web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Cintakan Malaysia Dan Sanggup Mati Kerananya - Vinod Sekhar

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 10:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Negara telah melalui satu perjalanan penuh liku sejak beberapa tahun lalu. 

Dengan penuh kesukaran, kita cuba berpegang kepada satu jati diri. Sentiasa berdepan pelbagai cabaran dalam setiap cubaan. 

Negara kita dilingkari masalah, sentiasa ada. Kita adalah sebuah negara yang kompleks dengan pelbagai kaum, budaya, agama dan bahasa. 

Tapi kini, kita memiliki peluang untuk kembali semula kepada asal usul. Kepada satu kebenaran. 

Hanya jika kita menyedari hakikat kita adalah satu, kita seharusnya bersama, maka kita akan mampu memerangi Si Jahil dan Si Bodoh yang cuba memisahkan kita dengan menggunakan kebencian serta ketakutan. 

Saya cintakan negara ini. Saya sanggup mati kerananya. Tiada satu pun negara sebaik Malaysia. 

Rakyat Malaysia amat hebat, unik dan bersikap terbuka. 

Mudah untuk saya katakan, banyak kerajaan telah gagal. Saya boleh katakan ramai ahli politik telah gagal, dan gagal mewakili jiwa serta semangat Malaysia. 

Tapi saya sama sekali tidak boleh katakan negara ini telah mengecewakan saya. Negara ini ialah apa yang saya pertahankan, dan ia satu perjuangan yang berbaloi. Kasih sayang dan cinta saya untuk Malaysia akan kekal hingga ke nafas terakhir. 

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Kebangsaan untuk semua saudara di Malaya – sambutan Hari Malaysia bakal menyusul tidak lama lagi. 

Kita boleh untuk tidak bersetuju dalam pelbagai perkara, tetapi perasaan cintakan tanah air dan saling menyayangi antara satu sama lain perlu dipupuk, seperti sebuah keluarga. 

Usah benarkan ahli politik yang bertunjangkan kebencian dan perpecahan menguasai kita. Kita perlu menjaga diri sendiri. 

Semoga Tuhan merahmati kita semua. Semoga Tuhan merahmati Malaysia. Selamat Hari Merdeka! - Getaran, 31 Ogos 2023 

Datuk (Dr) Vinod Sekhar ialah Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan PETRA 

Berita Berkaitan

1

Rencana 8 bulan yang lalu

Deepavali; Cahaya Yang Kita Pilih

2

Rencana 10 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

3

Rencana 1 tahun yang lalu

Tanggungjawab Kepimpinan: Lebihkan Kata-Kata Berbanding Sentimen

4

Rencana 1 tahun yang lalu

Sebuah Peringatan: Mengapa Saya Perlukan Harapan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang