Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adab Menghadiri Rumah Terbuka

Betulkan niat, jauhi tingkah laku yang menjengkelkan sehingga menyusahkan tuan rumah

Refleksi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 9:07PM

Rumah terbuka adalah aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim - gambar Facebook

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu di bulan Syawal adalah waktu yang paling sibuk bagi warga kota, terutamanya di Lembah Klang. Ada banyak undangan rumah terbuka yang ingin dihadiri. Daripada jemputan sanak-saudara, teman-teman rapat sehinggalah kenalan jauh atau rakan sekerja. 

Tujuan rumah terbuka raya ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim, selain untuk meraikan bulan Syawal. Namun begitu, saban tahun kita sering mendengar ‘aduan’ atau luahan perasan daripada tuan rumah yang kesal dengan sikap sesetengah jemputan mereka.

Jadi, kali ini kami ingin berkongsi tentang adab menghadiri rumah terbuka agar kehadiran kita semua tidak mengundang benci. 

Mereka yang menghadiri majlis-majlis rumah terbuka perlu menjaga adab sopan dan etika supaya majlis berjalan dengan lancar, tidak terganggu dan menyenangkan hati tuan rumah. 

1. Patuhi Masa Yang Ditetapkan

Jika jemputan majlis rumah terbuka tersebut diadakan dari jam 2 petang hingga 8 malam, ikutlah masa yang ditetapkan. Janganlah jam 10 malam masih mahu menunjukkan muka. Walaupun tuan rumah adalah kenalan atau ahli keluarga yang rapat, tetapi mereka juga tahu erti penat dan mahu mengemas. Jangan sampai menyusahkan tuan rumah.

2. Hormati Tuan Rumah

Apabila sampai di mana-mana rumah terbuka, carilah tuan rumah atau pihak penganjur terlebih dahulu. Sapa mereka, bertanya khabar dan bersalaman terlebih dahulu sebelum menjamu selera. 

Tuan rumah perlu dihormati ketika menghadiri jemputan rumah terbuka - gambar Facebook
Tuan rumah perlu dihormati ketika menghadiri jemputan rumah terbuka - gambar Facebook

Jika mereka sibuk dengan tetamu lain, pastikan anda bertemu dengan mereka sebelum meninggalkan majlis. Ucapkan terima kasih atas undangan dan mungkin boleh jemput mereka pula ke rumah terbuka anda. 

3. Jangan Menunjuk-Nunjuk Atau ‘Show Off’

Ingat, memenuhi undangan rumah terbuka adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim dan saling bermaaf-maafan selain menikmati hidangan raya yang menyelerakan. 

Oleh itu, hindari diri daripada niat dan tujuan yang tidak betul seperti mahu menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk pakaian atau barangan kemas yang dipakai. Selain itu, jangan pula cakap besar sehingga tidak mahu kalah dengan orang lain.

4. Menjaga Aurat

Jika anda seorang muslim, cubalah mengenakan pakaian yang sopan agar orang di sekeliling berasa selesa dan tidak mengundang kecaman. Golongan wanita janganlah mengenakan pakaian yang terdedah sana-sini atau terlalu ketat. 

Golongan lelaki pula pakailah pakaian selesa dan sedap mata memandang. Jika bukan baju raya sekali pun. Janganlah memakai singlet dan berseluar pendek. 

5. Makan Dengan Beradab, Bukan Melahap

Rumah terbuka tidak pernah gagal menyediakan pelbagai juadah enak. Walaupun teruja hendak mencuba menu itu dan ini, adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Ingat pada orang kemudian. Paling penting jangan sampai membazir. Membazir itu adalah amalan syaitan. 

6. Jangan Berlama-Lamaan 

Berbual-bual sambil menjamu selera memang mengasyikkan, tapi janganlah buat perkara ini di rumah terbuka. Lebih-lebih lagi jika ruangan yang tersedia agak terhad. Meja dan kerusi yang ada pasti mahu digunakan oleh tetamu lain yang ingin menikmati hidangan mereka. 

Jangan buat tuan rumah berasa kurang selesa. Maklumlah, mana mungkin mereka mahu ‘menghalau’ kita supaya meninggalkan majlis. Perkara-perkara beginilah yang mengundang cakap-cakap belakang di kemudian hari. 

7. Jangan Banding-Bandingkan Atau Mengumpat

Setiap tuan rumah rumah terbuka mempunyai kemampuan dan selera yang berbeza. Jika mereka golongan T20, makanan yang dihidangkan mungkin agak mewah dan lebih banyak pilihan. Jika mereka golongan yang sederhana, mungkin menu yang disediakan agak terhad. 

Jadi janganlah membanding-bandingkan perkara ini apabila sudah pulang ke rumah sendiri. Kena ingatkan diri sendiri apa tujuan rumah terbuka itu diadakan. Bukan semata-mata untuk makan. 

Selain itu, jangan pula mengata jika dekorasi atau konsep perhiasan di rumah orang itu tidak kena dengan mata anda. Lain orang, lain citarasa! 

8. Jaga Tingkah Laku Anak-Anak

Perhatikan anak-anak anda apabila berada di mana-mana rumah terbuka. Jangan terlalu asyik menjamu selera, anda abaikan keberadaan anak-anak. Pesan kepada mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. 

Jangan biarkan mereka ‘menjelajah’ ke seluruh rumah, memegang atau mengambil barang-barang yang tidak sepatutnya. Bimbang nanti berlaku kerosakan yang merugikan tuan rumah. 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 2 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

3

Refleksi 3 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

UAI Kata Haram Tidur Dengan Patung Seperti 'Teddy Bear', Pejabat Mufti Bagi Penjelasan Berbeza

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 jam yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN