Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cermin Diri: Siapa Kita Sebelum Dan Selepas Pandemik?

Minggu ini, Suzie Adnan berbicara tentang perubahan kita, luaran dan dalaman, sebelum dan semasa pandemik. Kenalkah anda kepada diri anda sendiri sekarang?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 5:51PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini adalah pertama kalinya saya membawa anak-anak ke taman permainan sementelah beberapa bulan mereka duduk terperuk di dalam rumah.

Seronoknya mereka bukan kepalang sampaikan enggan pulang. Lantaran dalam hati ini tiba-tiba timbul rasa kasihan.

Kasihan kerana mereka tidak dapat merasa kehidupan kanak-kanak yang bebas sebagaimana kita sewaktu kecil dahulu.

Sekarang kita tiada pilihan selain menjalani hari-hari mendatang dengan cara hidup gaya norma baru. Sungguh dunia hari ini amat banyak berubah dan kita juga harus berubah bersamanya.

Sebaik bala wabak melanda dunia sejak Mac 2020, rakyat Malaysia sudah melalui tiga pusingan PKP, kini baru sahaja memasuki fasa PPN dan rasanya orang ramai sudah semakin cuak untuk ambil peduli lagi.

Mahu dipendekkan cerita, sudah hampir 600 hari kita semua ‘dipaksa' duduk rumah.

Mungkin pada awalnya ada yang berasa janggal untuk membiasakan diri, menjalani kehidupan laksana penjara apabila dari hari ke hari hanya mundar-mandir di dalam perimeter kawasan rumah sahaja.

Namun jangka masa lockdown yang agak berlarutan ini membuatkan kita semua mulai perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan belajar untuk menjadi optimis menghadapi apa jua situasi terkini.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Saya terfikir sendiri, betapa kita semua sudah banyak berubah sebaik kerajaan mengumumkan kempen duduk rumah sejak lebih setahun yang lepas.

Menyaksikan gelora jiwa orang sekeliling yang naik turun, segala keluh kesah dirakam secara tidak langsung di media sosial. Setiap apa yang dimuat naik, itulah ‘wajah’ kita.

Paling tidak pun, itulah imej-imej penyedap hati yang kita sendiri cipta. Saya percaya yang setiap daripada kita cuba sedaya upaya untuk kekal positif meskipun musibah wabak ini hanyalah mukadimah kepada banyak lagi masalah-masalah lain.

Ramai yang terkesan baik dari segi ekonomi sehinggalah kepada emosi. Dari sebalik skrin hitam, kita semua cuba untuk memahami dan memberi sokongan moral kepada sesama sendiri.

Kalau mahu diletakkan gambar diri sebelum pandemik bersebelahan dengan gambar diri pada hari ini, oh sungguh jauh sekali bezanya.

Menilik wajah sendiri di cermin, kedut-kedut halus semakin menampakkan usia yang semakin menua. Janji temu untuk sesi facial entah berapa kali sudah tertangguh.

Salun pun begitu lama ditutup, uban putih pun mulai kelihatan. Sungguh cepat masa beredar, usia mengejar tanpa kita sedar.

Ya, betapa COVID-19 sudah ‘mencuri’ hampir dua tahun daripada kehidupan ini dan saya pasti kehidupan anda juga.

Begitu banyak projek baru dirancang, tetapi sayang terpaksa dilupakan. Terlalu banyak cita-cita yang sedang dilakar namun segalanya musnah sebelum dapat direalisasikan.

Pelan-pelan percutian keluarga juga terbatal dan lebih pahit lagi apabila mengenangkan tiket-tiket penerbangan dengan no refund policy.

Walau kekecewaan bertimpa-timpa, saya senantiasa memujuk hati agar terus reda. Sesungguhnya manusia hanya merancang tetapi Allah SWT yang menentukan.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Sebelum pandemik melanda, saya sememangnya sudah merancang wardrobe untuk acara-acara sosial. Baju-baju sudah dibeli bagi memenuhi kod pakaian bagi setiap agenda dalam kalendar sosial tahunan.

Apabila segala perancangan berkubur dek penangan COVID, baju-baju yang masih lengkap bertag harga terus tergantung di dalam almari.

Dan mungkin kesan daripada pandemik ini membuatkan saya lebih spiritual apabila fikiran ini kerap kali melayang memikirkan mengenai perjalanan hidup yang tidak pasti apatah lagi amal ibadah yang jauh dari mencukupi.

Saya pun mulai berhijrah lalu mengambik keputusan untuk terus mengenakan hijab.

Walaupun saya akui ada masa-masanya saya duduk merenung isi almari baju, sekadar untuk mengingatkan kembali siapa diri sebelum ini. Looking at how far I’ve come and how I choose to move forward.

Daripada editor majalah fesyen merangkap jetsetter kepada suri rumah sepenuh masa. Segala-galanya berlaku hanya dalam masa kurang sehari. Sedih? Tidak langsung. Hanya reda dan lega.

Saya belajar untuk menikmati kehidupan sebagai ibu sepenuh masa, bersama anak-anak 24 jam sehari langsung melihat mereka membesar di depan mata.

Berbanding waktu berkerja makan gaji dulu, anak-anak dibesarkan orang gaji dan masa kualiti kami hanya di hujung minggu. Sebelum Mac 2020, anak-anak cukup aktif di sekolah dan cemerlang akademiknya.

Sebaik sahaja sekolah ditutup dan kelas atas talian bermula, secara perlahan-lahan mereka mula hilang fokus kerana kelas di rumah membuatkan mereka sukar memberi tumpuan.

Jika dulu anak-anak ada interaksi dengan rakan sebaya, kini mereka mengenal dunia menerusi apa yang disaksikan di kaca televisyen atau tablet sahaja.

Gambar Hiasan dari Fail Getaran
Gambar Hiasan dari Fail Getaran

Pengisian itulah yang membentuk keperibadian dan kematangan mereka maka kerana itu jugalah saya sentiasa menapis setiap maklumat yang mereka dengar, lihat dan baca.

Anak-anak membesar di dalam rumah. Tidak ke sekolah, sekadar kelas atas talian yang begitu terhad. Hampir dua tahun, baju-baju mereka pun sudah naik sendat.

Bagaimana pula keadaan anda sebelum dan selepas pandemik? Adakah baik-baik belaka? Alhamdulillah. Jika tidak, bersabarlah kerana di dalam setiap ujian itu ada hikmah.

Saya pasti setiap orang ada kisah masing-masing. Kata orang, we are in the same storm but not in the same boat.

Ada yang bernasib baik dan ramai yang terus-menerus diduga. Inilah cabaran di musim COVID.

Kerja pejabat terpaksa dibawa pulang ke rumah. Dari elok berkerja, tiba-tiba menjadi penganggur. Dari selesa duduk ofis berhawa dingin, kini terpaksa berpanas kerana berniaga.

Dulu kita mampu beli apa saja, sekarang mahu berbelanja jenuh berkira-kira. Malah ada rumah tangga yang musnah akibat tekanan luar biasa. Itu belum lagi dugaan mereka yang hilang insan tersayang angkara wabak yang tidak mengira siapa mangsanya.

Alangkah bagusnya jikalau musibah wabak ini mengubah kita semua menjadi manusia yang lebih baik? Jika sebelum pandemik kita sibuk dan leka mengejar dunia, duduk rumah membuatkan kita kembali mendekatkan diri kepada-Nya.

Kalau dulu bebas berpakaian pelbagai gaya, kini aurat kita lebih terjaga. Masa tidak lagi terbuang sia-sia kerana masa kini dipenuhi bersama anak-anak dan keluarga.

Jadi apa lagi yang kita nantikan? Mahu menunggu wabak ini lenyap sepenuhnya dari muka bumi dan ingin kembali hidup sebagaimana dulu?

Setiap sesuatu itu berlaku bersebab. Selagi bernyawa, marilah kita mengutip pahala selama mana usia masih tersisa. - Getaran, 29 Ogos 2021

Semua gambar hiasan: Pexels, kecuali tertera

Isu Pada

Aspirasi Deborah Henry, Marsha Londoh Dan Douglas Lim

28 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

4

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini