Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Perkuat Kempen Kebersihan, Hapus Sampah Sarap!

Kita sekarang berada dalam norma baharu dan kebersihan mestilah menjadi agenda utama yang seharusnya diperjuangkan oleh semua, termasuklah wakil-wakil rakyat.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 3:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Switzerland pernah dilabelkan sebagai negara paling bersih di dunia pada 2019 melalui satu kajian ilmiah dan undian pelancong.

Kualiti udara, kebersihan muka bumi, pengurusan sampah sarap serta budaya hidup masyarakatnya yang berdisiplin itu telah meletakkan negara pengeluar jam tangan Rolex itu di tangga teratas dari aspek ‘suci murni’.

Semua orang mahu pergi bercuti di Switzerland - memandang puncak Matterhorn dan keindahan Chateau de Chillon di Lake Geneva. Ramai menganggap, Switzerland adalah syurga dunia.

Tasik Oeschinen, Kandersteg, Switzerland
Tasik Oeschinen, Kandersteg, Switzerland

Namun bayangkan dalam rating kebersihan yang dicanang itu pun, virus COVID-19 masih mampu menular di Switzerland. Difahamkan, jangkitan wabak berkenaan di negara itu mencecah lebih 800,000 kes dengan kira-kira 10,00 kematian.

Kalau negara yang dianggap paling bersih di dunia pun tidak kalis dengan penyakit dan virus, bagaimanakah pula dengan negara yang rakyatnya pengotor dan tidak peka dengan kebersihan diri serta persekitaran?

Kita sedar, pencemaran udara, sisa kumbahan dan longgokan sampah sarap pastinya menyebabkan penyebaran pelbagai jenis bakteria dan virus kepada manusia.

Kita bukan sahaja bercakap tentang COVID-19 malah juga pelbagai penyakit berbahaya lain yang disebar oleh tikus, lipas, lalat, nyamuk serta pelbagai lagi makhluk lain yang menjadi ejen penularan.

Amat kesal sekali saya melihat, sebaik sahaja sempadan daerah kini mula dibuka, masyarakat kita yang mula berpusu-pusu ke tempat rekreasi seperti air terjun dan pantai-pantai, telah kembali kepada tabiat lama.

Sisa sampah sarap kembali dilonggokkan tanpa rasa bersalah di tebing sungai dan pantai.

Bagi saya ini semua berkaitan dengan sikap segelintir masyarakat, tidak kira warga Malaysia mahupun kaum pendatang. Mereka hanya pentingkan diri sendiri dan menganggap itu bukan laman rumah mereka.

Akan ada nanti tukang kutip sampah yang akan menjadi pencacai untuk membuang segala sisa sampah mereka itu.

Lebih menjengkelkan, pelitup muka pakai buang memang dibuang sambil lewa macam kulit kacang.

Ini memberi pemandangan yang menakutkan kerana pelitup muka itu adalah sisa alat penyaring bagi pernafasan manusia untuk mengekang satu wabak pembunuh pada zaman ini.

Kalau di hospital, rumah dan kedai makan, tahu pula mereka di mana tempat yang layak untuk melupuskan pelitup muka itu.

Jadi saya ingin sarankan di sini, semua rakyat Malaysia yang ingin ke tempat awam untuk beriadah mestilah menyediakan sendiri plastik sampah (dari bahan kitar semula) untuk mengumpul sisa sampah mereka buat sementara sebelum membuangnya di dalam tong-tong sampah yang disediakan di tempat tertentu.

Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Bandaraya dan Perbandaran di sesuatu negeri juga mesti menyediakan lebih banyak tong-tong sampah di semua tempat rekreasi sambil memantau proses pelupusannya setiap hari.

Kita sekarang berada dalam norma baharu dan kebersihan mestilah menjadi agenda utama yang seharusnya diperjuangkan juga oleh semua wakil rakyat.

Undang-undang untuk si pembuang sampah yang degil mestilah dikuatkuasakan dengan lebih ketat lagi. Kompaun sahaja mereka dengan serta-merta.

Kalau gagal membayar, saya cadangkan, senarai hitamkan nama-nama mereka itu daripada merentas daerah dan negeri buat beberapa lama.

Buatlah semua kempen ini di semua platform penyiaran sebagai agenda susulan kepada fasa pemulihan wabak.

Pelik juga, kalau ke Singapura, Jepun dan Eropah, masing-masing tahu pula mendisiplinkan diri.

Jelas di sini penguatkuasaan undang-undang yang ketat  selain budaya di negara terbabit secara automatik akan mengawal atau mengubah mindset orang-orang kita. Memang boleh pun, kata orang antara mahu dengan tidak.

Kita tentu akan melenting kalau dilabel sebagai masyarakat yang tidak tahu menghargai masa dan kaki membuang sampah – tidak seperti orang-orang Jepun yang jauh lebih maju tetapi masih mengekalkan budaya tradisi mereka.

Soal kebersihan, kita sebenarnya tidak perlu pergi lebih jauh. Seperti yang saya sebutkan tadi - lihat saja jiran kita, Singapura. Perkara yang baik tidak salah kalau kita contohi bukan?

Cuma saya sedar, Malaysia turut berdepan dengan masalah pendatang asing atau pekerja import yang menetap di sini. Mereka biasanya membawa sekali budaya asal mereka yang dipengaruhi oleh taraf hidup mereka di negara asal.

Namun, itu bukan suatu halangan kepada kita untuk mendisiplinkan mereka mengikut undang-undang yang termaktub di Malaysia. Kalau bertegas demi kebaikan, semua masalah akan pasti dapat diatasi. 

Keadaannya sama juga terlihat apabila kita wajib memberikan vaksin COVID-19 kepada mereka.

Sama ada suka atau tidak, mereka telah pun berada di negara kita dan ia menjadi tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kementerian berkaitan untuk memberikan imunisasi kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira kasta dan kluster, agar semua rakyat selamat. - Getaran, 18 September 2021

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok