web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


 'Culvert 10' Jadi Tumpuan Pemburu Ikan Sungai

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 4:18PM

Shamsul Yusof menebar jala untuk menangkap ikan di atas 'gere' atau 'culvert 10' di Pengkalan Teluk, Rantau Panjang. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Paras air Sungai Lachang yang mulai surut selepas banjir gelombang ketiga memberi rezeki kepada penggemar ikan sungai di sekitar Rantau Panjang apabila pelbagai spesies ikan air tawar dapat diperoleh dengan mudah di kawasan itu.

Satu pemandangan biasa untuk melihat mereka mencuba nasib menggunakan pelbagai kaedah untuk menangkap ikan sama ada memancing, memasang pukat atau menebar jala di sepanjang sungai berkenaan.

Lebih menarik, kelihatan juga pemburu ikan air tawar akan menebar jala dengan berdiri di atas 'gere' (sebuah platform segi empat sama) yang dibina penduduk di tengah-tengah sungai.

Bagi Shamsul Yusof, 49, dan isteri Suraya Hamid, 36, dari Kampung Tasek Gondang, mereka datang ke kawasan dikenali penduduk setempat sebagai 'culvert 10' di Pengkalan Teluk untuk menebar jala bagi menangkap ikan.

"Oleh kerana paras air sungai sudah mulai surut, aktiviti menebar jala semakin mudah apabila 'gere' yang dibina di tengah-tengah sungai sebelum banjir, akan muncul semula.

"Ada penduduk kampung yang bina 'gere' ini sebelum banjir untuk memudahkan orang menebar jala berbanding perlu berada di dalam air untuk melakukan aktiviti itu," kata Shamsul kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, Shamsul berkata, meskipun nampak mudah, perlu ada teknik yang betul untuk menebar jala supaya hasil diperoleh setimpal dengan kudrat yang digunakan.

"Kita perlu berdiri di atas 'gere' dan tebar jala, nak tebar jala pun perlu ada teknik yang betul, saya perlu perhatikan pusaran air yang jika datang bersama ikan barulah tebaran dibuat untuk mendapatkan hasil," katanya.

Menurut Shamsul, kawasan 'culvert 10' menjadi tumpuan ramai penggemar ikan sungai sejak gelombang pertama banjir apabila hampir setiap petang dapat dilihat aktiviti menangkap ikan oleh penduduk sekitar.

"Lokasi ini ada pelbagai spesies seperti ikan tengalan, toman, patin, tembakang dan baung, malah kalau bernasib baik boleh dapat udang galah," katanya.

Shamsul berkata, kebiasannya ikan yang diperoleh adalah untuk dimakan sendiri dan jika ada lebih barulah dijual.

Tinjauan BERNAMA mendapati selain ikan air tawar bersaiz besar, penduduk turut mengambil kesempatan menyauk anak ikan seluang yang bermain-main di pusaran air deras. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Akuakultur Ikan Marin, Air Tawar Mampu Tingkatkan Sumber Pendapatan Penternak

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Hampir 3 Minggu Di PPS, Mangsa Banjir Rindu Rumah

3

Refleksi 3 tahun yang lalu

Aktiviti Menyauk Ikan Seluang Meriah Di Kampung Bakong

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Rumah Tenggelam Banjir, Wartawan Tetap Cekal Bertugas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat