web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jaminan Makanan Untuk Singapura Tak Bermakna Hanya Eksport Ke Sana - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 7:14PM

Anwar mahu meneroka potensi kerjasama bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia. - Gambar oleh Aziman Rosli/Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, langkah menyediakan sokongan keselamatan makanan kepada Singapura tidak bermakna Malaysia akan mengeksport makanan ke negara itu sehingga menjejaskan kedudukan sendiri.

Bercakap kepada media di penghujung lawatan rasmi sehari beliau di sini hari ini, Perdana Menteri memberitahu, apa yang beliau maksudkan adalah potensi kerjasama bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia.

“Saya tidak mencadangkan kita mengeksport ke Singapura. Saya hanya berkata adalah penting untuk kedua-dua negara melihat kemungkinan kerjasama dalam meningkatkan pengeluaran makanan.

“Ia boleh menjadi pelaburan utama Singapura yang akan memenuhi kedua-duanya, keperluan kita dan mereka.

“Pada masa ini, import Malaysia telah melebihi RM65 hingga RM70 bilion (setahun), jadi kami memerlukan pelaburan besar-besaran - sama ada dalam dan luar negara - termasuk Singapura kerana mereka adalah jiran terdekat kita,” kata Anwar.

Terdahulu, semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Anwar telah memaklumkan bahawa Malaysia boleh menjadi ‘periuk nasi’ untuk Singapura.

Ahli Parlimen Tambun itu dalam lawatan rasmi pertamanya ke negara pulau itu diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan delegasi pegawai antaranya, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. – Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad