Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Nasi Briyani Kambing Pujaan Jo

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 10:53PM

oleh

Jo Haq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

24 September 2015

Doktor Zamri Harun membebel lagi macam selalu, “Encik Jo. Encik Jo kena dengar nasihat saya sebagai seorang doktor ni. Dah berapa kali saya dah kata ... control sikit bila makan tu. Kurangkan nasi. Kalau boleh jangan makan nasi langsung. Semua karbohidrat tu anggaplah sebagai racun. Roti pun jangan. Kalau kempunan sangat, roti brown ok. Ubi kentang pun jangan. Kalau nak minum kopi biar black no sugar. Nescafe toksah nak teguk pun. Yang putih tu bukan susu. Kelapa Sawit semua tu. Coca-Cola, 100Plus, Pepsi, 7Up dan sewaktu dengannya kena kita lupakan. Minum air kosong saja. Ice cream, Tutti Frutti, Slurpee, ape jadah semua ni ... forget it bro. Tahap gula dalam darah Encik Jo dah 7.1. Tinggi tu. Untuk lelaki umur 40 macam awak ni dah kena control. Silap-silap ni saya kena prescribekan ubat Diabetic untuk Encik Jo. Exerciselah selalu. Habis kurang pun 5km sekali lari. Buatlah 3 kali seminggu. Rokok tu lupakan sajalah. Dengan rokok tu macam-macam penyakit boleh dapat. Bila kita isap rokok, karbon dari rokok tu bercampur dengan darah mewujudkan karboksihemoglobin. Karboksihemoglobin boleh memendakkan lemak kolesterol ke dinding saraf langsung bila banyak, tersekat. Sakit jantung nanti. So bukan gula saja kena control. Lemak berbagai semua kena henti. You punya cholesterol dah 6.8 ni. Yang sedap-sedap contohnya Nasi lemak, kena stop. Nasi dagang kena stop.

Roti canai, beef steak semua jagalah jangan banyak sangat.... Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu ... haaahh kasi Innalillah sajelah ye”

Dengan tiba-tiba Jo bersuara, "berhenti di situ. Apa Doktor kata tadi?”

"Saya kata, Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu ... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia....”

“Apa? Apa? Cuba kau ulang lagi”

“Haiyooo ... saya kata tadi ... Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu ... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia ... ”

Jo terus berdiri dengan jari telunjuknya mula menunjuk ke arah Doktor Zamri, “Fikir betul-betul ... Doktor benar-benar hendak berkata macam tu?”

“Ye lah. Aku ni Doktor kasi advice kat kau. Kau kena dengar ... Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu ... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia ...”

Jo terus memberi satu tamparan hebat ke muka Doktor Zamri sehingga terpelanting cermin mata Oakley doktor tu ke lantai dan bersemburan gigi dan darah keluar dari mulut bersepah di atas meja. Nurse yang tadi menggatal dengan Jo terus ternganga-nganga mulut melutut untuk mengelap mulut Doktor Zamri.

“Errr ... jangan sesiapa di muka Bumi ini memisahkan aku dengan Nasi Briyani Kambing pujaan aku ok”, kata Jo sambil bergegas keluar dari Klinik Harun.

Doktor Zamri cuma mampu berkata, “Apakah????”

Akauntan yang dalam tubuhnya mengalir darah seni. Suka mengembara untuk mengecap pengalaman di negara orang. Bekas pengurus lima syarikat siaran televisyen tempatan. Kini aktif menghasilkan kompilasi cerita ringkas, sajak, puisi dan lirik berbahasa Melayu. Novel Spanapurba akan menemui pembaca pada penghujung 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Dr Zamri Dan Pontianak Kebaya Merah (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

2

Kolum 2 tahun yang lalu

YAB, Saya Tuntut Hak Saya (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Hadiah Untuk Boboi (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Mencari Octopus Di Bulan (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah