Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 1 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 1 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 1 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 1 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


'Food Bank' Ibu 4 Anak Bantu Kelangsungan Hidup Golongan Memerlukan

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 4:53PM

Azra Abdullah menyediakan bank makanan di depan rumahnya sebagai sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Taman Balok Permai, Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, memang memberi kesan kepada ramai pihak, terutamanya yang mengharapkan pendapatan harian.

Walaupun pelbagai bantuan dan inisiatif diperkenalkan kerajaan, masih ramai rakyat berdepan masalah kewangan, termasuk mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan barangan keperluan asas kepada keluarga.

Atas dasar simpati dengan nasib segelintir pihak yang hilang sumber pendapatan akibat wabak COVID-19, seorang suri rumah tampil menawarkan bantuan barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan, dengan menyediakan bank makanan di hadapan rumah ibunya di Taman Balok Permai, dekat sini.

Ibu kepada empat cahaya mata itu, Azra Abdullah yang berusia 36 tahun, meletakkan rak berisi pelbagai barangan keperluan harian di depan pintu pagar rumah ibunya  sejak tiga hari lalu.

“Rak itu memang sengaja diletakkan di situ bagi memudahkan mereka memerlukan mengambil barangan keperluan yang disediakan. Semuanya dilakukan kerana saya sangat terkesan apabila melihat ramai penjaja dan peniaga tepi jalan yang hilang pendapatan kerana tidak dibenarkan berniaga sepanjang tempoh PKP Diperketatkan (PKPD) sebelum ini dan PKP penuh (total lockdown) di Kuantan.

"Saya bukanlah dari keluarga senang dan pernah hidup susah sebelum ini, jadi saya faham dengan kesulitan dihadapi kebanyakan penjaja ketika ini. Walaupun kita ada sedikit-sebanyak wang simpanan, namun di saat getir ketika ini, ada kalanya kita terpaksa dahulukan perkara lain dan terpaksa berkira-kira untuk berbelanja,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengapa tidak barangan itu diagihkan terus kepada golongan memerlukan, Azra berkata, kaedah itu tidak sesuai dilaksanakan ketika ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, susulan pelaksanaan PKP penuh.

Katanya, inisiatif dilakukan itu lebih memfokus kepada penjaja dan peniaga kecil yang berada berhampiran kawasan perumahan berkenaan.

“Niat saya untuk membantu seberapa ramai yang boleh, tapi saya juga sedar bahawa kemampuan saya agak terhad, jadi ini adalah sumbangan yang termampu oleh saya dan keluarga buat masa ini.

“Buat masa ini, kami sekeluarga bersepakat menggunakan wang sendiri untuk membeli barangan keperluan yang diletakkan di rak berkenaan. Sambutan diterima daripada rakan-rakan kami juga sangat menggalakkan dan ada antaranya menyatakan minat untuk turut serta membantu menyediakan barangan keperluan asas bagi ‘food bank’ ini,” kata Azra sambil memberitahu, dua anaknya yang berusia 10 dan 12 tahun turut menyumbangkan duit raya mereka.

Beliau turut melahirkan harapan untuk melihat lebih ramai individu dan pihak berkemampuan menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, bagi memastikan semua pihak dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka sehingga wabak COVID-19 ini berakhir. - Getaran, 8 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Vaksin COVID-19: Berhenti Selindung Di Sebalik NDA, Dedah Kerugian Ditanggung Kerajaan 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 47,000 Mangsa Banjir Masih Berlindung Di PPS 3 Negeri

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Hampir 55,000 Di 3 Negeri, 2 Negeri Pulih Sepenuhnya

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di 4 Negeri Terus Meningkat, Lebih 31,000 Mangsa Di PPS

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa