Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anakku, Ibu Ayahmu Adalah Surga Dan Nerakamu! (Bhg. 1)

Dahulu, kolumnis kami, Wirda Adnan bercerita tentang mentua 'hantu', kali ini beliau bercerita tentang menantu 'hantu' pula. Ini bahagian pertama kisahnya. Semoga kita mengambil iktibar.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 5:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rencana ‘Menantu Atau Mentua Yang Hantu’ mendapat reaksi teman-teman Facebook saya khasnya dan mahu saya berlaku adil, “Wirda menantu pun ramai hantu, tak baik tulis cerita sebelah pihak.” 

Setuju, saya pun banyak cerita tentang anak dan menantu; ada yang kurang ajar, yang tidak sebulu dengan mentua, ada yang tidak hormat orang tua dan cakap kasar ‘aku kamu’ dengan ibu mentua. Ikuti tiga kisah menyayat hati.

Setiap hari, jam 5 petang Pak Ali akan mengemas beg silangnya, memasukkan sehelai dua baju, kain pelikat, kopiah dan duit syiling yang berbaki di dalam dompetnya.

Dengan wajah gembira bersalaman dengan seorang dua teman sebelah katilnya lalu melangkah keluar. Terketar-ketar dia memanjat beberapa anak tangga untuk sampai ke stesen bas berhampiran.

Duduklah dia di situ sehinggalah malam menjelma. Kadang-kadang tertidur atas pangkin sehinggalah pengawal membawanya balik. 

Cerita suami saya kala dia dan kumpulannya ke situ memberikan sumbangan, “Empat tahun lalu si menantu yang konon mengajaknya berjalan-jalan menurunkan Pak Ali di perhentian bas itu. 

“Saya ada hal penting, ayah tunggu di sini sampai saya datang.” 

Malam berganti siang, siang berganti malam, Pak Ali yang tinggal nyawa ikan sempat diselamatkan oleh orang dari Rumah Orang Tua berdekatan. 

“Anak aku suruh aku tunggu di sini,” inilah yang disebut Pak Ali berulang-ulang kali. 

“Dia kata tunggu sampai dia datang, nanti kalau dia datang aku tak ada.” 

Pak Ali yang antara ingat lupa pernah bercerita, sejak isterinya meninggal, dia tinggal dengan anak perempuannya. Dia ada anak lelaki tapi si anak tidak mahu menjaga kerana menantunya tak sanggup membelanya.

Jadi, anak perempuan mengajak Pak Ali tinggal bersama walaupun dia tahu suami tidak suka, dia tiada pilihan. 

“Menantu kata tambah beban dia. Anak pak cik tak kerja. Pak cik sakit dia tidak mahu bawa kilinik, pak cik kadang-kadang terkencing atas katil, dia maki hamun.  Anak pak cik cuba halang, dia tengking dan halau anak pak cik keluar rumah.” 

“Habis mengapa pak cik setiap petang nak balik ke rumah mereka?”

“Pak cik tak mahu mati di sini. Pak cik rindu cucu-cucu.” 

Air matanya mengalir, “Pak cik yang salah kencing merata-rata,” jawabnya.

Ingatlah wahai anak-anak, ibu bapamu adalah syurga dan nerakamu.

Daripada Wahab bin Munabbih Rahimahullah, ‘Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa AS: “Wahai Musa! Hormatilah kedua ibu bapamu, sesungguhnya orang yang memuliakan kedua ibu bapanya akan dipanjangkan umur dan kelak dia akan dikurniakan anak yang menghormatinya pula. Dan, barang siapa yang derhaka kepada kedua ibu bapanya maka umurnya akan dipendekkan dan kelak dia akan dikurniakan anak yang menderhakainya pula.

Apabila sudah berkahwin maka Islam menyuruh kita melayan ibu bapa mentua sama seperti melayan ibu dan ibu kandung sendiri.

Kedudukan mereka adalah setaraf kerana mereka telah melahirkan anak yang kemudiannya menjadi isteri atau suami yang dinikahi. Dalam hukum fikah, adalah tidak batal wuduk dengan ibu bapa mertua begitu juga haram dinikahi mereka selama-lamanya.

Justeru, apabila seseorang itu marah kepada ibu bapa mentuanya samalah seperti dia marah atau benci kepada ibu bapa kandungnya sendiri. Hukumnya adalah haram dan berdosa besar.

 

Anak Menantu Berhati Binatang 

Teringat dua tahun lalu kala saya singgah di rumah bekas majikan. Kelibat mak cik yang tinggal bersamanya saya tidak nampak.

“Mak cik mana?” (mak cik ini tiada kaitan darah pun, satu ketika pernah menjaga arwah ibu Puan Zah, bila orang tua itu meninggal dia mohon untuk tinggal terus di situ.)

“Oh! Diambil anaknya,” katanya. 

“Ada anak rupanya,” kata saya kerana selama ini saya mengingatkan mak cik tua yang tinggal bersama Puan Zah sebatang kara. 

“Ada dua. Kedua-duanya lelaki. Berpuluh-puluh tahun anak-anak tidak pernah ambil tahu jauh sekali menjenguk, tetapi satu hari tiba-tiba datang dan dengan lembut si menantu berkata, “Mak pun sudah tua, biarlah kami yang jaga.”

Nak ambil balik ibunya, silakan. Saya tidak kisah tetapi saya tahu bersebab. Mereka mendapat tahu kerajaan akan membayar pampasan sebidang tanah kepunyaan si ibu yang diambil kerajaan untuk membuat jalan raya.

Urusan pembayaran selesai, duit semua dibolot oleh kedua-dua anaknya. Dan, pada satu petang si menantu membuat panggilan telefon ringkas, “Mak Ngah, mak ni tak habis-habis sebut nak balik rumah Mak Ngah, siang malam desak kami hantar.

“Maaf kami tidak sempat hantar tetapi dah uruskan Grab. Tunggu ya, jam empat petang sampai.” Dan, talian pun putus. 

Puan Zah ingatkan kak Limah (panggilannya) sekadar mahu melepaskan rindu, rupa-rupanya dalam teresak-esak dan berlinangan air mata dia bercerita yang dia dipaksa balik ke rumah Puan Zah. 

“Mak, terus-terang nak beritahu mak, rumah kami kecil. Rumah adik Brahim pun sama dan anak-anak perlukan bilik. Mak pun tidak selesa di sini, kan? Mak pun tak sihat, siapa nak jaga? Esok siap, kami nak hantar mak balik rumah Mak Ngah.” 

Allahuakbar, kejamnya. 

“Tolonglah Zah, akak tak mahu pergi ke sana lagi, kadang-kadang akak tidak diberi makan, akak selalu lapar.

“Menantu tahu akak tidak makan ayam dan itulah yang dihidangkan setiap hari. Paksa akak makan dan pernah si menantu menonyoh ayam goreng ke mulut akak dan membebel, “Mak ni menyusahkan hidup orang.”

Leman pun tahu bini masak makanan yang akak tidak suka tetapi Leman diam. Tidak pernah tegur bini, tak pernah nak belikan makanan lain untuk akak, larat ke makan nasi dengan telur, dengan garam? Telur pun dicatu.”

Baru-baru ini kala saya berkunjung ke rumah Puan Zah. Nampak semula kelibat mak cik Limah. Puan Zah berbisik, “Hari-hari dia menangis, saya beritahu dia, tak payah buang air mata kak, anak-anak akak itu berhati binatang.

“Tak tahu nak cakap apa Wirda, puluhan ribu ringgit dapat daripada kerajaan, mereka berkongsi dua beradik dan menantu, masing-masing tukar kereta baru.

“Kemudian dicampak balik ke sini dan beri RM200 sahaja kepada orang tua tu. Sama sahaja anak menantu, semua kurang ajar. Saya sudah hantar pesanan ringkas kepada anak-anaknya, 'Kalau mak kamu mati, aku tak kan beritahu. Terima kasih.'”

“Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya.” (Hadis riwayat Abu al-Laith)

“Kewajiban anak lelaki, pertama kepada Allah SWT, kedua rasul, ketiga ibu dan ibu mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapanya, itu memang wajar.

“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suaminya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.” peringatan daripada Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. - Getaran, 4 Disember 2021

Bersambung…

Gambar Hiasan: Pexels dan Unsplash

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

3

Refleksi 4 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan