web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anakku, Ibu Ayahmu Adalah Syurga dan Nerakamu! (Bhg. 2)

Dahulu, kolumnis kami, Wirda Adnan bercerita tentang mentua 'hantu', kali ini beliau bercerita tentang menantu 'hantu' pula. Ini bahagian kedua kisahnya. Semoga kita mengambil iktibar.

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 5:44PM

Gambar Hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bacalah bahagian pertama kisah ini di sini.

***

“Bukan Tanggungjawab Awak, Mak Ada Anak Lelaki, Kan? Dia Yang Wajib Jaga Mak.” 

“Abang bukan benci mak tetapi cukuplah berpuluh tahun mak di sini. Abang awak sebulan sekali pun susah nak jengok. Selama ini I diam, I paksa layan kehendak you tetapi enough is enough, sekarang you call your brother, ambil mak.”

“Kalau you Wirda, apa you patut buat?

“Pertama, macam mana nak cakap dengan mak, yang dia tidak boleh tinggal di sini lagi. Kedua, bagaimana kalau mak berkeras tidak mahu pergi? Sebab mak dengan menantu memang tidak pernah ‘ngam’.

“Salah siapa? Menantu atau mentua? I pun tidak tahu. Ketiga, andai abang pula beri alasan tidak boleh jaga mak, macam mana?”

“Ceritakan perkara sebenar pada abang you. Apa pilihan lain yang you ada?” jawab saya. 

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

I tak boleh nak salahkan suami I seratus peratus. selama ini dia yang tanggung segalanya. Daripada duit maid (yang asyik kena tipu oleh agensi dan gaji bulanan).

“Makan minum tidak kisah, apa yang kami makan mak makan tapi, bila suami juga hilang pekerjaan, I rasa I kena pendamkan perasaan sedih, hampa, kecewa dan segalanya. Mak nyawa !

I tak boleh lupa hari terakhir mak di sini, mak mohon maaf dan minta dihalalkan makan minum. Mak pula yang menangis teresak-sesak dan berkata, “Mak yang salah.”

“Mak kemudian peluk suami, mak kata, “Malik, mak minta maaf kerana menyusahkan kamu suami isteri,” cerita Maria teresak-esak.

“Kalau I masih bekerja, I tak kisah. Biarlah gaduh laki bini, biarlah bercerai-berai. I pun sudah fed-up dengan dia, minus masalah mak. Masalah kami suami isteri memang tidak tertanggung dan I makan hati.

“Tetapi hari ini mak sakit dan I tak mampu nak tanggung duit maid, duit hospital dan sebagainya. Malah, suami pun dah tak bekerja,” cerita Maria, buat saya turut menangis bersamanya.

Di rumah si abang. Sehari dua wajah sang isteri seperti biasa. Bagaimanapun, masuk seminggu, tambah dua minggu, sang isteri sudah mula merunggut, “I letihlah. Sampai bila mak di sini, bang?”

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Suami diam. Dia tiada jawapan. Pertengkarannya dengan satu-satunya adik perempuannya itu membuatkannya lepas cakap, “Kamu jangan jejak lagi rumah ini. Biar aku yang jaga mak sampai mak mati.”

Minggu ketiga, sang isteri mengemas kain bajunya. “I rasa lebih baik, I balik rumah parents I, kalau tinggal di sini, I tak tahu apa yang akan terjadi. I tak mahu jadi menantu derhaka. Maid pun okey. Abang tengok-tengokkanlah.”

Begitulah cerita Maria, sudah hampir dua tahun ibunya tinggal bersama abangnya dan sang isteri. Ada juga balik ke rumahnya tetapi sekejap sahaja dan pulang semula ke utara untuk bersama keluarga abang. 

Dan, sekarang dia ada alasan yang lebih baik, sebab emaknya pula sakit dan memerlukan dia.

Bagaimana dengan Maria? Dua tahun dia tidak bercakap dengan si abang dan dua tahun juga dia tidak dapat menjenguk ibunya.

Cuma dia tahu perkembangan si ibu melalui pembantu dan si ibu pula kalau dulu boleh juga ke bilik air sendiri tetapi hari ini sudah terlantar di katil. Bercakap telefon pun sudah tidak boleh.

“Kenapa you tak ketuk saja pintu pagar brother you?” 

“Dah buat dan dia larang I masuk?” 

You pergi dan pergi lagi,” saya terus memaksa. 

“Maria, get your uncle or aunties atau siapa-siapa yang you tahu baik dengan abang you. Suruh dia orang nasihat abang you.”

You pun, put your ego down, mohon seribu maaf pada abang you dan cakap sama dia, tidak baik buat macam ini pada mak. It’s not so much about your feelings tapi perasaan mak you.

“Sure dia tertanya-tanya dan ternanti-nanti you, Maria. Sure dia tambah sakit sebab you bukan sahaja tidak menjaganya tetapi hilang daripada pandangnya.”

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Kelmarin saya bersembang dengan Maria lagi. Doanya terkabul sudah.

Dia dibenarkan melawat ibunya dan setiap hujung minggu dia pasti meluangkan masa bersama ibu, membawa makanan yang selama ini digemari ibu, menyuap si ibu, mandikan ibu dan sebagainya sebelum dia balik ke rumahnya.

Sesekali dia ditemani suami dan tanpa dia sedari juga masalah mereka suami isteri pun selesai dengan sendirinya.

“Apa cerita kak ipar you Maria?” tanya saya. 

“Macam itulah, sesekali dia balik tengok suami tapi most of her time bersama familinya di Utara. I tak mahu masuk campur, let it be, kalau abang I pun tidak pernah complaint who am I to say anything.”

“Maria, you benarkan I tulis cerita you okey?” 

“Tulislah,” katanya. 

Saya merenung jauh ke dalam matanya. Dua tahun lalu saya nampak wajahnya yang suram, pucat dan saya tahu dia amat tidak gembira tetapi kali ini, walaupun banyak yang disimpan dalam hatinya, saya nampak ada seri di wajahnya. 

Dan, ingatlah dosa kepada ibu bapa akan dibalas di dunia lagi sebelum akhirat.

Ini berdasar hadis nabi SAW, “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukum kepada pelakunya sewaktu hidup sebelum kematiannya lagi.” (HR al Hakim 7263). - Getaran, 18 Disember 2021

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Kolum 1 minggu yang lalu

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

3

Kolum 1 minggu yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga