Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Periuk Nasi Elektrik Bukan Hanya Untuk Tanak Nasi 

Ia juga boleh digunakan untuk menjerang air, mengukus, membuat bubur oats, mi berkuah dan gulai yang direneh pada suhu rendah serta menyediakan kek dan manisan.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 9:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa periuk nasi wajib ada dalam semua rumah. 

Dulu kita menanak nasi menggunakan dapur biasa atas api tetapi kini periuk nasi elektrik yang memudahkan urusan di dapur menjadi pilihan majoriti. 

Periuk Nasi elektrik pertama di dunia dikatakan telah diperkenalkan sekitar 1955 oleh syarikat Jepun, Toshiba. Ianya telah dicipta individu bernama Yoshida Minami dan sejak itu pelbagai jenis periuk nasi elektrik telah membanjiri pasaran sehinggakan ramai bingung untuk membuat pilihan. 

Daripada model paling ringkas yang hanya mempunyai satu butang sehinggalah model terkini yang menggabungkan teknologi tekanan dan kepintaran buatan, setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Nasihat yang selalu saya kepada orang ramai pilihlah periuk nasi yang sesuai dengan kegunaan harian rumah masing-masing berlandaskan saiz, kapasiti, bajet dan fungsi yang betul-betul diperlukan. 

Bukanlah sesuatu yang bernas membeli model mahal yang terlalu ‘bijak’ sekiranya anda hanya menggunakannya untuk menanak nasi. 

Cara periuk nasi elektrik berfungsi

Model periuk nasi elektrik yang paling ringkas terdiri daripada badan utama yang menempatkan periuk yang digunakan untuk menanak nasi, elemen pemanasan elektrik dan termostat.

Periuk yang diisikan dengan beras dan air akan dipanaskan elemen pemanas sehingga air mencecah takat didih 100c. Bila suhu air melebihi suhu tersebut, termostat akan bertindak untuk memutuskan bekalan elektrik dan elakkan pemanasan berlanjutan. 

Ini membolehkan beras masak dan menyerap air yang panas. Sesetengah model periuk nasi elektrik tidak bertindak untuk memutuskan bekalan elektrik sebaliknya mengekalkan suhu pada kira-kira 65c iaitu suhu yang stabil untuk nasi masak dengan sekata. 

Model periuk nasi elektrik yang lebih canggih kini menggunakan kepintaran buatan untuk mengawal suhu air pada suhu berbeza berdasarkan tahap rendaman, pemanasan dan pengukusan. 

Untuk pemanasan yang lebih sekata, sesetengah periuk nasi menggunakan pemanasan menyeluruh secara induksi dan bukan sahaja dengan elemen pemanas di bahagian dasar periuk nasi elektrik.

Kegunaan periuk nasi elektrik

Ramai yang tersalah anggap periuk nasi elektrik hanya boleh digunakan untuk menanak nasi. Sebenarnya, model paling ringkas pun boleh digunakan untuk menjerang air, membuat bubur oats untuk sarapan, mi berkuah dan juga untuk membuat gulai yang direneh pada suhu rendah dan sekata. Selain daripada itu, periuk nasi elektrik juga boleh digunakan untuk mengukus.

Terdapat pelbagai resipi manisan juga boleh dimasak dalam periuk ini. Bukan sekadar pengat ataupun bubur manis, malah sesetengah kek juga sesuai dibuat dalam periuk elektrik kerana ianya memberikan pemanasan yang sekata dan terkawal. 

Sekiranya kita membincangkan jenis nasi dan beras yang mahu ditanak, yang membezakannya hanyalah nisbah air.  Antara hidangan berasaskan nasi yang menjadi kegemaran keluarga saya yang boleh dimasak dengan menggunakan periuk nasi elektrik adalah nasi keladi. 

Saya mengakhiri coretan kali ini dengan perkongsian resipinya. Selamat Mencuba!

Nasi Keladi Hakka

340 gram keladi, dipotong dadu besar

3 1/2 cawan beras

3 ulas bawang putih, dicincang

3 bawang merah kecil, dihiris

3 cawan air

cendawan shitake, dihiris kasar

4 sudu besar minyak masak

daun bawang

Perasa:

1 sudu besar kicap pekat

3 sudu besar kicap cair

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula perang

lada putih, secukup rasa

1 sudu kecil minyak bijan

Cara penyediaan:

Dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga bau naik. Masukkan semua bahan lain kecuali air dan gaul mesra.

Masukkan bahan yang ditumis dalam periuk nasi elektrik. Tambahkan air dan tanak nasi seperti biasa. - Getaran, 18 Oktober 2021

Sumber: IH Jar Rice Cooker: The Special Duty-Free Website Toshiba Living Doors. www.toshiba-lifestyle.co.jp. Retrieved 2021-03-11.

Gambar: Brian Chen

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok