web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Tentera Bermotosikal Kibar Jalur Gemilang Semarakkan Bulan Kebangsaan

Kisah Kita Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2025 4:59PM

Mohd Mustafa Abu Bakar bersama motosikal kesayangannya - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Saban tahun, tarikh 1 Ogos menjadi detik yang ditunggu-tunggu oleh Mohd Mustafa Abu Bakar, 64, untuk menghias motosikal dengan bendera sebagai simbolik bermulanya bulan kebangsaan.

Bekas tentera yang mesra dipanggil Pak Mus itu meneruskan amalan berkenaan tahun ini dengan melekatkan puluhan Jalur Gemilang pelbagai saiz dan bendera negeri Pahang di topi keledar serta motosikal kesayangannya untuk 'berkempen' bagi menghidupkan suasana kemerdekaan.

Malah, gelagat bekas perwira negara yang menunggang motosikal skuter dihiasi 75 bendera sambil memasang lagu-lagu patriotik sekitar bandar berkenaan turut mencuri tumpuan masyarakat pelbagai lapisan umur yang mendekatinya untuk mengambil gambar dan merakam video.

"Setiap tahun saya memang menantikan tarikh 1 Ogos, tepat 12 tengah malam motosikal saya siap dipasang bendera untuk beraksi dan ini satu daripada cara saya menunjukkan rasa kasih kepada negara sambil mengingatkan masyarakat bulan kemerdekaan telah bermula dan kita perlu menyemarakkannya.

"Inisiatif ini juga dilihat sebagai tanggungjawab untuk menaikkan semangat merdeka dan menghargai keamanan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk pada hari ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Lebih istimewa, peniaga kedai makan itu juga tidak 'lokek' berbelanja untuk membeli ratusan bendera bersaiz mini sebagai cenderamata untuk orang ramai terutama kanak-kanak yang teruja melihat motosikalnya.

"Dalam sehari, saya akan ke dua atau tiga tempat tumpuan seperti di Teluk Cempedak dan Dataran Sekilau sambil membawa pembesar suara dan memberhentikan motosikal serta memutarkan lagu patriotik antaranya 'Inilah Barisan Kita' untuk menaikkan semangat masyarakat.

"Saya juga rasa kesian bila ada kanak-kanak datang minta bendera yang dilekatkan di motosikal. Jadi, saya bagi Jalur Gemilang lain untuk menggembirakan mereka," kata bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu yang berkhidmat selama 13 tahun bermula 1981.

вара kepada tiga anak itu berkata sokongan yang diperoleh daripada orang ramai membuatkan beliau lebih bersemangat untuk meneruskan usaha yang dilakukannya sejak 2019.

Beliau berkata inisiatif itu turut mendapat sambutan masyarakat pelbagai kaum yang ingin bergambar termasuk pelancong dari luar negara.

Anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu turut berasa lega kerana diberi layanan baik oleh pengguna jalan raya ketika menunggang motosikal berkenaan.

"Pengguna jalan raya tidak kira bangsa sangat 'sporting' menyantuni saya termasuk ketika di persimpangan lampu isyarat, namun saya menganggapnya sebagai tanda hormat mereka kepada bendera kebanggaan kita, Jalur Gemilang.

"Tidak ada sebesar zarah perasaan malu dalam diri saya untuk menunggang motosikal dilekat dengan bendera sebegitu, saya gembira dan bangga melakukannya," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Mustafa juga berharap orang ramai mengambil inisiatif memasang bendera di kediaman masing-masing, 'satu rumah, satu bendera' bagi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan dan sebagai simbol patriotik.

"Nak mencari kemerdekaan ini bukan senang, ramai yang terkorban untuk kita dapat keamanan dan perpaduan seperti hari ini. Marilah kita sama-sama mengamoll tanggungjawab mengekalkannya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?