web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasrat Tercapai, Ustaz Eil ‘Pergi’ Ketika Sampaikan Kuliah Maghrib

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2024 8:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Lebih 40 jemaah di Masjid Al Falah, Kampung Bukit Nambua dekat Kuala Nerang menjadi saksi pemergian seorang imam, Ismail Md. Taib, 75, dalam keadaan yang amat dicemburui iaitu ketika menyampaikan kuliah agama selepas solat maghrib, semalam. 

Anak Allahyarham, Muhammad Faiz Helmi, 32, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam, apabila bapanya yang turut dikenali sebagai Ustaz Eil atau Pak Su Eil, tiba-tiba terdiam sebelum rebah ke kiri. 

Melihat keadaan itu katanya, dia bersama beberapa jemaah melulu mendapatkan Ustaz Eil sebelum Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas di Hospital Kuala Nerang. 

"Ketika ayah sedang mengajar, suasana tiba-tiba bertukar sepi sebelum ayah yang duduk di saf depan menghadap jemaah, rebah ke kiri. 

"Saya bersama jemaah lain bergegas mendekatinya lalu segera membawa ayah ke hospital. Setibanya di hospital, doktor memaklumkan yang ayah sudah meninggal dunia," katanya. 

Sementara itu anak sulung Allahyarham, Tajul Afkar, 44, memaklumkan, ayahnya yang juga bekas guru bahasa arab di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kampung Barokhas, sememangnya aktif mengajar kitab di banyak tempat sebelum ini. 

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini katanya, arwah lebih memberi perhatian terhadap masjid dan surau berdekatan berikutan masalah kesihatan dihadapi.

"Setiap Rabu, memang ayah akan mengajar kitab di Masjid Al-Falah. Selepas kejadian semalam, ada kalangan rakan arwah yang memaklumkan dia mengadu sakit dada sebelum memulakan kuliah. 

"Namun saya difahamkan, ayah tetap mahu meneruskan kuliah tersebut. Arwah sudah lebih 40 tahun menjadi imam di sini dan dia sebenarnya sedang mengusahakan pembinaan pagar di tanah perkuburan baharu masjid," katanya.  

Dalam pada itu, seorang anak murid Allahyarham, Ilyas Ahmad menerusi catatan di Facebook menyifatkan gurunya itu sebagai insan yang sangat baik. 

"Tidak pernah sekali pun Almarhum meninggikan suara kepada kami sepanjang lima tahun menjadi anak didiknya. Mengajar dengan sangat bersahaja, mudah difahami dan diselangi gurau senda yang menyebabkan kelasnya tidak pernah bosan. 

"Almarhum sangat murah dengan senyuman dan tutur katanya sangat lembut. Tak pernah dengar beliau menghina peribadi seseorang," katanya. 

Tambah Ilyas, seorang daripada jemaah masjid itu memaklumkan kepadanya yang Allahyarham telah banyak kali menyatakan rasa cemburu dengan khatib di sebuah masjid yang meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah sebelum ini.

"Akhirnya dia dapat apa yang dicemburuinya. Bertemu Allah dalam 'rumah-Nya'," katanya. - Getaran, 27 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Amang Seksual, Guru Durjana Dipenjara 20 Tahun, 8 Sebatan

2

Semasa 5 tahun yang lalu

Antivaksin: Hanya Sebilangan Kecil Dalam Kalangan Guru Agama - Ahmad Marzuq

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi