “Kak Wirda, kalau ayah saya tak datang untuk shooting, maaf ya. Dia tidak dapat dihubungi.”

Jam tiga petang, tiga jejaka bersama ayah masing-masing sudah sampai ke studio untuk shooting khas Hari Bapa, tetapi si anak yang satu ini masih menunggu.

Saya teringat anak-anak buah saya mencabarnya, “Okay, Zak, kalau you berjaya bawa father you ke studio, kita orang belanja makan kepala ikan.”  

“Oh sorry, orang tua-tua kata makan kepala ikan anak jadi bodoh, anak Datuk ni diharamkan makan benda-benda pelik. Dia makan makanan Mat Saleh aja.” 

“Okey kami belanja, Spaghetti Bolognese di Hilton.” 

“Wah, besar cabaran sampai ke hotel,” saya mencelah.

Tidak lama kemudian, wajah yang suram bertukar riang. “Alhamdulillah.”  Zak berlari-lari mendapatkan ayahnya, membawa ke studio.

 

 

'Ayah, inilah hari yang paling bahagia dalam hidup ku. Aku tidak pernah merasai nikmat pelukanmu, ayah.'

Zak, dia kini sudah tiada. Tidak siapa yang tahu di mana dia berada, hidup mahupun mati tiada siapa yang tahu dan kisahnya sudah luput dibawa arus waktu. Penuh misteri.  

Mengenalinya kala Zak bekerja sementara di syarikat tempat saya bekerja. Orangnya bijak lagi kacak dan disenangi oleh anak-anak buah saya yang kesemua masih bujang ketika itu. Masing-masing mahu memikatnya.  

Saya melihat kemesraan mereka dengannya seperti adik-beradik, ketawa dan riang untuk beberapa waktu. 

Pulang ke rumah Zak menjadi insan yang berbeza, lebih banyak menyendiri. Katanya kadang-kadang makan hati, rasa nak bunuh diri.  

Dengan rakan sekerja rupanya banyak juga kisah hidupnya diceritakan kepada mereka, sekadar melepaskan segala yang terjerat di hatinya. 

Di studio hari itu segalanya berjalan lancar, jurugambar minta si anak memegang bahu ayah, ada ketika meminta merangkul pinggang si ayah dan begitulah sebaliknya.

Si ayah amat sporting nampaknya, sementara anaknya pula agak gementar. Dia terkejut melihat ayahnya yang riang, memeluk sambil memberikan pose-pose menarik seperti yang dikehendaki oleh jurugambar. 

Selesai, bapanya menepuk bahu si anak and pergi. “See you at home, son.” Kemesraan yang tidak pernah digambarkan dan dirasai oleh si anak. 

Dia mengetuk kepala, “Am I dreaming?” 

Sporting father you,” Dida wartawan yang ditugaskan menyapa dia. Sambil dia merenung pada polaroid gambar-gambar yang diambil, katanya, “Inilah saat yang paling bahagia dalam hidup saya, ayah memeluk pinggang saya, ayah meletakkan lengannya di bahu saya.

Look, I can lean my head on him,” katanya. 

Saya tidak berapa ingat isi kandungan rencana kisah dua beranak ini tetapi gambar mereka berdua itu diusung oleh si anak ke sana ke sini, bangganya dia dengan majalah yang memaparkan dia dan ayah.

“Kak, kenangan ini teramat indah di dalam hidup saya. Setelah 24 tahun baru hari ini saya merasakan belaiannya. Hari ini baru saya rasa dia sayang saya, baru hari ini saya rasa dialah ayah. Ayah yang sebenarnya.” 

Lahir di dalam keluarga bijak pandai, ibu dan ayah amat mementingkan pelajaran. Sedari kecil hingga dewasa, hidupnya di dalam timbunan buku-buku. Ceritanya seingat dia usia tiga, empat, lima, enam tahun, hadiah hari lahir jadinya hanyalah buku. 

Bukan buku-buku komik, kartun, bukan buku-buku berbentuk games seperti Superman atau Ninja Turtle. Tidak.

Ayah mak katanya tidak pernah sekalipun menghadiahkan dia mainan. Hari minggu mereka ke perpustakaan, cuti sekolah di perpustakaan, sesekali melancong ke luar negara dan tempat yang dituju juga pelbagai perpustakaan terkenal. 

Paling tidak ke muzium dan ke pameran buku-buku antarabangsa dan sebagai. Meningkat remaja dan dewasa, begitulah hidupnya, sehingga di meja makan pun ditanya tentang buku-buku yang dibaca, kuliah, ekspo buku.

Jangan kata hendak bercerita tentang artis hiburan, rumah mereka tidak ada pun televisyen. 

“Kak, kisah hidup saya terlalu membosankan,” Zak bercerita bilamana saya mengajaknya untuk muncul di majalah. Waktu itu saya sudah berpindah ke tempat kerja baru. Sebagai anak katanya, dia cuba sedaya upaya menunaikan permintaan ibu dan ayahnya. 

Bukan menjadi penulis majalah atau wartawan akhbar, itu bidang bukan untuknya, itu kerja tidak layak baginya, sebaliknya dia satu hari mesti bergelar sebagai profesor atau doktor falsafah. 

“Di rumah tiada cerita lain kecuali yang ditanya ialah mengenai pelajaran. Belajar, belajar, membaca dan membaca dan membaca. Jangan berani pula membaca sembarangan. 

“Bila sudah remaja, jenis majalah pun ditetapkan untuk bacaan. Tidak akan ada majalah Remaja, majalah Cosmopolitan, majalah Lelaki, jauh sekali majalah-majalah berunsur fesyen dan hiburan mahupun sukan. 

“Reader’s Digest, yes, Time Magazine, yes, National Geographic, yes. Sehinggakan katanya, kalau mereka adik-beradik tengah bersembang dan si ayah pulang, masing-masing bangun, mengambil buku dan pura-pura membaca. Seriously, no nonsense whatsoever.

Pernah satu hari, setelah dicabar oleh kawan-kawan perempuan sepejabat, dia tiada pilihan tetapi terpaksa mengajak mereka ke rumah. Cerita Dida, sedang bersembang si ibu pulang. Zak mencapai buku pura-pura membaca. 

Si ibu selepas bersalaman, seorang demi seorang ditanya dengan soalan, “Belajar di universiti mana?” Semua tergamam seolah memastikan kalau hendak jadi calon menantu mesti berkelulusan selayaknya. Sorry, kalau bukan dari universiti yang diiktiraf mungkin, kamu tidak layak barangkali. 

“Kami terketar-ketar menjawab dan paling terkejut ditanya pula tentang result pula.”

Ya Allah, inikah dunia kamu Zak? Ya Rabbi, kami tidak menyangka hidup kamu amat membosan. Sekarang kami faham, kenapa kamu tidak suka cuti dan lebih suka bekerja hari minggu.

 

‘Ayah, maafkan aku kerana tidak dapat membuat kamu bangga.’ 

“Cita-citaku bukan seperti yang kau mahu. Aku sudah cukup dewasa menentukan corak hidupku. Begitu aku mahu menjadi aku, bukan seperti kamu, bukan seperti ibu. 

Aku tidak mampu duduk di timbunan buku, tapi apapun aku siapkan juga tesisku, nanti kamu berdua akan tahu isi kandungannya. Ya ayahku, ibuku. Walau apapun tidak sesaat pun aku lupa akan jasa dan kasihmu, cuma haluan kita berbeza, tidak serupa.”

Saya teringat sebelum misteri tentang dirinya, saya sempat menemu ramahnya. Isu cinta. 

“Terima kasih kerana bubuh saya bersama Sheila Majid (hiasan kulit majalah). “You know how much I love her?” 

What is love to you?”

Love is having total acceptance and the ability to trust and openly communicate, without the fear of judgement or rejection. That shouldn't just apply to romantic love but also to love among family and friends.”

Yang paling Zak mahu dalam hidup ini?  

I want freedom.”

Freedom yang bagaimana?”

“Yang hidup tidak dikongkong. Love is essential to freedom,” sambungnya. 

Without the ability to be yourself and express the quirky, dark beautiful side of your nature, love suffocates and quickly evaporates.” 

Kalau satu hari kamu punya anak? “Pasti saya mahu anak saya dibesar dalam suasana riang dan gembira. Play with them, kiss them and spend most of my time with them

“Saya hendak anak saya membesar di depan mata dan saya tidak mahu anak saya takut dengan saya. Takut dan hormat dua perkara. Macam saya, saya gementar bila berdepan dengan ayah dan saya hanya turuti cakapnya, tidak membantah satu pun. Is that good

“Saya tidak mahu satu hari anak saya memberontak dan mungkin membenci saya. Yang penting pada saya, anak mesti ada jati diri dan jadi dirinya sendiri.”

“Siapa tidak mahu anak menjadi pelajar cemerlang setiap semester, anak menjadi doktor, peguam, jurutera, angkasawan, saintis, profesor, tetapi jangan paksa mereka belajar sampai tidak kenal dunia. 

“Cukup kita didik dia dan biar dia mencari cabang sesuai dengan nalurinya. Sekali pun dia hendak menjadi musician apa salahnya? Oh, muzik mengkhayalkan, Islam tidak galak, tetapi tengok apa telah dilaku oleh Yusuf Islam, dia berdakwah melalui muziknya.”    

Are you proud of your father? “Oh yes, dia seorang pendidik yang amat berjaya, ramai cendikiawan lahir daripada didikannya. 

“Ayah seorang yang tegas yang tiada berkrompomi bila tiba hal belajar. Padanya tiada yang amat penting dalam sebuah masyarakat, rakyatnya tinggi ilmu. Waktu bukan untuk dihabiskan oleh main-main. 

“Kata ayah, mengapa memberi anak Spiderman, Batman, kamu boleh suruh dia terbang? Bodoh bukan? Kamu bawa anak memancing, satu pekerjaan bodoh, menunggu dan menunggu mata kail disambar oleh ikan.

“Nak makan ikan pergi ke pasar, nak tahu jenis spesiesnya beli buku mengenai, jangan buang masa di tepi paya atau sungai memancing.”

Sayang, Zak tidak sempat membelek majalah - ‘Sembang Petang’ bersamanya. Saya teringat, sebelum temu ramah tamat, dia mengeluarkan foto dia dan ayahnya.

“Kak Wirda ingat gambar ni? Inilah kenangan paling indah dan abadi, me and my daddy. Next will be me and Sheila Majid. Tak sabar nak tunggu hujung bulan.”  

Sungguh sedih, betul Zak tidak sempat menatapnya. Dia hilang dari radar. Ke mana dia pergi wallahualam, hidup atau mati, hanya Allah yang tahu.  

Ahad 20 Jun 2021, Hari Bapa. Jadikan kisah benar daripada tragedi menyayat hati lagi misteri ini sebagai satu pengajaran dan teladan. 

Semua orang sayang anaknya, tetapi berpada menyayangi. Sebagai ibu bapa mesti bijak. Kita menjangka bila anak menjadi pelajar cemerlang, berderet A+,  Anugerah Dekan setiap semester dan First Class Honours degree dari universiti terpilih dunia, maka akan berjayalah hidupnya. Tidak. 

Kejayaan seseorang tidak diukurkan dengan kelulusan semata. ‘Success is not the key to happiness’, sebaliknya ‘Happiness is the key to success. If you love what you are doing you will be successful.” Albert Schweitzer.

 All work and no play makes Jack a dull boy. Adakah kita hendak anak kita jadi dull Jack atau shining Jack Nicholson?  

I Am Your Father - Memang terkadang aku terlalu mengikut perasaan. Aaaaaaaaaaa aku ingat aku ayah, aku yang betul dan kau engkau anak, jangan membantah.

Memang terkadang, aku berkhayal, tidak peduli, dia bukan lagi sebesar telapak jari tetapi sudah bisa meniti hari. Sudah bangkit untuk berdikari, tapi aku lupa, dia juga punya cita-cita murni. 

Aku lupa mendukungmu, aku terlupa bercerita dengan kamu, aku tidak pernah berbual kisah-kisah menyukakan kamu. Aku ingat menyebut perkataan sayang, satu perkataan dusta, cukup berbisa. Apa pentingnya berbicara cinta? Kerana kamu anak aku and I am your father!

Selamat Menyambut Hari Bapa. - Getaran, 19 Jun 2021

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 19 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 4 minggu yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

UAI Kata Haram Tidur Dengan Patung Seperti 'Teddy Bear', Pejabat Mufti Bagi Penjelasan Berbeza

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok