web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pahang Kenal Pasti 2 Lokasi Bina Rehat & Rawat Di LTU - Wan Rosdy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 8:17AM

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dua lokasi dikenal pasti sebagai cadangan pembinaan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Pahang bagi kemudahan dan keselesaan pengguna jalan raya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, dua lokasi yang dicadang itu adalah di antara laluan Bentong ke Raub dan Kampung Kechau Tui di Lipis.

"Ketika ini, status perancangannya adalah dalam tindakan Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR), KKR (Kementerian Kerja Raya), majlis daerah, serta kerajaan negeri sebab ia melibatkan tanah," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di sini, semalam.

Beliau juga berkata, R&R itu diharap dapat dibina secepat mungkin, namun projek tersebut perlu melepasi pelbagai peringkat termasuk kelulusan daripada agensi dan kementerian berkaitan.

"Perkara ini (pembinaan R&R) tidak boleh disiapkan dalam masa terdekat kerana memerlukan perancangan, kelulusan sana-sini dan peraturan kita tidak kompromi, kena ikut termasuklah membuat kajian tempat yang strategik. Kita akan usahakan dan mengharapkan ia dapat disegerakan," katanya.

Beliau juga berkata, pengendali R&R tersebut belum diputuskan dan bergantung kepada keputusan LLM, selain menambah, buat masa ini tidak ada perancangan untuk mengenakan tol di LTU.

Mengenai isu sampah yang memenuhi laluan LTU, Wan Rosdy berkata, beberapa tong sampah disediakan di kawasan yang dikenal pasti menjadi masalah pembuangan sampah-sarap oleh pengguna jalan raya, khususnya ketika musim perayaan.

"Saya menyeru kepada pemandu supaya mereka sebolehnya janganlah membuang sampah di merata-rata tempat, carilah lokasi yang sesuai," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial masalah sampah yang memenuhi laluan LTU antara lain disebabkan ketiadaan R&R di lebuh raya tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Pantai Selangor Jijik, Sampah Sarap Hadiah Kebebasan Rakyat

2

Kolum 4 tahun yang lalu

Perkuat Kempen Kebersihan, Hapus Sampah Sarap!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar