web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mencari Sumber Makanan Alternatif Tatkala Harga Ayam, Makanan Meningkat

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 4:08PM

Gambar hiasan Bernama

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai rakyat di negara yang terjejas teruk sejak dua tahun lalu, semakin gelisah. 

Kesan kejatuhan ringgit sudah mula digeruni. 

Harga barang import akan semakin mahal. Begitu juga dengan makanan seperti ayam, kerana harga dedak semakin naik.

Kesan domino akan bermula apabila para peniaga dipaksa menaikkan harga makanan sekali gus mengakibatkan orang ramai berbelanja kurang atau tidak membeli ayam. Ini pula akan menjejaskan mereka yang berniaga.

Sehingga kini, ramai yang masih menunggu apa jalan penyelesaian dari kerajaan agar orang ramai tidak akan begitu terjejas atau terkesan apabila harga makanan, ubatan dan bahan-bahan lain naik.

Memberhentikan eksport ayam, mewujudkan stok penimbal hanyalah penyelesaian sementara.

Apa jalan penyelesaian jangka sederhana yang bukan hanya boleh memastikan terdapat cukup sumber makanan di pasaran untuk semua?

Dua minggu lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyatakan tempoh 15 tahun diperlukan untuk menstabilkan industri penanaman jagung bijian untuk dijadikan makanan ternakan alternatif kepada dedak.

15 belas tahun adalah tempoh yang agak lama. Itupun jika petani mahu menanam jagung.

Jadi apakah alternatif yang boleh ‘dihidangkan’ kepada rakyat Malaysia untuk memastikan orang ramai boleh membeli makanan dari sumber protein lain tatkala harga ayam tinggi atau stok ayam berkurangan?

Ikan keli, saya difahamkan hanya memerlukan tiga bulan untuk mencapai saiz pasaran. Tempoh matang ikan patin pula selama enam bulan.

Jikalau ada permintaan semestinya harga ikan-ikan ini yang dikatakan bukan begitu susah untuk dibela boleh menjadi makanan alternatif kepada ayam.

Pokoknya, saya hanya mengutarakan cadangan yang diberi oleh seorang mantan ketua setiausaha sebuah kementerian yang mungkin boleh ditimbangkan oleh pihak-pihak terlibat.

Tatkala negara berdepan dengan krisis makanan, ada yang masih lagi sibuk berpolitik.

Malaysia mempunya 70 menteri dan timbalan menteri. Agak mengecewakan jika semua pihak tidak berganding bahu untuk mencari solusi untuk rakyat.

Jika tidak ada yang mahu bersuara, mungkin sudah tiba masanya untuk mendengar idea-idea bernas dari mereka yang berpengalaman dalam bidang makanan, perladangan dan peruncitan bukan kerajaan yang boleh memberi cadangan yang membina untuk memastikan rakyat Malaysia tidak akan berdepan dengan bulan-bulan yang akan datang di mana mereka terpaksa mengikat perut.

Adakah mana-mana pihak yang mahu mendengar ataupun mengutarakan suara mereka ini untuk kebaikan semua rakyat di negara ini?

Tepuk dada, tanya selera. - Getaran, 30 Mei 2022

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22 atau emel [email protected]

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Keselamatan Makanan: Tanggungjawab Moral Dan Keperluan Ekonomi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jaminan Makanan Untuk Singapura Tak Bermakna Hanya Eksport Ke Sana - Anwar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Mahu Malaysia Jadi ‘Nadi’ Keselamatan Makanan Singapura

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Pandang Ringan Isu Ketidakjaminan Makanan - GESAAN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam