Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menang Dalam Tangan, Kalah Belum Tentu

Peluang menjadi sebahagian daripada badan pelesenan negara membuka mata kolumnis Ad Samad dalam melihat sendiri beberapa kepincangan mengenai badan-badan pelesenan sedia ada termasuklah MACP dan MRM. Mari ikuti kupasannya.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 11:36AM

Gambar hiasan Pexels

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2016 adalah tahun kelapan aku berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) di Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP), iaitu sebuah badan pelesenan yang telah diberi mandat melesenkan penggunaan muzik di tempat-tempat awam (mengutip royalti) dan mengagihkan kutipan tersebut kepada para pencipta lagu yang berhak.

MACP adalah sebuah badan yang amat penting kerana badan tersebut memberi pendapatan utama kepada para pencipta lagu sebagai punca saraan hidup.

Tugas ALP adalah memastikan pengurusan MACP berjalan dengan tepat dan betul berdasarkan ciri Tranparency (Telus), Accountability (pertanggungjawaban) dan Good Governance (pengurusan yang baik).

Gambar dari fail
Gambar dari fail

Pada tahun yang sama juga, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi (KPDNKK kini dikenali dengan singkatan KPDNHEP) telah mengarahkan pembentukan satu badan tunggal bagi kerja-kerja pengutipan royalti.

Arahan tersebut bertujuan mengharmonikan para pengguna yang telah bertahun- tahun merungut mengenai badan-badan perlesenan yang mereka dakwa bersifat seperti samseng atau Ah Long.

Dari arahan tersebut maka sebuah badan tunggal yang diberi nama Music Rights Malaysia Berhad (MRM) pun mula beroperasi pada 1 haribulan Januari 2017.

Aku telah dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah di MRM yang terdiri daripada ahli-ahli lembaga pengarah dari lain-lain badan pelesenan, termasuk seorang bekas Ketua Hakim Negara.

Di situ aku berpeluang mendekati, memerhati dan berurusan dengan mereka, malah mempelajari modus operandi mereka. Aku dapat melihat beberapa kepincangan mengenai badan-badan pelesenan sedia ada termasuklah MACP dan MRM.

Dari awal penubuhannya, MRM adalah sebuah badan yang mempunyai terlalu banyak masalah dalaman seperti pengurusan yang tidak berwibawa dan politik di dalam industri muzik.

Gambar dari fail
Gambar dari fail

Walaupun ia mendapat sokongan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan para pengguna karya muzik yang membayar caj perlesenan, tetapi ia tetap gagal mencapai matlamat penubuhannya lalu telah dibubarkan pada tahun 2020 secara senyap-senyap tanpa penjelasan dan perbincangan dilakukan dengan para pemunya hak atau stakeholders.

Persatuan-persatuan pengguna karya muzik juga amat hairan mengapa MRM akhirnya dibubarkan.

Akibat dari pembubaran tersebut hubungan di antara pengguna karya muzik dengan badan badan pelesenan kembali menjadi keruh dan bermasalah. Persatuan-persatuan pengguna meminta Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) untuk mengembalikan sistem satu badan tunggal.

Pengalaman Yang Membuka Mata

Secara peribadi, tahun-tahun kewujudan MRM adalah pengalaman yang amat membuka mata. Ia mendewasakan aku dari seorang budak-tua yang naif kepada seorang lelaki yang dipenuhi battle scars atau luka perang.

Perkara yang paling penting aku pelajari adalah mengenai politik industri muzik, kepentingan memahami dan melindungi hak, dan semangat setia kawan.

Pada pengamatanku, industri muzik dikuasai syarikat rakaman dan syarikat penerbitan (publisher) yang menginjak kepentingan para penggiat muzik. Mereka menguasai dan menentukan keputusan-keputusan penting di dalam badan-badan pelesenan secara langsung dan tidak langsung.

Di MACP contohnya, para publisher menguasai MACP menerusi ‘Sistem Pengundian’ yang memberi terlalu banyak kelebihan kepada mereka di dalam menentukan hala tuju dan nasib para pencipta lagu.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Sistem Pengundian yang diamalkan MACP adalah terlalu rumit dan sukar untuk diamalkan, malah di dalam sebuah dokumen sahih yang bertarikh 12 haribulan November 2021 yang terdapat di MACP yang merujuk kepada tajuk Vote Entitlement, pihak Company Secretary (CoSec) atau Setiausaha Syarikat telah menyatakan bahawa “…it was noted that mathematically impossible to achieve perfect equality of total entitlement between Writers Full Members and Publishers Full Members….”

Audit yang dilakukan Baker Tilly iaitu sebuah syarikat juruaudit bebas mendapati kesilapan yang telah dilakukan MACP ketika pengundian dijalankan di Mesyuarat Agung Tahunan MACP pada tahun 2018, 2019 dan 2020.

Sebagai golongan yang kononnya melibatkan perihal harta intelek, para penjajah yang menduduki MACP berkuasa seumpama melalui undang undang rimba yang jauh sekali dari semangat Best Business Practices yang mahu diamalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan semangat Akta Hak Cipta yang memperkasakan kaum pencipta.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, para ahli yang bersifat reformis sedang berusaha untuk merubah ‘Sistem Pengundian’ itu kepada satu sistem yang lebih adil dan telus. Kesedaran dan perubahan yang ingin dilakukan telah mencabar status quo, justeru mendapat tentangan pihak publisher dan segelintir ahli yang mengalami sindrom False Consciousness.

Menerusi sejarah, institusi atau organisasi akan sentiasa menewaskan kelompok para individu. Begitupun, perjuangan menegakkan hak dan sekurang-kurangnya mendapat kedudukan sama-rata di dalam sesebuah badan pelesenan mestilah diteruskan sehingga berjaya.

Sebagai seorang lelaki yang semakin battle hardened, aku yakin; Menang Dalam Tangan Dan Kalah Belum Tentu.

Setia Kawan

Seperkara lagi yang aku pelajari sejak hidup di dalam perjuangan adalah semangat setia kawan apabila seseorang hidup di dalam sesuatu perjuangan, mereka akan mula memiliki musuh. Malah, ramai musuh.

Dan kelompok yang pada mulanya kawan kemudiannya berubah menjadi lawan. Kawan-kawan palsu akan menampakkan wajah mereka yang sebenar apabila topeng dan tudung mereka tersingkap. 

Mereka menjadi ‘balaci’ atau orang suruhan kepada organisasi atau golongan yang berkuasa. Dan hanya sahabat-sahabat sejati yang akan istiqomah bersama.

Jumlah mereka tidak ramai lalu menjadikan nilai persahabatan mereka amat berharga. Merekalah sebenar-benarnya yang menjadi saudara dan keluarga.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Merekalah tempat meluahkan fikiran dan perasaan dan merangka strategi peperangan. Malah tempat bergantung kasih sayang.

Akulah insan yang beruntung kerana memiliki sahabat sejati. Sesuatu yang tidak akan boleh dijual beli (Mataku masuk abuk mengenangkan mereka).

Rencana ini ditulis menjelang hari Mesyuarat Agung Tahunan MACP yang ke 32 pada 27 haribulan September 2022.

Walaupun perjuangan ini adalah perjuangan yang amat kecil berbanding dengan perjuangan yang dilakukan wira-wira negara di dalam mencapai dan mempertahankan kemerdekaan, tetapi perjuangan ini adalah amat besar ertinya kepada insan-insan kerdil seperti aku.

Diharap tatkala anda membaca rencana ini, para reformis telah berjaya merubah kepincangan yang telah berpuluh tahun berlangsung. – Getaran, 28 September 2022

Amin…

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Pembentukan Perbadanan Muzik Negara, Langkah Susulan Yang Perlu Fahmi Fadzil Laksanakan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Jawatankuasa Kerja Perlu Ditubuhkan, Kaji Isu-Isu Royalti, Badan Pelesenan Dan Reversionary Right 

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Anugerah Juara Lagu Dan Aku: Penyanyi Wanita Harus Insaf Untuk Menjerit-Menjerit!  

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Persoalkan Peranan Salahuddin Ayub Terhadap Industri Muzik Tanah Air, Ini Jawapan RIM Buat Ad Samad 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 35 minit yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan