Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Suci Dan Indahnya Aidilfitri, Dicemar Jangan Dengan Duniawi

Mahu ke mana Aidilfitri ini? Pulang ke kampung halaman atau terbang cuti ke luar negeri? Ikuti refleksi kolumnis kami, Wirda Adnan tentang Hari Raya dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 5:11PM

Gambar Hiasan, Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dulu, sempat muncul trend menyambut Aidilfitri di tepian pantai, di komplek membeli-belah, di Taman Air seperti Sunway Lagoon Theme Park, Water Wet World contohnya. 

Ada juga sehari dua sebelum Aidilfitri terbang jauh ke Bali, Bangkok, tinggal di resort atau sewa Airbnb, tinggalkan mak ayah kerana makan angin di situ. Alasan, malas pakai baju Melayu, malas berjamu dan malas melayan tetamu. 

Apakah budaya ciptaan baharu ini akan sekali lagi menjadi pilihan setelah dua tahun aktiviti ini terhenti akibat pandemik? 

Gambar Hiasan, Syeda Imran
Gambar Hiasan, Syeda Imran

Allahu Akbar, saya mengucap panjang bilamana melihat pantai-pantai di Malaysia menjadi pilihan umat Islam di hari baik bulan baik ini.

Sebagai bukti ada yang berpakaian baju Melayu, disingsing lengan baju dan seluar dilipat hingga ke lutut sambil bermain air. Dan kanak-kanak berlari-larian, yang wanita sibuk menghidangkan bekalan dalam pinggan plastik. 

Mungkin kamu rasa seronok tetapi berseronok itu pun perlu ada waktu dan tempatnya. Dan jangan dicemari kemuliaan Aidilfitri itu dengan mengenalkan budaya yang kamu tiru daripada budaya Barat. 

Bila anak membesar, dia mungkin akan ‘menganut’ budaya sama, sedih bila difikirkan. 

Sebagai umat Islam kita ada adab, ada cara bergembira dan bersyukur bagi menyempurnakan sambutan mengikut panduan sunah Rasulullah SAW menyambut Eid al Fitri atau Hari Raya Fitrah.  

Gambar Hiasan, Syeda Imran
Gambar Hiasan, Syeda Imran

Ketupat lemang, rendang ayam, kuih-muih pelbagai rupa.                                                   

Indahnya Raya bersama keluarga, jiran tetangga, sanak-saudara. Hari menjalin silatulrahim, bermaafan, berpakaian serba baru, ziarah menziarahi, melayan tetamu, berjamu. Dan tidak lupa membersihkan pusara ahli keluarga yang terlebih dulu pergi sebelum kami. 

Raya adalah waktu bersalam-salaman dan bermaaf maafan. Raya juga untuk persaudaraan dan kebersamaan dan ia penting bagi mengukuhkan kekuatan umat Islam, menjadi identiti kita dan seharusnya dipertahankan. 

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim). 

Gambar Hiasan, Sairien Nafis
Gambar Hiasan, Sairien Nafis

Ada suatu lagi keistimewaan yang tiada pada hari yang lain sepanjang tahun itu, yakni zakat fitrah, yang diwajibkan pada setiap umat.

Tidakkah dengan memberi zakat itu membahagiakan fakir miskin dan orang-orang yang wajib menerimanya? Untuk secupak beras yang dikeluarkan itu pula pahalanya diganda 10 kali dan diangkat terus ke syurga.

Di mana kamu patut berada pada Hari Raya?  Balik kampung bagi memeriahkan suasana Raya, ini yang sebaiknya. Mak ayah menunggu, mak long, kak ngah dan mungkin tok dan nenek yang lanjut usia masih ada, dengan merekalah patut dihabiskan hari yang penuh barakah ini.  

Oh ya, tidak ada kampung, kerana kamu orang kota? Tok nenek lahir di Bukit Damansara. Hmm, faham. Jadi Bukit Damansara itulah ‘kampung’ kamu, bukan Sunway Lagoon. 

Pasti ada jiran tetangga yang harus dimuliakan, begitu juga saudara mara mahupun rakan taulan yang ‘kampung’ mereka juga di tanah kota. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Inilah masa mereka merasakan hidangan istimewa kita, rendang, ketupat, lontong, putu, dodol. Bukan Mcdonald's dan KFC. Inilah waktu kita menziarahi satu sama lain, bersalaman dan bermaafan. 

Tidakkah kamu takut di akhirat nanti amal ibadahmu untuk ke syurga tergantung kerana tidak bertegur sapa dan bermaaf-maafan? Ingat ini.

Syawal bulan ibadah, alangkah ruginya tidak bersama berjemaah di pagi Aidilfitri. Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada Hari Raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” (Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 ). (Maknanya, mengucapkan selamat dan mendoakan satu sama lain). 

Dan Hari Raya, hari yang seharus diperbanyakkan takbir, tahmid, tahlil dan tasbih.  Kerana ia penegasan dan membaharuan deklarasi imam kita. 

Alangkah rugi aktiviti Raya kamu tinggalkan peluang bertakbir dan bertahmid ini. Ia penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh syaitan.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat Hari Raya.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash


Raya juga bagi kita orang Melayu membanggakan kurung dan baju Melayu. Bukan skirt singkat atau denim koyak di paha dan di lutut, bukan dress sendat yang menampak bentuk badan. 

Perhatikan betapa manisnya si gadis berpakaian begini yang menutup aurat, bertambah jelita dililit kepala tudung dUCK, tudung Neelofa.  Sementara yang lelaki pula bersamping bersongkok. 

Lelaki perempuan dengan pakaian berwarna warni. Bila masa orang lelaki dapat merasa berbaju merah, kuning, ungu, hijau terang, malah merah jambu kalau bukan berbaju Melayu dan tidak siapa akan mengata.

Tetapi cubalah kamu pakai slack dan kemeja merah sedondon, mesti kamu dicop pelik, kecuali kamu selebriti. Inilah istimewa baju Melayu kita.

Gambar Hiasan, Azim Rahman
Gambar Hiasan, Azim Rahman

Saya pernah merasa beraya di kota fesyen dunia sedang orang Islam meraikan Aidiladha. Jauh daripada mak dan ayah, suami dan anak. Sepinya tidak terkata. Berasa janggal dan hati berkata, “Bodohnya aku menerima jemputan ini.” 

Tidak kedengaran takbir Raya, tidak nampak orang berduyun-duyun ke masjid, tidak bersama khairiyah masjid potong daging korban, tiada kuah kacang mak mertua yang enak, tidak ada lontong yang jadi kegemaran. Kesalnya Tuhan sahaja yang tahu. Itu Aidiladha, tidak dapat dibayangkan kalaulah saya di sana pada Aidilfitri.

Teringat alkisah seorang teman, berpuluh tahun dia tidak balik ke rumah emaknya (yang sebenarnya tidak pun beberapa jauh dari rumahnya) kerana marah. Marah pada emak, marah pada adik-beradik kerana merasakan emaknya tidak adil dalam pembahagian harta peninggalan si ayah. 

Setiap tahun dia akan memikirkan untuk beraya di mana, selalunya di rumah kawan-kawan atau terbang jauh, duduklah di dalam bilik hotel, tak tahu nak buat apa, namun menjenguk si ibu tidak sama sekali. 

Kawan rapatnya pula berjiran dengan ibunya, selalu dia menghabis seharian atau kadang berhari-hari di situ, kalau dia mahu beberapa langkah sahaja dia boleh bertemu maknya, namun hatinya padam sekalipun dia tahu ibunya akan pergi bila-bila masa kerana usia tua.

Gambar, Unsplash
Gambar, Unsplash

Orang tuanya itu akhirnya menemui Tuhannya. Dia ditinggalkan dengan harta berjuta atas namanya. Ingat seorang ibu tidak pernah kejam kepada anaknya sendiri. 

Dan sepatutnya dia boleh raya sakan dengan harta bertimbun itu tetapi tidak, Allah tutup hatinya untuk meraikan kekayaan itu. 

Harta dilihatnya bagaikan sampah yang tidak berguna (bayaran kepada ketamakannya dulu). Dan yang paling tidak dapat dihilangkan dari pandangan matanya ialah empat baju Melayu berbeza warna dalam plastik masih tergantung di biliknya. 

Dia sendiri tidak sedar bila baju-baju itu ditempah oleh ibunya kerana dia melangkah keluar beberapa hari sebelum Raya. Kesal yang dirasakan masih mencengkam jiwanya yang terus sakit. 

Bayangan wajah ibu menyeksa hatinya terutama bila hadir Syawal. 

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Tiada kata seindah maaf 

Bila ada kata dan perbuatan yang khilaf

Kiranya maaf yang saya harapkan 

Selamat Menyambut Idul Fitri 

Mohon maaf lahir dan batin.


- Getaran, 23 April 2022
 

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

3

Selera 9 bulan yang lalu

Lemang Power Tong Dram Tambat Hati Pelanggan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia