Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Relevannya Gizi Berasaskan Tumbuhan

Terdapat pelbagai kajian yang telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan makanan yang berasaskan tumbuhan dapat membantu menguatkan sistem imunisasi badan anda.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:58AM

Gambar: Vo Thuy Tien, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang membicarakan tentang diet berasaskan tumbuhan atau lebih dikenali sebagai ‘Plant Based Diet’.

Ramai yang terkeliru, menyangka ia sama dengan konsep vegetarian, vegan ataupun tidak makan langsung daging mahupun bahan tenusu.

Namun, secara ringkasnya, menurut tafsiran penulisan Harvard University, diet yang berasaskan tumbuhan tidak bermaksud meninggalkan terus daging mahupun bahan tenusu, tetapi hanya lebih mengutamakan makanan yang datangnya daripada tumbuhan.

Cara pemakanan ini bukan sahaja terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi juga kekacang, bijian, minyak dan bijirin gandum penuh.

Satu cara mudah untuk mengamalkan cara pemakanan yang berasaskan tumbuhan adalah dengan memastikan dua pertiga pinggan makan anda dipenuhi dengan bahan yang disenaraikan di atas dan satu pertiga lagi dilengkapi dengan sumber protein yang sihat (lebih elok lagi sekiranya protein ini datangnya daripada tumbuhan seperti tauhu atau kekacang).

Gambar Fail
Gambar Fail

 

Kenapa Diet Berasaskan Tumbuhan?

Terdapat pelbagai kajian yang telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan makanan yang berasaskan tumbuhan dapat membantu menguatkan sistem imunisasi badan anda.

Tumbuhan mempunyai pelbagai nutrien penting yang tidak dapat diperolehi daripada sumber makanan lain.

Vitamin dan zat galian, bahan kimia phyto dan antioksidan dalam tumbuhan membantu sel-sel kekal sihat dan badan berada dalam keseimbangan supaya sistem imunisasi dapat berfungsi pada tahap yang optimum.

“Makanan yang berasaskan tumbuhan membantu badan anda mengelakkan infeksi dan meningkatkan sistem imunisasi anda untuk melindungi diri anda daripada kuman dan mikroorganisma,” kata Dr. Andrea Murray, pakar kesihatan di Amerika Syarikat.

Sistem imunisasi yang mantap membantu mengelakkan pelbagai mutasi sel dan pelbagai jenis penyakit untuk jangka masa panjang.

Selain daripada itu, antioksidan yang banyak didapati dalam tumbuhan dapat menangkap radikal bebas yang boleh menyebabkan keseimbangan dalaman badan terjejas.

Ini akan mengelakkan inflamasi yang boleh menjejaskan DNA sel tisu badan yang membawa kepada pelbagai penyakit seperti kanser dan artritis.

Tambahan kepada gaya hidup yang sihat, pemakanan berasaskan tumbuhan juga dapat membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

Kebanyakan makanan berasaskan tumbuhan adalah rendah kalori dan juga kaya dengan serat yang boleh membuatkan kita rasa kenyang dengan cepat dan lebih lama.

Serat juga dikatakan dapat membantu mengawal tahap kolesterol dan gula dalam badan serta baik untuk sistem penghadaman kita. 

 

Hati-hati

Pengamalan pemakanan berasaskan tumbuhan boleh menjadi kurang sihat sekiranya cara masakan yang kurang sihat digunakan atau sekiranya gula, garam dan lemak berlebihan digunakan.

Contohnya, jika sayuran pilihan seperti terung, digoreng dengan minyak yang banyak, bukan sahaja lemak berlebihan akan diserap sayuran tersebut, malah sesetengah nutrien akan musnah pada suhu yang terlalu tinggi.

Ini diburukkan lagi jika ianya dihidangkan dengan sambal botol yang dibeli. Sambal begitu telah banyak diproses dan mungkin mempunyai pelbagai bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

Kesimpulannya, cubalah untuk mengutamakan makanan berasaskan tumbuhan yang dimasak dengan cara masakan yang sihat dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Saya akhiri coretan kali ini dengan satu resipi berasaskan tumbuhan yang cukup mudah. Selamat mencuba!

 

'Steak' Kubis Bunga

Gambar: Brian Chen
Gambar: Brian Chen

1  kubis bunga, dipotong kasar

2 sudu besar minyak zaitun

Garam dan lada hitam, secukup rasa

Sos Chimichurri Ketumbar

1 cawan daun ketumbar

2 ulas bawang putih

1 bawang merah kecil

Secubit garam

1 sudu kecil madu

¼ cawan minyak zaitun

1 sudu besar jus lemon

Cara-cara membuat

1) Salutkan kubis bunga dengan minyak zaitun, garam dan lada hitam. Bakarkan atas grill (atau kuali leper yang telah dipanaskan) sehingga keperangan pada kedua-dua belah.

2) Untuk sos chimichurri, tumbukkan kesemua bahan sehingga lumat dengan lesung batu, atau kisarkan dalam blender. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.

3) Hidangkan kubis bunga dengan sos chimichurri. - Getaran, 4 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

2

Selera 10 bulan yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia