Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


BTS, Budaya Dan Seni Tradisi, Taruhan Korea Selatan Untuk Busan Jadi Tuan Rumah Ekspo Dunia 2023

Sesuai dengan populariti, pengaruh serta kemajuan pesat yang dicapai negara ini hari ini, tidak mustahil Busan berkemungkinan besar dapat memenangi hati juri dalam kalangan negara-negara anggota Biro Pameran Antarabangsa (BIE).

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 4:08PM

Pemandangan sekitar pelabuhan Busan yang mempesonakan. - Gambar abbyhakka

oleh

abbyhakka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila dikhabarkan perlu membuat tugasan di luar negara iaitu di Korea Selatan baru-baru ini, penulis sama sekali tidak menyangka rezeki yang sememangnya dinantikan kali ini hadir di celah-celah kebuntuan diri saat mengatur diri dan kehidupan berkeluarga.

Apatah lagi, bila dimaklumkan bahawa penulis bakal mengunjungi ibu negaranya, Seoul serta Busan, salah satu bandar metropolitannya yang kini menjadi bualan bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi dunia (semuanya bermula dengan tajuk filem layar perak mereka; Train to Busan). 

Tugasan itu adalah untuk membuat liputan mengenai pertaruhan negara Korea Selatan memilih Busan untuk menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030. 

Ekspo Dunia Busan - Gambar abbyhakka
Ekspo Dunia Busan - Gambar abbyhakka

Kemuncak tugasan adalah menghadiri konsert kumpulan sensasi K-Pop bertaraf global, BTS. Sekali lagi penulis berasa bagaikan ‘bermimpi di siang hari’.

BTS sememangnya menjadi pujaan seantero dunia setelah mereka mencetuskan fenomena yang luar biasa dalam industri hiburan K-Pop.

BTS - Gambar Instagram BTS
BTS - Gambar Instagram BTS

Penulis sendiri sendiri mula berjinak-jinak dan mengenali BTS dalam tempoh kurang daripada dua tahun dan jika tidak kerana Kpop Idol yang memulakan debut sekitar 2013 ini, tidak mungkin penulis mampu untuk bangkit daripada kepayahan hidup dan kemurungan yang bukan kepalang sedikit.

Hal ini turut diakui ramai peminat tegar bahawa lagu-lagu BTS yang banyak mengangkat tema tentang kepentingan cintakan diri/utamakan diri (love yourself) telah berjaya membantu mereka untuk meneruskan kehidupan ini. 

Justeru, tugasan yang membawa penulis ke negara kelahiran tujuh orang anak muda ini telah memberi peluang kepada diri ini untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang sebuah negara yang kini mendunia dengan kuasa lunak (soft power) yang semakin kuat berpengaruh.

BUDAYA, SENI TRADISI “SENJATA” TARUHAN BUSAN

Di atas jemputan Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur, penulis telah dibawa mengenali rapat kedua-dua bandar utamanya yang dijangka sekali lagi bakal menjadi tumpuan dunia, khususnya pada 2030 kelak.

Sekumpulan remaja menggayakan pakaian tradisional mereka. - Gambar abbyhakka
Sekumpulan remaja menggayakan pakaian tradisional mereka. - Gambar abbyhakka

Pertaruhan negara ini memilih Busan untuk menjadi tuan rumah Ekspo Dunia pada tahun tersebut diperkatakan ramai sebagai strategi yang sangat bertepatan dengan masa dan mampu menaikkan lagi imej Korea Selatan setanding negara-negara maju dan moden yang lain.

Sesuai dengan populariti, pengaruh serta kemajuan pesat yang dicapai negara ini hari ini, tidak mustahil Busan berkemungkinan besar dapat memenangi hati juri dalam kalangan negara-negara anggota Biro Pameran Antarabangsa (BIE).

Pelabuhan Busan - Gambar abbyhakka
Pelabuhan Busan - Gambar abbyhakka

Ekspo Dunia yang merupakan konvensyen berprestij anjuran BIE yang berpangkalan di Perancis ini merupakan festival antarabangsa terbesar selain Piala Dunia dan Olimpik.

Penganjuran ekspo di bahagian tenggara semenanjung Korea itu juga dianggarkan menyumbang impak ekonomi bernilai 61 trilion won (US$42.5 bilion).

Korea Selatan bersaing dengan dua negara lain iaitu  Itali dan Arab Saudi  untuk menganjurkan ekspo itu, dan pemilihan akhir dijangka diumumkan pada November 2023.

Menerusi pemerhatian penulis, setiap ceruk Seoul dan Busan yang dilawati juga kelihatan cukup harmoni dan kaya dengan elemen budaya penuh estetika. Ia masih kekal dan tersergam indah, sepertinya tidak pernah ditelan zaman!

Busan - Gambar abbyhakka
Busan - Gambar abbyhakka

Bayangkan, di tengah-tengah kota rayanya yang banyak pencakar langit rata-rata milik syarikat gergasi dan konglomerat ternama seperti Lotte, Samsung, SK Group Hyundai Motor dan Hanwha Group, masih lagi tersergam megah seperti adanya. 

Istana Gyeongbokgung - Gambar abbyhakka
Istana Gyeongbokgung - Gambar abbyhakka

 Begitu juga dengan binaan istana-istana lama sejak dari zaman Dinasti Joseon sebagai tarikan utama pelancong.

Mengunjungi Istana Gyeongbokgung sahaja sudah cukup buat penulis terpesona dengan apa yang dirinya lihat menerusi beberapa K-Drama yang menggunakan berlatarbelakangkan masa dan tempat di Korea Selatan pada zaman dahulu kala.

Takala menyelusuri Han River menerusi perkhidmatan Han River Cruise menjelang senja pula sudah cukup untuk menggamit banyak momen-momen indah sewaktu mula menonton Winter Sonata. Ia bagaikan ‘flashback’ yang bermain di minda penulis. 

Konsert BTS - Gambar abbyhakka
Konsert BTS - Gambar abbyhakka

Berpeluang menghadiri konsert BTS buat pertama kali dan dapat bersama-sama dalam kumpulan “lautan ungu” (purple wave) malam itu, sudah tentu memberikan memori paling berharga untuk penulis kenang sampai bila-bila.

Dari jam 11 pagi sehinggalah tepat jam 6 petang konsert bermula, penganjur kerap mengemaskini segala perancangan dan aturan acara tentang konsert menerusi aplikasi Weverse.

Peminat daripada pelbagai negara, peringkat umur dan generasi juga hadir membanjiri kawasan Stadium Asiad penuh tertib tanpa sebarang masalah, di samping peragaan fesyen dan gaya peminat fanatiknya yang tidak kurang mencuri tumpuan.

Konsert BTS - Gambar abbyhakka
Konsert BTS - Gambar abbyhakka

Dari segenap aspek penganjuran konsert percuma khas sebagai “hadiah istimewa” BTS sebagai duta perhubungan awam untuk bidaan Ekspo Dunia 2030 buat peminatnya, Busan membuktikan ia juga mampu menarik perhatian dunia menerusi profesionalisme yang ditunjukkan rakyatnya.

Peminat daripada pelbagai negara, peringkat umur dan generasi juga hadir membanjiri kawasan Stadium Asiad penuh tertib tanpa sebarang masalah, di samping peragaan fesyen dan gaya peminat fanatiknya yang tidak kurang mencuri tumpuan.

Paling mengharukan penulis, satu baris kawasan tempat duduk khas juga disediakan kepada golongan kurang upaya (OKU) yang turut mahu menyertai konsert malam itu.

Dari segenap aspek penganjuran konsert percuma khas sebagai “hadiah istimewa” BTS sebagai duta perhubungan awam untuk bidaan Ekspo Dunia 2030 buat peminatnya, Busan membuktikan ia juga mampu menarik perhatian dunia menerusi profesionalisme yang ditunjukkan rakyatnya.

Bagi Bak Mi Jeong, 33, seorang penganalisis alam sekitar yang bekerja di syarikat swasta berpangkalan di Seoul, suasana baik yang dikongsi sepanjang konsert malam itu sememangnya positif untuk menceritakan kepada dunia mengenai Busan.

“BTS memainkan peranan besar dalam menyebarkan berita mengenai Busan. Saya optimis jika Busan menganjurkan Ekspo Dunia pada 2030, ia akan memberi banyak manfaat ekonomi kepada negara, contohnya dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada lebih ramai orang di sini,” kata anak kelahiran Busan itu.

Lee Yuna (kiri) dan Kim Min Gyeong. - Gambar abbyhakka
Lee Yuna (kiri) dan Kim Min Gyeong. - Gambar abbyhakka

Bagi anak muda Lee Yuna dan Kim Min Gyeong pula konsert itu telah ternyata menarik perhatian dunia ke Busan.

“Ia konsert percuma dan sungguh mengejutkan, melihat bagaimana konsert itu mampu memberikan impak besar mengenai bandar Busan.

“Kami bangga melihat betapa berkesannya mesej yang mereka sampaikan melalui penganjuran konsert malam ini,” kata pelajar sekolah menengah dari Seoul itu.

Ekspo Dunia 2030 bukanlah medan penentuan sukses penganjuran acara besar oleh Korea Selatan kerana negara ini pernah menganjurkan ekspo di Daejeon dan Yeosu pada tahun 1993 dan 2012.

Sejauh mana tuah berpihak kepada Busan, penulis juga berdebar menanti kemuncak pengumumannya tahun depan. Semoga terus mendunia dan tuah menyebelahimu, Busan! – Getaran, 13 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 21 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA