Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Istana Raja Yang Terbiar Usang

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 8:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terbiar, usang dan daif, dipenuhi semak serta pokok liar. Beberapa bahagian sudah rebah menyembah bumi. Itulah nasib Istana Raja Muda Perak di Teluk Intan, warisan sejarah yang tidak dipedulikan, malah hendak dijual pula.

Istana berusia 99 tahun yang gah suatu ketika dahulu, dan kawasan tapaknya seluas dua hektar, dilaporkan akan dijual melalui bidaan terbuka bagi pembangunan projek komersial dan bercampur. Jika ini berlaku, istana di Jalan Syed Abu Bakar itu akan tinggal kenangan. Terhapuslah satu warisan Kesultanan Perak yang sepatutnya dikekal dan dipulihara.

Namun untuk seketika ini, istana dan tapaknya terselamat. Bantahan ramai mendorong kerajaan Perak menangguhkan penjualan sehingga dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat Exco.   

Istana Raja Muda Perak di Teluk Intan.
Istana Raja Muda Perak di Teluk Intan.

Memetik Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, jualan secara tender itu diputuskan oleh kepimpinan kerajaan negeri terdahulu. Kerajaan negeri sekarang akan meneliti dan mengkaji semula.   

Istana Raja Muda dibina pada 1922 di Teluk Anson (nama lama Teluk Intan) sebagai kediaman rasmi Raja Muda Perak. Raja Muda pertama bersemayam di istana itu ialah Raja Abdul Aziz Raja Muda Musa. Baginda dilantik Raja Muda pada 1919 ketika pemerintahan Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-30.

Raja Abdul Aziz kemudian naik takhta sebagai Sultan Perak ke-31 pada 17 Ogos 1938 menggantikan Sultan Iskandar. Baginda mangkat pada 26 Mac 1948.

Raja Idris Shah Sultan Iskandar bersemayam di Istana Raja Muda apabila menyandang jawatan pada 1948 ketika Sultan Perak ke-32, Sultan Yussuff Izzuddin Shah menduduki takhta. Sultan Yussuff mangkat pada 4 Januari 1963 dan Raja Idris ditabal Sultan Perak ke-33. Baginda bertakhta dari 5 Januari 1963 hingga mangkat 31 Januari 1984.

Juga bersemayam ialah Raja Muda Musa, putera kepada Sultan Abdul Aziz dan ayahanda kepada Raja Muda Perak sekarang, Raja Jaafar. Raja Musa menyandang jawatan dari 1 Mac 1963 hingga mangkat pada 12 Mei 1983.

Raja Muda terakhir menduduki istana tersebut ialah Raja Ahmed Siffuddin Sultan Iskandar yang menyandang jawatan dari 3 Februari 1984 hingga mangkat pada 12 April 1987.  Raja Azlan Shah, yang dilantik Raja Muda pada 1 Julai 1983 selepas kemangkatan Raja Muda Musa, tidak bersemayam di Teluk Intan. Tidak lama selepas baginda dilantik, Sultan Idris Shah mangkat (13 Januari 1984). Raja Azlan ditabal Sultan Perak ke-34, bertakhta dari 3 Februari 1984 hingga mangkat pada 28 Mei 2014.

Anakanda baginda, Raja Nazrin Shah, yang dilantik Raja Muda pada 15 April 1987 juga tidak bersemayam di Istana Raja Muda Teluk Intan. Kediaman rasmi Raja Muda dipindahkan ke Istana Tetamu, Ipoh. Raja Nazrin ditabalkan Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014 selepas kemangkatan ayahanda baginda.

Raja Jaafar yang dilantik menjadi Raja Muda menggantikan Sultan Nazrin berkuatkuasa 20 Jun 2014, kini bersemayam di Ipoh.

Selepas kemangkatan Raja Ahmad Siffuddin pada April 1987, Istana Raja Muda kosong dan terbiar. Kerajaan Perak bagai tidak peduli. Bangunan yang sangat bernilai itu dibiar mereput dan musnah sedikit demi sedikit.

Istana Raja Muda Perak di Teluk Intan
Istana Raja Muda Perak di Teluk Intan

Sebagai anak Perak berasal dari Bagan Datuk, penulis sedih dengan keadaan ini. Pedih mata memandang bangunan yang hebat suatu ketika dahulu terbiar sepi menuju kemusnahan.  

Sejarah Kesultanan Perak banyak tertumpu di Daerah Hilir Perak, khususnya Durian Sebatang dan Batak Rabit di Teluk Intan, selain Sayong, Blanja dan Larut. Misalnya Raja Abdullah ketika dilantik Raja Muda pada 1865 bersemayam di Batak Rabit.  

Baginda dilantik Sultan Perak ke-26 pada 20 Januari 1874 hasil Perjanjian Pangkor yang membawa campur tangan Inggeris di Perak. Melalui perjanjian itu, Raja Abdullah ditabal menjadi Sultan Perak ke-26.

Baginda dibuang oleh Inggeris ke Pulau Seychelles pada 21 Julai 1876 kerana didakwa terlibat dalam pembunuhan Residen British di Perak, JWW Birch, di Pasir Salak pada 2 November 1875. Baginda dibenarkan kembali ke Kuala Kangsar pada 1922 dan mangkat pada 22 Disember 1922 pada usia 80 tahun.

Juga bersemayam di Hilir Perak ialah Sultan Abdullah Muhammad Shah 1, Sultan Perak ke-22 (1851 hingga 1857) yang bersemayam di Durian Sebatang. Apabila mangkat baginda dimakamkan di tempat sama.

Mungkin kerana rapatnya Hilir Perak dengan sejarah Kesultanan Perak, Teluk Intan dijadikan tempat bersemayam rasmi Raja Muda dan sebuah istana dibina. Kerana itu istana tersebut adalah warisan sejarah yang mesti dipelihara.

Sepatutnya selepas Raja Ahmad Siffuddin mangkat, dan walau pun Raja Muda Perak kini tidak lagi bersemayam di Teluk Intan, istana wajar dijaga rapi dan tidak dibiar daif. 

Apa keperluan kerajaan Perak hendak menjual tapak istana itu? Sebaliknya ia perlu dipertahankan dan istana dibaik pulih agar terus kekal sebagai warisan. Jadikan ia muzium dan buka untuk lawatan. Pamerkan sejarah Raja Muda Perak, khususnya yang pernah bersemayam di istana itu.   

Istana Raja Muda Teluk Intan adalah peninggalan sejarah berharga. Wang ringgit atau projek komersial tidak setara nilainya untuk menjadi tukar ganti. - Getaran, 23 September 2021

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Ada Pihak Cuba Suburkan Sentimen Benci Raja, Mahu Malaysia Jadi Republik - Aktivis

2

TARA 1 tahun yang lalu

BTS, Budaya Dan Seni Tradisi, Taruhan Korea Selatan Untuk Busan Jadi Tuan Rumah Ekspo Dunia 2023

3

Politik 1 tahun yang lalu

Acap Kali Derhaka Kepada Raja, Benarkah PAS Pejuang Bangsa dan Agama?

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Memori Bakar Kuih Bahulu Guna ‘Oven’ Tin Minyak Tanah

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut