web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dapur Zakat Bantu Individu, Masjid, Surau Terkesan COVID-19

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 12:23PM

Dr Asmadi bersama sebahagian barangan keperluan asas yang disediakan MUIP untuk golongan terkesan melalui program Dapur Zakat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Inisiatif diperkenalkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui program Dapur Zakat dijangka dapat membantu lebih ramai golongan terkesan akibat COVID-19.

Dengan peruntukan berjumlah RM5 juta, sebanyak 663 masjid dan surau di seluruh Pahang diberi tanggung jawab sebagai pusat sehenti, bagi mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan dan berdepan kesukaran akibat pandemik itu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, selain sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asas, pihaknya turut menyumbang bantuan kewangan RM1,000 untuk semua masjid dan surau di negeri ini.

“Peruntukan (kewangan) ini juga akan digunakan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau untuk menyediakan bantuan barangan keperluan asas kepada ahli kariah mereka.

“Jika peruntukan disalurkan ini tidak mencukupi, mereka (AJK masjid dan surau) boleh mengemukakan permohonan tambahan untuk dipertimbangkan pihak MUIP.

''Semua barangan keperluan asas itu akan ditempatkan di rak khas yang disediakan di semua masjid dan surau bagi memudahkan mereka yang memerlukan mendapatkan bekalan barangan berkenaan,” katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Dr Asmadi berkata, inisiatif Dapur Zakat itu dimulakan sejak bulan Jun lalu dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak pengurusan masjid dan surau di Pahang.

Katanya, kebanyakan masjid dan surau di kawasan pedalaman juga sudah menerima manfaat melalui program berkenaan dan MUIP meminta lebih ramai pihak pengurusan masjid atau surau menghubungi pihaknya bagi mendapatkan bantuan itu.

“Walaupun program Dapur Zakat ini sudah dilaksanakan kira-kira dua bulan lalu, namun kita mengakui masih ada masjid dan surau tidak mengetahui mengenai kewujudan inisiatif ini yang dilaksanakan bagi membantu golongan memerlukan, termasuk kehilangan sumber pendapatan atau terjejas akibat COVID-19.

“Oleh itu, kita sangat berharap lebih ramai pihak, terutama AJK masjid dan surau serta ketua kampung menghebahkan kepada ahli kariah atau penduduk di kawasan mereka mengenai program ini dan datanglah ke semua premis berkaitan bagi mendapatkan bantuan disediakan,” katanya.

Beliau memaklumkan, proses agihan bantuan kepada penduduk bukan Islam juga boleh dibuat menggunakan tabung infaq masjid atau surau, manakala pengagihan bantuan akan diselaraskan pihak AJK masjid dan surau terbabit.

Katanya, inisiatif Dapur Zakat akan diteruskan selagi ancaman COVID-19 masih berlaku di negeri ini dan berharap, ia dapat membantu meringankan beban ditanggung mereka sejak pandemik itu mula dikesan di negara ini, awal tahun lalu. - Getaran, 14 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin