Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 1 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 1 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 1 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 1 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Monti Keopi, Rasa Antarabangsa Di Pinggir Bandar

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 8:15AM

Ahmad Iskandar membancuh kopi di Monti Keopi yang terletak di Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan UKM, Bangi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Tidak sanggup berdepan dengan tekanan di pejabat menyebabkan anak muda ini tekad berhenti kerja untuk bergelar usahawan muda ketika berusia 27 tahun.

Siapa pun tidak menyangka, Ahmad Iskandar Ahmed menyimpan visi yang cukup besar di sebalik perawakan tenang serta bersahaja dimilikinya, hingga tidak kisah beralih bidang walaupun perlu melepaskan pekerjaan sebagai pengurus pembangunan perniagaan di sektor minyak dan gas.

Lebih mesra dipanggil Iskandar, graduan jurusan Kewangan Islam dan Perbankan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mengakui pernah berdepan detik sukar satu ketika dahulu, tetapi enggan lagi menoleh ke belakang apabila mengusahakan Monti Keopi yang terletak di Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Walaupun lokasi kami agak terpencil dan jauh daripada bandar, ia bukan halangan untuk pelanggan datang dan menikmati aroma biji kopi asli di sini,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Ahmad Iskandar Ahmed
Ahmad Iskandar Ahmed

Berkongsi pengalaman Iskandar berkata, dia memulakan perniagaan Monti Keopi tersebut pada bulan Oktober 2020 bersama rakan yang lain dan tidak menyangka sambutan diterima cukup menggalakkan walaupun berdepan pandemik COVID-19.

“Saya sebenarnya menempuh keadaan agak sukar sebelum ini apabila berdepan tekanan di pejabat, hingga mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja. Selama lebih tiga bulan, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum bertemu dengan rakan di Indonesia,” katanya, mengimbas kenangan lalu.

Iskandar berkata, peluang tersebut digunakan sebaiknya untuk berbincang mengenai peluang perniagaan, apatah lagi rakannya itu memiliki sebuah ladang kopi.

“Saya tak mahu terus larut dalam tekanan, lalu mula melakar idea dan konsep, bagi menubuhkan satu perniagaan yang boleh menarik golongan muda untuk datang bagi menikmati kopi berkualiti antarabangsa.

“Ketika ini saya mula mencari rakan kongsi  untuk memastikan setiap perancangan berjalan lancar, walaupun masih tidak mempunyai sebarang modal pusingan selepas menganggur lebih tiga bulan,” katanya.

Ahmad Iskandar bersama rakannya menyiapkan tempahan daripada pelanggan.
Ahmad Iskandar bersama rakannya menyiapkan tempahan daripada pelanggan.

Hasil perancangan yang teliti, Iskandar berhasil merangka satu kertas kerja yang lengkap untuk dibentangkan kepada pelabur dan ternyata usaha terbabit berjalan lancar mengikut jadual.

“Apa yang saya boleh katakan, kejayaan saya hari ini juga adalah hasil daripada sokongan keluarga tercinta, baik sokongan moral mahupun tenaga, keluarga merupakan faktor utama bagaimana saya berada pada tahap ini.

“Jujurnya, kewujudan Monti Keopi ini, banyak dibantu oleh ayah, abang serta kakak sendiri yang membanting tulang, menyiapkan pemasangan dan rekaan kedai saya ini,” kongsi Iskandar lagi.

“Walaupun berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini, namun saya bersyukur perniagaan kami masih berjalan seperti biasa malah mendapat sambutan yang amat memuaskan,” kata jejaka berasal dari Klang Selangor ini.

“Syarikat kami juga mempunyai impian besar untuk membantu peniaga, usahawan muda atau pelajar yang berminat untuk memulakan perniagaan pada masa akan datang.

“Kami turut membuka peluang kepada peniaga lain untuk bekerjasama dengan syarikat kami. Sebagai contoh, sekarang ini kami telah bekerjasama dengan peniaga lain dan menjual produk mereka di Monti Keopi,” kongsinya lagi.

Tidak mahu sekadar bergelar usahawan, Iskandar juga memasang impian untuk bergelar ikon kepada generasi muda, supaya sentiasa berfikiran luas dan bersedia mengubah kehidupan mereka ke arah lebih baik dan terjamin.

“Bermula Ogos nanti, program Mentor Mentee akan diterapkan di dalam modul latihan industri dengan kerjasama pihak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM akan mula dibuka dengan memberi peluang kepada graduan atau usahawan muda mengikuti  sesi latihan, mencakupi kemahiran, pengetahuan dalam bidang perniagaan serta menambah pengalaman.

“Di Monti Keopi, kami bukan sahaja menjana pendapatan, tetapi kami juga merancang untuk menjadikan syarikat ini sebagai pusat komuniti yang berjaya membantu peniaga kecil-kecilan untuk berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing,” katanya yang menjadikan pengasas Alibaba, Jack Ma sebagai idola.

Menyentuh perancangan jangka masa panjang pula, Iskandar menjelaskan syarikatnya mempunyai visi yang besar iaitu menjadikan Monti Keopi sebagai pilihan pertama konsep kafe kopi 'grab & go' di Malaysia menjelang 2030. - Getaran, 15 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Pengeluar Kopi Tertua Di Pulau Pinang Bersedia Untuk Berkembang Ke Seluruh Negara

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Import Kopi Korea Selatan Cecah 45.1 Peratus Pada 2022

3

TARA 5 bulan yang lalu

Kopi Malaysia, Lebih Gurih Dan Lemak

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Metrojaya Next-Gen Tampil Koleksi Pereka Fesyen Lokal Dan Antarabangsa Ternama

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa