web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bila Menang Lupa Akar Umbi, Bila Kalah Baru Teringat Pembangunan

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 10:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bola sepak Malaysia - masih terkapai-kapai di peringkat Asia Tenggara, kali terakhir layak ke Sukan Olimpik 41 tahun yang lalu.

Disebabkan kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memboikot Sukan Olimpik 1980 di Moscow, tiada seseorang pemain Malaysia beraksi dalam pertandingan tersebut.

Namun, bola sepak tetap menjadi sukan nombor satu di negara. Pelik tetapi benar.

Dan apabila pasukan negara berjaya melakarkan satu (atau dua) kemenangan, ramai memuji bola sepak Malaysia bagaikan pasukan negara telah memenangi Piala Dunia. Ada yang dikurniakan pingat kebesaran, ada pula yang mendapat ganjaran wang ringgit atau tanah.

Tapi apabila pasukan negara kalah, dan rekod kekalahan mereka agak banyak juga sejak 1980, ramai akan bercerita tentang program akar umbi.

Perkara yang sama berlaku baru-baru ini apabila pasukan Harimau Malaya kalah 4-0 kepada Jordan dan 5-1 kepada Uzbekistan dalam dua perlawanan persahabatan.

Ramai tertanya-tanya apakah pelan program pembangunan bola sepak Malaysia dan berapa lama lagi sehingga bola sepak Malaysia mampu berada di tahap antara yang terbaik di Asia?

Pemegang taruh akan berhujah bahawa terdapat pelbagai pelan akar umbi, di antaranya Pelan Pembangunan Bola Sepak Malaysia (NFDP) dan Liga SupaRimau.

Tetapi pelan-pelan ini agak baharu. Program akar umbi sejak empat dekad yang lalu, nampak gayanya, tidak berjaya. Ramai yang tidak ingin akui tetapi persatuan di peringkat negeri gagal dalam aspek ini. Sistem persekolahan yang terlalu akademik juga telah merencatkan perkembangan sukan di Malaysia.

Malaysia telah kehilangan 40 tahun kerana mereka yang bertanggungjawab untuk menjaga bola sepak selama ini telah mengabaikan peranan yang dimainkan oleh akademi-akademi bola sepak swasta dan di sekolah.

Bola sepak akar umbi sepatutnya diberikan lebih perhatian. Duit sepatutnya dibelanjakan di akar umbi. Langkah-langkah ini akan membantu pihak yang berkenaan mencungkil lebih ramai bakat. Lebih ramai bakat yang dicungkil akan menjanjikan lebih ramai pemain berkualiti.

Aspek pemakanan dan sains sukan juga perlu didedahkan kepada anak-anak muda kita. Ini untuk memastikan mereka akan sentiasa berada di tahap kecergasan yang tinggi, sama seperti pemain-pemain di Eropah atau Asia Timur.

Perbualan tentang akar umbi tidak seharusnya berhenti hanya kerana pasukan kebangsaan memenangi satu kejohanan atau piala kecil. Perhatian harus senantiasa diberikan kepada akar umbi untuk memastikan pasukan kebangsaan mempunyai bakat-bakat muda yang mampu menyarung jersi negara dan bertanding di antara yang terbaik di dunia.

Mungkin dengan pelan-pelan pembangunan yang baharu, mutu bola sepak negara akan mampu naik dalam tempoh 41 tahun yang akan datang. - Getaran, 14 Oktober 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis