Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Apabila Orang Agama Menasihat: Mahu Ikut Atau Tidak?

Apa yang kita lakukan apabila mendengar nasihat daripada golongan bijak pandai? Minggu ini, Suzie Adnan mengajak kita merenung banyak hal, terutama sekali cara respons kita kepada teguran.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 9:00AM

Gambar: Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jahil sungguh bunyi soalan di atas. Nampak mudah tapi hati ini dirasakan seperti disentap. Reaksi spontan kita atau sesiapa pun tentu sekali, "Mestilah kena ikut! Kita bukannya jahil sangat!" Kemudian apa kata pergi depan cermin, tanya kembali pada diri sendiri dengan soalan yang sama. Adakah kita benar-benar mendengar dan menuruti nasihat mereka?

Soalan ini mungkin boleh buat kita termenung seketika. Saya terpanggil untuk memberi sekilas komentar berdasarkan kejadian di laman maya minggu ini yang agak kecoh apabila seorang pendakwah menegur secara lantang berkenaan musibah maksiat yang secara terangan-terangan dipertontonkan di medan media sosial. Daripada kumpulan di Facebook, golongan artis hinggalah kepada peniaga korset atas talian ditegurnya.

Pendakwah itu tidak lain dan tidak bukan, Ustazah Asma' Harun yang kini cukup disegani ramai dengan usaha dakwah serta aktiviti menjejaki asnaf anjuran badan amalnya. Walaupun suara-suara di media sosial rata-rata menyebelahi pendakwah tersebut, namun teguran asalnya ibarat dipandang sepi oleh mereka yang berkenaan.

 

BUAT ADINDA ARTIS YANG DIHORMATI DAN DIKASIHI Saya mendapat satu pertanyaan tentang diri seorang artis, lalu untuk kali...

Posted by Ustazah Asma' Harun on Saturday, January 30, 2021

Namun saya juga agak ralat apabila mengetahui yang tidak kurang juga ada yang menyambutnya dengan nada sumbang lagi biadap. But then again, Malaysians in general are well known for their sarcasm while commenting on social media. Ia kian menjadi suatu yang lazim di kalangan orang kita masa kini.  

Tulisan saya ini cuma sekadar sebagai pemerhati kepada kebiadapan generasi kini yang nampaknya sudah kian hilang hormat dan hilang harga diri. Sebelum itu, saya akui yang saya ini pun bukanlah orang bijak pandai dalam bab agama dan jauh sekali layak untuk menegur. Namun saya fikir adalah lebih bijak untuk kita semua mengambil pendekatan berlapang dada dalam menerima nasihat atau sebarang kritikan lebih-lebih lagi daripada mereka yang lebih berilmu dan beragama.

Hanya kerana kita boleh berselindung di sebalik profil, jangan pula kita menjadikannya tiket untuk berlagak pandai dan menguar-uarkan kenyataan yang bukan-bukan. Ini kerana bagi orang lain yang melihat dan membaca, silap hari bulan, they could fall into false consciousness. Dan ini adalah bahaya dan menyesatkan.

Dan saya juga turut perasan yang banyak laman sesawang ada memuat naik ‘kontroversi’ Ustazah Asma’ ini namun ia hanya berlalu sebagai sekadar sebuah pernyataan tanpa sebarang rumusan. Tiada sebarang kupasan yang menyokong atau pun sebaliknya.

Walhalnya pihak yang menyalurkan informasi perlu sedar yang mereka memiliki suatu obligasi untuk mendidik masayarakat. Tapi sayang, semuanya menyepi. Hmm, demi clickbait mungkin? Inilah realiti. 

Dahulu saya dan teman-teman redaksi lain sering saling mengingati sesama sendiri yang kita semua ini punya tanggungjawab yang teramat besar - pada agama, bangsa dan negara. Kerana apabila kita berada di pihak media massa, kadangkala kita lupa yang kita punya ‘kuasa’ yang agak luar biasa.

Apabila jari jemari ini mula menaip, lembaran akhir menjadi tatapan masyarakat untuk dibaca, dihadam. Jika baik isinya, maka baiklah kesannya. Jika buruk isinya, maka buruklah kesannya.

Apakah kita sanggup melihat masyarakat bahkan keluarga kita sendiri dan anak-anak, menuruti sesuatu kefahaman yang negatif hasil impak daripada penulisan sendiri? Bak kata orang, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Silap tulis, boleh pincang.

Hanya kerana kita boleh berselindung di sebalik profil, jangan pula kita menjadikannya tiket untuk berlagak pandai dan menguar-uarkan kenyataan yang bukan-bukan.

Hampir dua dekad menjadi penulis di dalam bidang fesyen, saya kini sedang menyaksikan kebangkitan sebuah generasi yang sendiri bantu membentuknya. Ikhlas dari hati, tidak semuanya membanggakan. Tapi usia itu mematangkan. Dan kalaulah masa boleh diundur, I’d do it differently. Kerana apabila usia semakin meningkat, saya benar-benar merasai betapa sia-sianya hidup ini jikalau keberadaan kita di atas muka bumi ini tidak membawa sebarang manfaat kepada manusia lain.

Bayangkan dengan ilmu yang sedikit ini, kita memilih untuk menghebahkan perkara-perkara viral yang jelas tiada faedah lagi melekakan. Dan lebih-lebih lagi jikalau kita dikuniakanNya tubuh badan yang sihat, ada ilmu di dada, ada kuasa, kesenangan hidup, kemudahan dari segala segi malahan pengaruh tertentu.

Adakah di kala kita cukup serba serbi lalu kita memilih untuk memeluk tubuh dan berdiam diri? Jika kita ada ilmu, kongsi. Jika ada yang khilaf, tegur. Dan begitu jugalah sebaliknya. Vice versa. 

Mungkin ada di antara anda yang berfikiran, isu ini hanya isu picisan. Banyak lagi masalah dunia lain yang perlu dirunsingkan. Ini zaman generasi yang bebas bersuara, bebas melaungkan hak, bebas untuk memilih.

Namun apabila ia berkaitan dengan masalah hati, kita tidak boleh pandang enteng. Kerana segalanya bermula dari hati, kemudian akal lalu beransur kepada perbuatan.

Jadi marilah kita berlapang dada dengan teguran kerana apabila nasihat orang agama dan bijak pandai sudah tidak diendahkan lagi, apa lagilah yang tinggal dengan kita? Tepuk dada tanya selera. - Getaran, 28 Februari 2021

Mula berkecimpung di dalam dunia penulisan fesyen sejak 2004, Suzie Adnan adalah bekas Ketua Pengarang kepada majalah fesyen unggul tanahair, GLAM. Bergelar graduan Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di UiTM, beliau turut berpengalaman di dalam lapangan peruncitan fesyen mewah ataupun 'luxury retail'. Ibu kepada dua cahaya mata ini kini menyediakan khidmat konsultansi di dalam bidang-bidang berkaitan.

Isu Pada

Syahir Rosdi

27 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Teguran Dianggap Tak Kena Tempat, Aisyah Undang Kemarahan Netizen

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Demi Allah SWT Tidak Guna Bahan Terlarang, Tapi Akui Tiada Sijil Halal

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 17 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan