Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ramadan Peluang ‘Reset’ Zahir Dan Batin

Ramadan 15 hari lagi! Nampak gayanya ia bakal menjadi lebih meriah sedikit berbanding tahun lalu. Adakah anda seperti kolumnis kami Suzie Adnan, yang menggunakan bulan ini untuk 'reset' tubuh badan dan amal ibadat?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya Ramadan bakal kembali dalam lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Seperti baru sahaja kita semua melalui puasa yang begitu mengesankan tatkala negara waktu itu sedang berada di dalam fasa kuarantin.

Namun nampak gayanya tahun ini agak lebih meriah. Dengan nombor harian pesakit baru COVID-19 yang semakin menurun, kerajaan mula melonggarkan SOP dan bolehlah kita semua menarik sedikit nafas lega. Bazar Ramadan kini dibenarkan beroperasi dan masjid-masjid akan kembali penuh dengan jemaah-jemaah mendirikan solat Tarawih. InsyaAllah!

Bercakap mengenai Ramadan, sebagaimana anda, inilah bulan yang paling saya tunggu-tunggu sepanjang tahun. Dalam kepala, inilah masanya saya ingin kembali ‘menyihatkan badan’ dan memperbaiki ibadah yang tidak sempurna.

Walau jauh di benak hati, konsep ini saya sedar tidak berapa betul. Niat untuk perbaiki amalan dan mengamalkan cara hidup sihat itu harus dilaksanakan 365 hari dalam setahun. Cuma bezanya di bulan yang barakah ini, amalan-amalan tersebut akan dicatatkan pahala amal yang berganda dan setiap yang beragama Islam wajib merebut peluang.  

Ramai juga di kalangan kita yang menggunakan waktu berpuasa ini untuk mengurangkan berat badan. Ramadan ini kita diet dan penampilan Syawal nanti kurus berseri. Eh, jangan begitu! Rugi sungguh rasanya jikalau kita tidak mengambil peluang ini untuk memperbaiki zahir selari dengan batin.

Tidak juga bagus jika kita berat sebelah kerana tubuh dan jiwa itu saling mengimbangi. Mari kita menghayati khasiat Ramadan dan pasakkan dalam hati niat yang betul.  

 

ZAHIR

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Neurosaintis di John Hopkins menyatakan berdasarkan kajian selama 25 tahun, tubuh badan manusia sebenarnya boleh bertahan berhari-hari tanpa makanan dan berpuasa di siang hari itu sememangnya terbukti memiliki banyak manfaat.

Walau bagaimanapun usah pula kita bertanggapan yang puasa itu ibarat diet kurus, saban hari menilik badan sendiri di hadapan cermin – sudah kurus atau masih gemuk lagikah? Jika dalam kotak minda kita ada gaya pemikiran sebegini, cepat-cepat buangkannya jauh-jauh.

Jangan lupa, Ramadan bulan suci dan jangan pula kita silap niat! 

Ada doktor mencadangkan, dua atau tiga hari sebelum Ramadan bermula, kikis terlebih dahulu tabiat pengambilan makanan manis dan yang mengandungi karbohidrat halus. Ini adalah untuk melatih diri agar dapar memberi tumpuan sepenuhnya di sepanjang Ramadan. Kerana sebaik kita berhenti konsum sebarang makanan buat beberapa jam pertama, glycogen dalam tubuh akan menepis dan secara automatik lemak akan dibakar untuk tenaga. Dan apabila kita berpuasa secara konsisten malahan sebulan, tubuh akan belajar untuk memperbaiki dirinya sendiri. Tisu rosak akan diperbaiki dan diganti dengan sel baru, hormon akan kembali seimbang justeru tubuh badan akan mendapat manfaat imunisasi di tahap maksima.

Kumpulan doktor seluruh dunia bersetuju yang amalan berpuasa ini mampu mengurangkan radang, merendahkan tekanan darah, memperbaiki tisu rosak, mencegah kanser dan beberapa lagi penyakit yang berkaitan neurologi seperti Parkinson dan Alzheimer.

Rumusan paling menarik, puasa itu melewatkan penuaan. Ini terbukti dengan kajian saintis Jepun, Yoshinori Ohsumi pada 2016 di mana kaji selidiknya ini memenangi hadiah Nobel untuk bidang psikologi dan perubatan.

Seperti yang telah disebutkan tadi, Ohsumi membuktikan amalan berpuasa itu mencetus pembentukan sel baru lantas menjadikan seseorang itu lewat dimamah usia. Siapa yang tidak menginginkan awet muda?

Kalau diikutkan, tiada orang gemuk di dalam Islam. Tabiat berhenti makan sebelum kenyang itu sunnah, pengambilan sesuatu makanan secara sederhana itu juga suatu sunnah.

Oleh itu, untuk bulan Ramadan tahun ini, apa kata kita cuba disiplinkan diri untuk tidak berbuka puasa secara berlebih-lebihan. Makan secara ala kadar, berselang dengan ibadah fardu dan sunat yakni Tarawih.

Hidangan pula pilihlah menu yang kurang gula, kurang kolestrol, kurang minyak. Tidak salah kalau kita menjauhi bufet-bufet atau bazar-bazar yang menghidangkan beraneka juadah atas rasa kekhuatiran menelan makanan berlebihan yang membawa mudarat kepada tubuh.

Kurangkan pengambilan nasi putih sewaktu berbuka, lebihkan serat serta lain-lain makanan sunnah. Memang senang untuk saya menaip kenyataan sepert ini, namun percayalah saya juga masih mencuba!

 

BATIN 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Pada 1994, Kongres Antarabangsa membentangkan sebuah kertas kerja mengenai khasiat puasa yang membawa kesan positif kepada fisiologi dan psikologi. Ya, puasa itu meredakan emosi dan mendamaikan jiwa.

Di dalam kekalutan masyarakat dunia hari ini membincangkan perihal kesihatan mental, jawapan dan penawarnya sudah sedia ada di dalam Ramadan dan menjadi antara inti pati khasiatnya. Alangkah bertuahnya kita sebagai orang Islam yang mana puasa itu sememang telah termaktub sebagai salah satu tiang syariatNya. 

Amat penting untuk kita menghayati kemuliaan Ramadan Al Mubarak dan ganjaran-ganjarannya. Apa maknanya ibadah puasa ini jikalau yang hanya dapat lapar dan dahaga?

Puasa mengajar kita untuk bersabar dan menguasai diri (self-control). Ketidak mampuan untuk mengawal diri ibarat suatu indikasi kepada tahap kerohanian kita. Apabila dalaman tiada harmoni, maka timbullah gangguan psikologi.

Sifat sabar itu juga melatih kita untuk melawan nafsu. Semua orang tahu - jaga mulut, jaga mata, jaga telinga. Hakikatnya, bunyi mudah tetapi sukar. Inilah dinamakan ujian. 

Suatu kajian baru-baru ini menyaksikan bahawa 70 peratus rakyat Islam di Malaysia tidak cukup solat lima waktu. Maka dengan hadirnya Ramadan kali ini, mari kita latih diri.

Pertama, cukupkan solat fardu, cuba perbaiki bacaan dalam solat dengan memahami tiap bait kata dan setkan jam sebagai usaha untuk mendirikan solat di awal waktu. Walau kita berasakan tidak sempurna, sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Kemudian rajinkan diri menyelak Al-Quran dan bacalah walau sepatah ayat. Meminjam ungkapan yang kerap diucapkan, jika kita ingin bercakap dengan Allah maka dirikanlah solat. Dan jika kita ingin Allah bercakap dengan kita, maka bacalah Al-Quran.  

Selain mencukupkan ibadah asas, kita perbaiki amalan-amalan asas yang lain. Tidak perlu tengok jauh, perhati di sekeliling kita sudah memadai.

Inilah masanya untuk kita perbaiki silaturrahim di kalangan keluarga, saudara mara, teman-teman dan jiran tetangga.

Sedekah ikhlas mengikut kemampuan, saling bantu-membantu mereka yang kurang bernasib baik. Ramadan adalah masa terbaik untuk kita refleksi diri dan mencari solusi jiwa. 

Dahulu pernah saya terdengar suatu ‘trend’ di kalangan mereka yang berkemampuan. Konsep holy cleansing yang mana bulan Ramadan adalah waktu ‘cuti’ bagi mereka yang kaki parti dan menonggang arak.

Tiba bulan baik ini, mereka bagai menghilangkan diri kerana ‘lari’ ke Tanah Suci untuk melakukan Umrah. Segala kegiatan mungkar ditinggalkan selama sebulan dan mereka ini berfahaman yang ibadah Ramadan mereka akan menghapuskan segala dosa yang dilakukan selama 11 bulan sebelumnya.

Ini zaman pra-Facebook, jauh sebelum Instagram. Dan ini cerita benar, memang ada manusia berfikiran sebegitu dahulu. Mungkin masa itu tidak semudah hari ini, Google di hujung jari. Kita bersangka baik kerana mungkin mereka tidak mengetahui. 

Ramai di antara kita yang begitu fokus untuk memperbaiki lagi ibadat di sepanjang bulan suci. Namun selalulah beringat yang menjaga tubuh badan dengan baik juga dikira suatu ibadah.

Jom kita selaraskan niat untuk reset minda dan tubuh kerana Allah SWT. Kukuhkan iman, teguhkan rohani dengan memelihara harta pinjamanNya kepada kita - yakni tubuh badan. Ramadan dua minggu lagi. Jom ubah diri.

Semoga kita semua terus berada di dalam rahmat dan redaNya.- Getaran, 28 Mac 2021.

Mula berkecimpung di dalam dunia penulisan fesyen sejak 2004, Suzie Adnan adalah bekas Ketua Pengarang kepada majalah fesyen unggul tanahair, GLAM. Bergelar graduan Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di UiTM, beliau turut berpengalaman di dalam lapangan peruncitan fesyen mewah ataupun 'luxury retail'. Ibu kepada dua cahaya mata ini kini menyediakan khidmat konsultansi di dalam bidang-bidang berkaitan.

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan