Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menantu Atau Mentua Yang Hantu? (Bhg. 1)

‘Mentua, jangan pernah engkau mengkritik segala kekurangan menantumu, kerana pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata isteri dan mentuanya.’

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 3:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Mentua, jangan pernah engkau mengkritik segala kekurangan menantumu, kerana pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata isteri dan mentuanya.’

“Aku ni menantu hantu.” Berjurai air mata teman kala bercerita.

 “Apa yang tak kenanya lagi?” saya memujuk.

 “Bermalam di rumah mentua. Aku turun lewat sikit kerana lepas subuh mengaji al-Quran sambil menunggu masuk waktu dhuha. Siap buat empat rakaat aku bergegas turun untuk sediakan sarapan, rupanya mak mentua dan dua anak perempuannya di meja sedang makan. 

“Berkata di hati awalnya mereka sarapan. Sebaik nampak muka aku, ibu mentua kasi ‘sebiji’ pada aku. 

“Kamu ingat kamu ini siapa? Anak Raja? Datang ke sini tahulah beradab sikit, jangan hendak tunggu kami yang menghidangkan sarapan untuk kamu?” 

Tergamam, aku rasa macam nak pitam, pagi-pagi sudah kena herdik. Malunya.

“Mana Harun?” tanyanya. 

“Masih di bilik? Nanti aku kena cakap sama dia, ajar bini beradap sikit. Datang rumah aku ini bukannya hendak masak untuk aku, aku pula yang terpaksa menghidang untuk dia, cantik muka.”

“Kalau you Wirda, you hendak datang lagi ke rumah mentua?”  

Saat ini air mata saya mengalir tiba-tiba, mengenang dia yang sudah tiada. Lama cerita dia saya simpan. 

Pernah teman ini memberitahu, “Bila aku sudah pergi dan you masih menulis, aku benarkan you tulis kisah hidup, tulislah semahunya. You tahu suka duka hidup aku dan pilihlah mana-mana kisah yang you rasa sesuai untuk dijadikan cerita. Mungkin sebagai teladan kepada pembaca.”

Dia sebenarnya daripada keluarga orang senang tetapi memilih hidup yang sederhana. Sedang kawan-kawannya yang lain menayang tas tangan Birkin, Kelly, Chanel, sebut apa jenama besar, dia langsung tidak hairan. 

Dia mampu menempah baju di Bernard Chandran mahupun Rizalman, tetapi memilih menempah dengan tukang jahit di Petaling Jaya, yang mana keluarga Cina itu pernah menjadi jirannya. 

Padanya jahitan aunty Ah Meng lagi cantik, kemas dan selesa. Yang penting kualiti kain, alah membeli menang memakai. Pakaiannya lebih kepada klasik, padanya yang klasik tahan lama dan tidak ‘out of fashion’. 

Rupanya kesederhanaannya mengundang ketidakselesaan ibu mentua, adik-beradik dan ipar-duai. Pelik dunia ini kalau menunjuk-nunjuk dicemuh, dikata, dikeji tetapi bila bersederhana ada pula yang tidak senangi. 

Ipar duai berjaya mempengaruhi mentua, “Mama dia tu kedekut.  Abang Harun beri duit, dia beri semua kepada keluarganya. Dia mengkayakan keluarganya daripada titik peluh abang Harun. Duit bisnes abang Harun dia pegang semua dan dia control segala-galanya. Look at abang Harun now, macam orang tak betul.”

“Dia tu mama, kuat bomoh. Dia kerja apa ma? Cer mama tanya dia kerja apa? Sebenarnya dia tak kerja dan menumpang dengan abang Harun. Tetapi mama tahu tak sejak kahwin, bukan mereka yang beli rumah baru tetapi maknya yang pindah kat taman, berjiran orang kayangan. 

“Dia sengaja hendak memalukan keluarga kita, menjatuhkan martabat famili kita. Mama tahu abang Harun itu dibomoh oleh si hantu itu. Kalau tidak, takkan abang Harun boleh jatuh cinta kepadanya. Mama fikirlah sendiri, pakai baju tempah kat tailor Cina di PJ Old Town, apa kelasnya?”

Begitulah cerita teman, perkara sekecil-kecil itu pun menjadi isu di mata keluarga sebelah suami. Tentang bajunya, kasutnya, beg tangannya itu yang menjadi bahan ketawa mereka, bahan perli dan keji mereka. 

You cakap apakah aku ni selekeh atau nampak miskin sangat? Terus terang aku nak beritahu kerana tidak ada Chanel mereka pandang hina dan tidak layak menjadi sebahagian daripada keluar mereka?”

Tetapi itu hanya satu bahagian kecil untuk mereka membencinya.

“Aku hanya betul-betul bahagia pada tahun pertama dan masuk tahun kedua, Harun sudah mula tidak mengambil berat dan sebahagian besar masanya di rumah keluarga.

“Dan akhirnya, dia sendiri berpindah ke sana dengan alasan ibunya tidak sihat dan sebagai satu-satunya anak lelaki dia diwajibkan menjaga ibunya.”

Alasan kenapa teman tidak boleh dibawa bersama tinggal sebumbung, “Kalau kita tinggal sebumbung dengan mama, rasanya sebulan sahaja mama boleh hidup.  Pertama, mama memang tidak berkenan dengan you.

“Pada mama dan papa you bukan bawa tuah kepada keluarga kami, you tahu tak, seminggu selepas kita kahwin, kontrak papa dibatalkan dan banyak lagilah kesusahan semenjak kita kahwin.”

“Cukup Harun... I faham, pergilah you kepada famili you. Bila you rasa you hendak ceraikan Iyou cerailah. I sama sekali tidak akan minta cerai, sebab isteri yang minta cerai daripada suami tidak cium bau syurga.

I repeat, perempuan yang minta cerai pada suaminya tanpa sebab (tapi memang ada sebab, tak apalah),  maka haram baginya bau syurga. Tak apalah syurga you di bawah telapak kaki ibu you.”

Ibu mentua dan geng anak beranak berjaya meracuni fikiran Harun. Pada mereka Harun layak mendapat isteri yang glamor, yang wajahnya di helaian Tatlers, Bazaar, GLAM. Harun layak mendampingi anak-anak kayangan yang ibu ayah punya wang berjuta untuk dijolikan, holiday di kapal layar, travel first class

Teman sebaliknya memilih untuk membeli saham akhirat. Wang peninggalan arwah bapanya digunakan dengan cermat. Dan, memilih untuk membiayai sebuah pusat tahfiz untuk tempahan syurga Jannah. InsyaAllah. 

“Bayangkan RM120,000 untuk satu tas tangan, tidakkah itu boleh diberi makan beratus anak asnaf untuk bertahun lamanya,” katanya.

Dia juga mewakafkan sebuah banglo di pinggir kota untuk penempatan anak asnaf.

Pada yang jahil seperti mentuanya, teman dilihat bodoh, kerana menyenangkan orang sedangkan diri sendiri tidak rasa nikmat dunia. 

“Susah Wirda, kalau bab agama diketepikan. Bila Harun cerita dia tidak pernah tengok bapanya solat, (ibunya solat, as and when dia rasa dia nak buat), aku pujuk suami supaya dia nasihat mereka.

 “You gila, I you suruh to tell them to solat? Sampai mati pun I tak akan cakap pada mereka.” - Getaran, 6 November 2021


 

Bersambung….

Semua gambar hiasan: Unsplash dan Pexels

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 4 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan