Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bukan ‘Dosa’ Pun Kalau Meniru

Roslen Fadzil memberi pendapatnya tentang bakat-bakat yang mampu meniru gaya lakonan, nyanyian dan imej selebriti terkenal.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 8:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukannya ‘satu dosa’ pun kalau meniru. Meniru yang saya maksudkan di sini adalah membuat impersonation atau mimic mana-mana personaliti atau tokoh yang sedia terkenal bagi mewarnai dunia seni muzik dan lakonan.

Hakikatnya, untuk menjadi seorang impersonator, ia memerlukan kemahiran dan bakat yang luar biasa. Ia satu tuntutan practice makes perfect yang sangat berat dan teliti. Bukan mudah untuk menyakinkan orang agar melihat diri kita saling tak tumpah seperti subjek yang cuba ditiru itu.

Kebolehan meniru persona orang lain ini bukannya fenomena baru. Ia telah lama wujud sejak manusia mula terbabit dengan seni persembahan di segenap benua. Impersonation ini selalunya mencakupi suara, gaya pertuturan, bahasa tubuh hinggalah kepada penampilan imej. 

Lihat saja di layar perak. Memang hebat sekali kuasa impersonation daripada aktor Ben Kingsley dalam menukarkan dirinya menjadi Mahatma Gandhi, sehingga menggondol sebuah Oscar tahun 1983. Ia suatu tugas yang sangat berat dan teliti namun akhirnya berbayar di Academy Awards. Mungkin watak itu menjadi bersahaja kerana Kingsley sendiri berdarah kacukan British dan Gujerati.

Kalau tidak pun, lihat juga Helen Mirren. Cukup meyakinkan sekali dia melakonkan peranan Queen Elizabeth II dalam The Queen sehingga watak itu turut menghadiahkan sebuah Oscar pada 2007. Terdahulu, ketika The Queen ditayangkan di Venice Film Festival, Mirren memukau barisan pengkritik sehingga mendapat tepukan standing ovation selama 5 minit selepas tayangan selesai.  

Saya sedar, kejayaan Kingsley mahupun Mirren dalam menzahirkan diri sebagai tokoh lain turut dibantu efek solekan bercampur bakat semula jadi mereka. Sejak dulu lagi, Mirren aktres kegemaran saya, bukan setakat bakat dan kejelitaannya malah gaya pertuturan loghat Inggeris British beliau yang pekat seperti mana Dame Judi Dench.

Dalam dunia hiburan di Malaysia, peminat telah lama melihat hadirnya ramai klon Tan Sri P. Ramlee. Bukan saja kepada stail gaya dan imej, ada beberapa peminat memang dianugerahkan tona vokal persis Seniman Agung itu.

Tentu anda bersetuju kalau saya katakan salah seorang yang terbaik adalah Fairuz Misran. Sedar dia memiliki tona suara mirip P. Ramlee, Fairuz memperkemaskan lagi penampilan dirinya dengan kaca mata hitam serta misai halus Teuku Zakaria itu sampai saya sendiri kadangkala rasa P. Ramlee bagai hidup semula. Bayangkan P. Ramlee anak kelahiran Pulau Pinang daripada keturunan Acheh sedangkan klonnya, Fairuz pula datang jauh dari Sandakan, Sabah.

Tidak mungkin juga kita lupa suatu masa dulu Malaysia memiliki seorang pelawak komediri atau stand-up comedian dari Jeniang, Kedah bernama Dato Yusof Chong. Allahyarham cukup dikenali sebagai seorang impersonator yang handal meniru gaya percakapan barisan bekas Menteri Kabinet seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Samy Vellu dan Tun Dr. Lim Keng Yaik. Namun sesudah beliau pergi, tiada lagi pelawak yang mampu berbuat demikian.

Ketika ini, dunia hiburan di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam malah Indonesia, sedang memandang seorang bakat baru, TikToker yang pandai sekali meniru suara beberapa artis popular seperti Dato Seri Siti Nurhaliza, Elizabeth Tan dan Jaclyn Victor. Dia tidak lain daripada Amsyar Lee. 

Siapa Amsyar Lee? Dari mana datangnya anak muda yang tiba-tiba membuka mata ramai penggemar hiburan sehingga menjadi bahan pujian termasuk kutukan netizen? Tertarik saya untuk mengetahui serba sedikit latar Amsyar ini walaupun mungkin telah diketahui orang kerana dia mula muncul di kaca TV dan beberapa halaman portal hiburan.

Lalu pada tengah malam Selasa lalu, saya menghubungi pengurus Amsyar, Marina Juki supaya memberi profil ringkas mengenai impersonator yang sedang tular di seantero YouTube dan Tik Tok ini. 

Bukan apa, bagi saya, kalau lelaki meniru gaya nyanyian atau lakonan yang sama jantina itu mungkin perkara biasa. Akan tetapi Amsyar ini kes yang pelik sebagaimana beberapa nama lagi yang saya akan sebutkan selepas ini. 

Menilai layar belakangnya yang memiliki kelulusan dalam bidang seni teater, tidak hairanlah Amsyar atau nama sebenarnya Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri, faham apa itu seni persembahan. Dia nampaknya tidak main belasah atau bukan syok sendiri di TikTok. Malah kemampuan unik Amsyar itu membuatkan sahabat media saya sempat berseloroh, dialah yang sepatutnya beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) lalu bagi membawakan lagu Siti, 'Aku Bidadari Syurgamu.'

Sebelum Amsyar muncul, peminat hiburan lebih dulu melihat seorang lagi penyanyi berbakat besar, Idayu Dato Yaakob yang mampu meniru bukan saja suara-suara penyanyi wanita malah artis lelaki ternama di dunia. Antaranya Celine Dion, Mariah Carey, Shakira, Michael Jackson, Luciano Pavarotti selain penyanyi tempatan seperti Noraniza Idris, Jaclyn Victor, Wann dan Rahmat Ekamatra.

Kehebatan Idayu mendapat banyak pujian banyak pengkritik 'Reaction' dari seluruh dunia di laman YouTube termasuk ada yang tidak percaya itu hasil mimiknya.

Minggu lalu juga saya tertarik melayan video impersonator lelaki di Mumbai, India bernama Sairam Iyer. Sairam ini pula mampu meniru suara nyaring playback singer Bollywood terkenal, Alka Yagnik dan Asha Bhosle. Memang hebatlah kalau seorang lelaki bermisai tiba-tiba mampu membuat suara kepit seperti Alka dan Asha. Dengan kehebatan itu, Sairam kini digelar ‘A Man With Dual Voices’ kerana dia juga boleh meniru suara Kishore Kumar.

Dalam memperkatakan pengaruh Bollywood ini, usah dilupai bakat tempatan, Kajol Kelantan yang dulu rajin meniru suara Alka Yagnik dengan lagu-lagu seperti Har Dil Jo Pyar Karega dan Teri Chunariya. Cuma sayangnya, Kajol terjebak dengan kontroversi berpakaian seperti perempuan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Menyedari impersonation dan mimic ini ada kuasa hiburannya untuk menceriakan hidup manusia, tentu lebih menarik kalau stesen TV kita dalam keterujaan menganjurkan pertandingan nyanyian dan jenaka, turut mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kemahiran yang saya ceritakan kali ini. Dulu kita ada program seperti pertandingan bakat TV (RTM) dan sekarang pula dunia menyaksikan francais ‘Got Talent’ yang diasaskan Simon Cowell sejak 2006.

Penyanyi-penyanyi sebenar pula tidak perlu melihat setiap impersonator ini sebagai satu ancaman kerana yang asli tetap asli. Kehebatan serta kredibiliti barisan penyanyi asal sudah terbukti terjaga di tahap yang tinggi dan kekal sebagai satu tanda aras. 

Bidang meniru persona selebriti ini terbukti dapat menambahkan lagi rona menarik kepada pentas hiburan, menyuntik elemen hiburan alternatif dan seperti yang dinyatakan, ia bukan ‘satu dosa’. Rezeki itu ada di mana-mana. Kalau tidak datang bergolek atas Izin-Nya, ia pasti diperoleh selepas diikhtiarkan. - Getaran, 3 April 2021

Penulis dapat dihubungi untuk sebarang respon dan perkongsian informasi di Instagram SlenFadzil.

Isu Pada

Mungkin Ini Kisah Paling Sedih – Naim Daniel

03 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Bob Yusof Bangkit Dari Kesedihan Dengan 'Beribu Rasa'

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Perihal Laici, Tanjung Pagar, P. Ramlee dan Lady Gaga

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Ebit Bantu Gaza, Netizen Perang Saraf

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Lagu Raya Masih Relevan Di Jiwa

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan