Berita Terkini

1 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 1 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 1 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 1 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 1 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


COVID-19, Kafe Konda Kondi Bantu Golongan Terkesan

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 12:14PM

Azril Aryandi memberikan sumbangan makanan kepada gelandangan di Ipoh, Perak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pandemik COVID -19 yang tidak berkesudahan sehingga kini sudah pasti menyebabkan banyak pihak terkesan terutamanya dari segi ekonomi, sehingga terpaksa meminta bantuan dari pelbagai pihak.

Memahami hakikat ini, Kafe Konda Kondi di sini mewujudkan beberapa inisiatif bagi membantu golongan memerlukan, antaranya pemberian makanan kepada gelandangan dan bank makanan.

Pemiliknya, Azril Aryandi Zambri berkata, kedua-dua insiatif ini sudah dimulakan sejak April lalu di kafe tersebut yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, di sini.

Katanya, inisiatif projek makanan ini juga dibuka kepada orang ramai yang ingin menyumbang dengan membuat tempahan makanan bagi disumbangkan kepada golongan gelandangan.

“Makanan yang disumbangkan akan diberikan kepada gelandangan di sekitar kafe ini dan ia membolehkan mereka merasai menu lain selain dari sumbangan amal makanan yang diterima.

“Kafe kami menyajikan hingga 30 hidangan dari makanan Barat, Mexico dan tempatan dari harga serendah RM4 setiap hidangan," katanya.

Azril berkata, pihaknya terpanggil untuk mengadakan inisiatif seperti ini selepas melihat golongan gelandangan yang datang kepada pelanggan kafe untuk meminta makanan.

Katanya, terdapat pelanggan akan memberikan makanan kepada gelandangan yang datang kepada mereka dan dari situ tercetusnya idea untuk mengadakan inisiatif lebih sistematik.

“Walaupun makanan ini akan diberikan kepada gelandangan yang datang ke kedai kami, namun kami juga akan membantu dengan mengedarkannya kepada gelandangan di kawasan berdekatan.

“Ini dilakukan sekiranya jika jumlah sumbangan diterima banyak dan mencukupi untuk berbuat demikian,” katanya.

Azril Aryandi Zambri
Azril Aryandi Zambri

Mengenai bank makanan pula, Azril berkata, orang ramai yang memerlukan bantuan keperluan harian boleh datang ke kafe mereka bagi mendapatkan barangan diingini.

"Dengan pandemik ini sekarang, ada yang mungkin dipotong gaji  dan tidak mempunyai wang untuk membeli barangan makanan dan di  sini, mereka sentiasa dialu-alukan untuk mengambil apa sahaja diperlukan.

“Kami turut menggalakkan orang ramai menyumbang barangan keperluan asas seperti makanan dalam tin, gula, mi segera atau beras kepada bank makanan ini,” katanya.

Menurutnya, mereka yang ingin menyumbang boleh menghantar terus barangan itu ke kaunter kafe.

Katanya, kafe ini dibuka setiap hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kecuali Selasa, bermula tengah hari sehingga jam 8 malam. - Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Vaksin COVID-19: Berhenti Selindung Di Sebalik NDA, Dedah Kerugian Ditanggung Kerajaan 

2

Selera 3 minggu yang lalu

Rasa Unik Piza Dibakar Dalam Ketuhar Bata

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mudah Terpengaruh Dakyah Palsu Punca Rakyat Tak Ambil Dos Penggalak - Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Polis Tidak Akan Teruskan Kes Terhadap Saya’ - Aktivis

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi